"Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut, Hati merintih terkunci mulut membisu, Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya, Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan. Di sudut kecil hatiku sering berkata, Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya, Ku beranikan diri menongkah arus yang deras, Demi hari esok ku relakan. Walau tiada tangan menghulur, Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula, Tuhan... hanya engkau mengerti, Perjalanan hidup seorang insan." Salma

Friday, January 13, 2012

Nota Agama: Solat

[Masjid Batu Buruk | 12/01/2012]

- Sunat ucap Takbir setiap perpindahan rukun, kecuali pada i'tidal dan salam...
- Sunat angkat tangan dari ketika bangun dari ruku' kepada i'tidal... Tidak sunat angkat tangan dari i'tidal ke sujud...
- Cara hendak sujud dari ruku' mengikut pendapat Mazhab Syafie, yakni bermula dengan dua lutut dahulu sentuh bumi, kemudian dua tapak tangan kemudian dahi...
- Syarat sah sujud yakni bersentuh segala 7 anggota kepada bumi, iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan kedua-dua belah perut jari kaki...
- Sekurang-kurang sah sentuh perut jari kaki, iaitu mana-mana satu jari setiap kaki...
- Segala anggota berlapik ketika bersentuh dengan bumi, tidak membatalkan solat, kecuali dahi...
- Tidak batal solat jika ketika sujud itu, kepala terlantun akibat lantai yang kenyal, seperti papan-papan di surau-surau lama... Yang batalnya, sengaja buat terlantun...
- Bagi lelaki, sunat renggang siku dari rusuk, dan renggang antara perut dan paha... Adapun perempuan, sunat merapatkan kedua-dua bahagian...
- Zikir masa sujud adalah sunat, meninggalkannya tidak membatalkan solat...
- Sekurang-kurang sunat ialah membaca sekali zikir sujud, 3 kali adalah afdhal...
- Solat sendirian, boleh baca lebih 3, 5, 7, 9, dan 11... Malah, boleh lebih daripada itu...
- Adapun yang menjadi Imam, maka terbahagi kepada dua... Iaitu Imam bagi makmum awam, dan Imam bagi anak muridnya...
- Imam bagi makmum awam = jangan lebih dari 3 kali, kerana tidak mahu menyusahkan orang sakit, orang sibuk, orang yang baru hendak berjinak dengan Islam, dan sebagainya...
- Imam bagi anak muridnya = boleh sampai 11 kali...
- Bermula sebut 'Allahu Akbar' ketika hendak berpindah dari rukun sujud kepada duduk antara dua sujud, yakni ketika mengangkat dahi dari bersentuh bumi hingga sempurna duduk antara dua sujud...
- Ketika duduk antara dua sujud, sunat berbetulan hujung jari tangan dengan hujung kepala lutut...
- Ketika hendak qiam dari sujud, pendapat Imam Ghazali, sebut Allahu Akbar itu bermula dari angkat kepala dari sujud hingga ke pertengahan perpindahan rukun... Adapun pendapat Fuqaha lain, sebut sampai kepada sempurna qiam itu, yakni berdiri tegak...
- Ketika tahiyyat, sunat genggam tangan kanan terus dari awal duduk tahiyyat, hingga ke salam...
- Menangkat jari telunjuk adalah ketika sebut kalimah pertama syahadah, yakni ketika La Ilaha Illallah, ataupun Illallah... Dua-dua ini pendapat Imam Mazhab Syafie...
- Antara Hikmah menunding jari telunjuk ketika bersyahadah, yakni menandakan yang kita ini umat tauhid, dan mengesakan Allah SWT...

-----------

- Solat jemaah, adalah sunnah nabi, afdhal didirikan, sekalipun solat jemaah itu tidak khusyuk, dan solat sendirian itu khusyuk...
- Jangan pakai pakaian yang bergambar atau yang ada tulisan ketika solat, makruh...
- Sunat basuh baju yang ada sedikit darah ketika hendak mengerjakan solat... Adapun banyak, wajib dibasuh...
- Wajib tambah 'qadha' dalam niat ketika hendak ganti solat, jika tinggal dengan sengaja solat itu...
- Istilah, 'Tiada Paksaan Dalam Agama', tidak boleh digunakan kepada Orang Islam, tetapi boleh untuk orang kafir, yakni kita tidak boleh paksa mereka masuk Agama Islam...
- Binatang yang darah mengalir, mati dalam air yang tidak sampai dua kolah, menajiskan air itu, seperti cicak... Adapun seperti serangga, tidak menajiskan air jika mati didalamnya...
- Adapun masuk dalam air yang tidak sampai dua kolah, tidak menajiskan air itu, kecuali anjing dan babi...
- Mazhab Syafi'e, wajib lelaki dan perempuan berkhitan... Meninggalkan suruhan ini bagi perempuan adalah dosa kecil, dan bagi lelaki adalah dosa besar...
- Boleh turn off telefon yang berdering ketika solat... sama hukumnya menggaru kerana gatal dalam solat... kedua-dua ini berkaitan dengan gangguan dari khusyuk kita dalam solat...

Wallahu A'lam...

cc: Ustaz Azhar Idrus (Original)

Tuesday, January 10, 2012

~DOA BILA HATI TERLUKA~

Ya Allah,
Bila mana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku,
maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..

Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,
maka lupuskanlah ia dari ingatanku..

Biarkan aku jauh dari dirinya,
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..

Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah,
dan payungilah aku dengan rahmatMu,

Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir
menyebut asma' Mu..
agar aku sentiasa selamat dengan CiNTAMU..

Ameen ya Rabbal Alamin..