"Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut, Hati merintih terkunci mulut membisu, Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya, Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan. Di sudut kecil hatiku sering berkata, Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya, Ku beranikan diri menongkah arus yang deras, Demi hari esok ku relakan. Walau tiada tangan menghulur, Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula, Tuhan... hanya engkau mengerti, Perjalanan hidup seorang insan." Salma

Thursday, February 17, 2011

Tekanan semakin menekan

Masuk hari ini dah 7 hari talian telefon dan internet di rumah terputus. Laporan ke pihak TM dah pun buat. Mereka kata dalam masa 72 jam kerosakka akan dibaik-pulih. Laporan saya buat pada petang Sabtu yang lepas. Pada hari Isnin baru-baru ni, ada pihak kontraktor telefon saya dengan menggunakan talian telefon rumah saya. Ini bermakna dia menggunakan talian itu dari ibusawat di kawasan rumah saya itu. Kontraktor tersebut bertanyakan lokasi rumah saya. 2 kali mereka menelefon saya. Jadi saya jangkakan yang talian telefon rumah saya sudah pulih. Malangya, bila balik ke rumah pada petang Isnin itu, keadaan masih sama. Saya ada bertanya pada kakak saya, sama ada pihak kontraktor TM ada datang atau tidak, dan jawapannya adalah tidak. Huh! Kecewanya saya.

Oleh kerana hari Selasa cuti Maulidur Rasul, saya malas untuk menguhubungi pihak TM sekali lagi. Jadi, semalam baru saya menghubungi mereka semula. Menceritakan keadaan yang berlaku, mereka berjanji akan menyelesaikan masalah ini sebelum jam 3 petang semalam. Tetapi, sekali lagi saya hampa bila pulang ke rumah pada malamnya keadaan masih sama. Alahai…

Nampaknya, hari ini sekali lagilah saya akan menghubungi TM. Hmmmm… ikutkan hati saya ni malas nak ‘complain’ banyak-banyak ni. Tapi, ini hak saya. Sewa bulanan saya tetap bayar jumlah yang sama. Pihak TM tidak pun menolak bilangan hari yang talian tergendala tersebut. Jadi, saya kena juga bersuara walaupun operator TM akan merasa bosan mendengar suara saya sekali lagi.



Itu cerita talian telefon dan internet. Cerita Astro lain pula. Hari ini masuk 9 hari kami semua tak menonton astro. ‘Decoder’ rosak pula. Pihak astro kata itu masalah kerosakkan pada ‘motherboard decoder’ tersebut. Kos untuk menukarnya adalah RM250 termasuk upah. Hmmmm… banyak juga jumlah tu bagi saya yang tak berapa nak ada duit lebih ni. Tapi pihak astro bagi pilihan iaitu dia saya boleh menaiktaraf akaun astro saya kepada Astro Beyond dengan tambah RM20 untuk bayaran bulanan. Tapi bayaran untuk set baru astro beyond ni hanya RM100 sahaja dan tiada bayaran upah yang akan dikenakan.

Huhuhuhu… pening kepala saya nak membuat pilihan. Tapi, apabila mengenangkan yang ‘decoder’ yang sekarang ini pun ‘decoder’ terpakai sebab ‘decoder’ asal pun dah rosak beberapa tahun dulu, jadi saya takut kalau tukar ‘motherboard’ dengan bayaran RM250 nanti tak bertahan lama. Lalu saya mengambil keputusan untuk mengambil astro beyond. Tapi, saya terpaksa menanti 10-12 hari untuk pemasangan astro beyond ni. Hmmmmm… memang menguji kesabaran sungguh.

Nampaknya banyak yang perlu saya ubah dan atur semula kewangan saya.



Nota: hari ni dah 17hb tapi 1 pun ‘assignment’ saya daripada 3 yang perlu dibuat belum saya siapkan. 1hb – 7hb Mac ni adalah tarikh penghantaran ‘assignment’ tersebut. Baca modul pun saya tak faham. Tak tahu nak buat macam mana lagi. Tertekan!!!

No comments: