"Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut, Hati merintih terkunci mulut membisu, Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya, Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan. Di sudut kecil hatiku sering berkata, Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya, Ku beranikan diri menongkah arus yang deras, Demi hari esok ku relakan. Walau tiada tangan menghulur, Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula, Tuhan... hanya engkau mengerti, Perjalanan hidup seorang insan." Salma

Wednesday, February 23, 2011

Mudahnya menipu dan mudahnya tertipu


Semalam terbaca lagi di akhbar tentang seorang wanita ditipu sebanyak RM10,000 oleh kekasih mayanya yang dikatakan berasal dari United Kingdom. Mangsa adalag seorang wanitan berusia 40-an dan bekerja sebagai penjawat awam. Rasanya dah tak mampu dikira lagi dah entah berapa kali kes seumpama ini dilaporkan di akhbar.

Yang menjadi persoalannya adalah, adakah mangsa-mangsa ni semua tak mampu nak berfikir secara logik. Berdasarkan dari laporan tersebut saya keluarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan keraguan kepada mangsa (sepatutnya) sebelum dengan rela hati memberi ‘kekasih maya’ nya itu duit.

1) ‘Kekasih maya’ datang ke Malaysia dengan membawa wang tunai yang banyak untuk membeli tanah.

:- dalam zaman sekarang ni ada lagi ke orang beli tanah secara tunai. Paling tidak pun orang akan guna ‘Bankers Cheque’. Mangsa penjawat awam, pasti tahu tentang ini.

2) ‘Kekasih maya’ ditahan pihak Imigresen di KLIA kerana dia didapati membawa wang tunai yang banyak berserta barang kemas yang tidak diinsuranskan. Kononnya pihak Imigresen telefon mangsa berkenaan hal ini dan minta mangsa membayar RM15,000 tetapi mangsa hanya mampu membayar RM10,000 dgn memasukkan ke dalam akaun seorang lelaki.

:- Kenapalah mudahnya mangsa nak masukkan duit ke dalam akaun orang yang tidak dikenali? Sebagai penjawat awam dia sepatutnya tahu tentang prosedur atau peraturan-peraturan asas bagi setiap penjawat awam. Saya pasti setiap bayaran denda atau apa-apa sahaja bayaran yang dikenakan oleh mana-mana agensi kerajaan tidak boleh dibayar melalui orang perseorangan dengan memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya.

:- Kenapa sebelum membayar wang tersebut mangsa tidak berhubung terlebih dahulu dengan mana-mana pejabat imegresen untuk bertanya lanjut tentang prosedur yg perlu dilakukan sekiranya masalah ini timbul.

Mudahnya orang menipu dan mudahnya mangsa ditipu. Lebih mengecewakan apabila ini bukan kes pertama yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar. Mangsa tak pernah membaca ke tentang kes-kese begini? Sudah terlalu banyak kes terjadi mengapa tidak diambil iktibar dan berhati-hati.

Kadang-kadang terfikir betapa besarnya hikmah menjadi orang tak berduit banyak ni. Andaikatalah orang nak menipu &; kita tertipu tapi kalau tak ada duit nak diberikan orang tu, selamatlah kita kan. Itupun kita tak jadi bodoh pergi buat jenayah merompak ke, meragut ke, mencuri ke semata-mata nak tolong kekasih maya yang tak dikenali hati budinya lagi. Sekadar kenal di alam maya je tak dapat mengukur keikhlasan seseorang.

Nota: Nauzubillahiminzalik... minta dijauhkan oleh Allah perkara ini terjadi pada kita.

No comments: