"Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut, Hati merintih terkunci mulut membisu, Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya, Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan. Di sudut kecil hatiku sering berkata, Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya, Ku beranikan diri menongkah arus yang deras, Demi hari esok ku relakan. Walau tiada tangan menghulur, Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula, Tuhan... hanya engkau mengerti, Perjalanan hidup seorang insan." Salma

Thursday, March 3, 2011

Diam

Suatu ketika dahulu, saya adalah seorang yang sangat banyak bercakap. Ada sahaja benda yang nak saya cakapkan. Masa remaja dahulu saya sangat suka berdebat. Terutama bila ada perkara yang saya rasakan tidak bertepatan dengan fakta, pasti saya akan debatkan dan keluarkan hujah mengikut fakta yang saya perolehi. Sehinggakan ada kawan saya rasa meluat dengan saya (saya agak je bila tengok reaksi mereka). Tapi pada masa tu, saya tak fikir tu semua, yang saya fikirkan adalah saya mesti betulkan fakta yang mereka cakapkan itu. Saya langsung tak peduli mereka meluat atau tidak dengan saya. Tiada langsung terbit rasa kecil hati, atau hati saya fikir perasaan mereka tentang apa yang saya katakan, walaupun semuanya benar. Bagi saya apabila ia salah ia tetap salah dan saya cuba betulkan mengikut fakta yang saya ada.

Sebagai contoh…

Kawan: “Diabetes tu adalah kegemukkan”
Saya: “eh! Bukanlah, diabetes tu adalah kencing manis”
Kawan: “Ada pulak! Aku kata gemuk, gemuklah”
Saya: “Gemuk tu obesiti”
Kawan: “What everlah!” (dengan muka bengang)
Saya: (diam)

Tapi itu dulu, masa tahun 1990-an. Tetapi, sekarang terutama sejak kebelakangan ni, saya menjadi amat pendiam. Saya bercakap benda yang perlu sahaja. Dengan kawan-kawan saya pun, saya dah jarang nak bercerita. Walaupun kadang-kadang saya rasa ada je benda yang nak saya cakapkan tapi saya akan fikir berkali-kali untuk meluahkannya. Selalu yang saya fikirkan ‘kalau aku cakap camni, apa orang akan rasa? Mesti orang rasa meluat, menyampah, mengada-ngada tak pun orang akan kata itu pun nak cakap ke’. Jadi, bila pemikiran-pemikiran yang macam tu yang keluar dipemikiran saya, akhirnya saya ambil langkah berdiam diri. Itu adalah lebih baik saya rasakan.

Sekarang saya amat memahami apabila orang selalu berkata “fikir dulu sebelum cakap”. Mungkin faktor usia juga. Semakin meningkat usia, semakin kita menjadi matang. Kalau diusia remaja dulu, saya tak pernah fikir dan peduli akan ‘feedback’ orang tentang apa yang saya cakapkan. Walaupun balasan kata-kata mereka tu mengguriskan hati, tapi masa tu hati saya cukup kebal. Tak terusik langsung. Tetapi tidak pada ketika ini. Hati saya amat sensitif. Senang terasa dengan kata-kata manusia yang seolah-olah menuduh dan memperlekehkan saya. Ya, saya akui saya semakin menginjak usia tua. Hakikat ini perlu saya akui. Saya bukan budak remaja lagi.

Oleh sebab itu, saya mula berhati-hati dengan apa yang saya cakapkan. Saya tak mahu membuat orang lain terasa hati kerana saya tak mahu orang lain buat saya terasa hati.

Sekarang, saya rasa diam itu sungguh mengasyikkan.

Nota: tak faham dengan seorang rakan sebaya saya, semakin menginjak naik usia, semakin ‘laser’ kata-katanya… kadang-kadang bernada berlagak… ops! mungkin itu hanya perasaan saya…

Wednesday, February 23, 2011

Mudahnya menipu dan mudahnya tertipu


Semalam terbaca lagi di akhbar tentang seorang wanita ditipu sebanyak RM10,000 oleh kekasih mayanya yang dikatakan berasal dari United Kingdom. Mangsa adalag seorang wanitan berusia 40-an dan bekerja sebagai penjawat awam. Rasanya dah tak mampu dikira lagi dah entah berapa kali kes seumpama ini dilaporkan di akhbar.

Yang menjadi persoalannya adalah, adakah mangsa-mangsa ni semua tak mampu nak berfikir secara logik. Berdasarkan dari laporan tersebut saya keluarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan keraguan kepada mangsa (sepatutnya) sebelum dengan rela hati memberi ‘kekasih maya’ nya itu duit.

1) ‘Kekasih maya’ datang ke Malaysia dengan membawa wang tunai yang banyak untuk membeli tanah.

:- dalam zaman sekarang ni ada lagi ke orang beli tanah secara tunai. Paling tidak pun orang akan guna ‘Bankers Cheque’. Mangsa penjawat awam, pasti tahu tentang ini.

2) ‘Kekasih maya’ ditahan pihak Imigresen di KLIA kerana dia didapati membawa wang tunai yang banyak berserta barang kemas yang tidak diinsuranskan. Kononnya pihak Imigresen telefon mangsa berkenaan hal ini dan minta mangsa membayar RM15,000 tetapi mangsa hanya mampu membayar RM10,000 dgn memasukkan ke dalam akaun seorang lelaki.

:- Kenapalah mudahnya mangsa nak masukkan duit ke dalam akaun orang yang tidak dikenali? Sebagai penjawat awam dia sepatutnya tahu tentang prosedur atau peraturan-peraturan asas bagi setiap penjawat awam. Saya pasti setiap bayaran denda atau apa-apa sahaja bayaran yang dikenakan oleh mana-mana agensi kerajaan tidak boleh dibayar melalui orang perseorangan dengan memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya.

:- Kenapa sebelum membayar wang tersebut mangsa tidak berhubung terlebih dahulu dengan mana-mana pejabat imegresen untuk bertanya lanjut tentang prosedur yg perlu dilakukan sekiranya masalah ini timbul.

Mudahnya orang menipu dan mudahnya mangsa ditipu. Lebih mengecewakan apabila ini bukan kes pertama yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar. Mangsa tak pernah membaca ke tentang kes-kese begini? Sudah terlalu banyak kes terjadi mengapa tidak diambil iktibar dan berhati-hati.

Kadang-kadang terfikir betapa besarnya hikmah menjadi orang tak berduit banyak ni. Andaikatalah orang nak menipu &; kita tertipu tapi kalau tak ada duit nak diberikan orang tu, selamatlah kita kan. Itupun kita tak jadi bodoh pergi buat jenayah merompak ke, meragut ke, mencuri ke semata-mata nak tolong kekasih maya yang tak dikenali hati budinya lagi. Sekadar kenal di alam maya je tak dapat mengukur keikhlasan seseorang.

Nota: Nauzubillahiminzalik... minta dijauhkan oleh Allah perkara ini terjadi pada kita.

Tuesday, February 22, 2011

Rasa itu

Mengapa mesti hadir rasa yang sama seperti dulu?
Apa agaknya yang tersirat disebalik semua itu?
Apakan daya kuasa manusia tak mampu mencapai kuasa Ilahi…

Dia sahabat lelaki saya. Kami hanya bersahabat. Tapi kami banyak berkongsi cerita bersama. Nak kata kami kenal, memanglah kami kenal. Nak kata kami rapat, memanglah kami rapat. Namun, hakikatnya kenal dan rapat kami taklah sedalam mana. Tapi, kami amat serasi bersama. Kami sayang-menyayangi antara satu sama lain hanya sebagai sahabat dan saudara seIslam. Tak lebih daripada itu.

Dia sebenarnya telah berpunya. Masa mula-mula saya kenal dia dulu pun dia sudah berpunya. Tapi, selepas 2 tahun kalau tak silap saya dia putus dengan kekasihnya itu. Persahabatan kami masih terus berjalan. Lebih kurang setahun yang lepas dia temui cinta baru. Bila mendengar bicara dan ceritanya, hati kecil saya berdetik yang dia tak akan kekal bersama cinta baru ini. Tetapi, itu kata hati kecil saya yang diluar kawalan saya. Namun saya tetap mendoakan yang terbaik untuk dia.

Tetapi, baru-baru ni dia telah menemui cinta baru dan meninggalkan cinta yang terdahulu. Hmmmmm… Cuma, sekarang yang buat saya resah, sekali lagi hati kecil saya terdetik lagi. Kata hati dimana bila kawan saya tadi menemui cinta barunya selepas cinta pertama yang terkandas lebih kurang setahun lepas. Kata hati yang terdetik mengatakan hubungan itu akan terputus tanpa beralih ke fasa yang sepatutnya (bernikah). Kini, bila dia temui cinta yang terkini ini juga, rasa ini hadir lagi.

Mengapa?
Tak mampu nak menghuraikannya. Otak kalau kamu nak fikir saya tak tahu nak buat apa lagi. Tetapi, hati sering dipujuk dengan kata-kata “biarlah Allah yang menentukan segalanya, tunggu sahaja”

Saya mendoakan yang terbaik sahaja untuk dia.

Nota: “Aku relakan kau pergi dari sisi hatiku…” dan rasa yang kabur ini akan tetap menjadi kabur dan terus tersimpan di sudut hati…

Thursday, February 17, 2011

Tekanan semakin menekan

Masuk hari ini dah 7 hari talian telefon dan internet di rumah terputus. Laporan ke pihak TM dah pun buat. Mereka kata dalam masa 72 jam kerosakka akan dibaik-pulih. Laporan saya buat pada petang Sabtu yang lepas. Pada hari Isnin baru-baru ni, ada pihak kontraktor telefon saya dengan menggunakan talian telefon rumah saya. Ini bermakna dia menggunakan talian itu dari ibusawat di kawasan rumah saya itu. Kontraktor tersebut bertanyakan lokasi rumah saya. 2 kali mereka menelefon saya. Jadi saya jangkakan yang talian telefon rumah saya sudah pulih. Malangya, bila balik ke rumah pada petang Isnin itu, keadaan masih sama. Saya ada bertanya pada kakak saya, sama ada pihak kontraktor TM ada datang atau tidak, dan jawapannya adalah tidak. Huh! Kecewanya saya.

Oleh kerana hari Selasa cuti Maulidur Rasul, saya malas untuk menguhubungi pihak TM sekali lagi. Jadi, semalam baru saya menghubungi mereka semula. Menceritakan keadaan yang berlaku, mereka berjanji akan menyelesaikan masalah ini sebelum jam 3 petang semalam. Tetapi, sekali lagi saya hampa bila pulang ke rumah pada malamnya keadaan masih sama. Alahai…

Nampaknya, hari ini sekali lagilah saya akan menghubungi TM. Hmmmm… ikutkan hati saya ni malas nak ‘complain’ banyak-banyak ni. Tapi, ini hak saya. Sewa bulanan saya tetap bayar jumlah yang sama. Pihak TM tidak pun menolak bilangan hari yang talian tergendala tersebut. Jadi, saya kena juga bersuara walaupun operator TM akan merasa bosan mendengar suara saya sekali lagi.



Itu cerita talian telefon dan internet. Cerita Astro lain pula. Hari ini masuk 9 hari kami semua tak menonton astro. ‘Decoder’ rosak pula. Pihak astro kata itu masalah kerosakkan pada ‘motherboard decoder’ tersebut. Kos untuk menukarnya adalah RM250 termasuk upah. Hmmmm… banyak juga jumlah tu bagi saya yang tak berapa nak ada duit lebih ni. Tapi pihak astro bagi pilihan iaitu dia saya boleh menaiktaraf akaun astro saya kepada Astro Beyond dengan tambah RM20 untuk bayaran bulanan. Tapi bayaran untuk set baru astro beyond ni hanya RM100 sahaja dan tiada bayaran upah yang akan dikenakan.

Huhuhuhu… pening kepala saya nak membuat pilihan. Tapi, apabila mengenangkan yang ‘decoder’ yang sekarang ini pun ‘decoder’ terpakai sebab ‘decoder’ asal pun dah rosak beberapa tahun dulu, jadi saya takut kalau tukar ‘motherboard’ dengan bayaran RM250 nanti tak bertahan lama. Lalu saya mengambil keputusan untuk mengambil astro beyond. Tapi, saya terpaksa menanti 10-12 hari untuk pemasangan astro beyond ni. Hmmmmm… memang menguji kesabaran sungguh.

Nampaknya banyak yang perlu saya ubah dan atur semula kewangan saya.



Nota: hari ni dah 17hb tapi 1 pun ‘assignment’ saya daripada 3 yang perlu dibuat belum saya siapkan. 1hb – 7hb Mac ni adalah tarikh penghantaran ‘assignment’ tersebut. Baca modul pun saya tak faham. Tak tahu nak buat macam mana lagi. Tertekan!!!

Friday, February 11, 2011

Hidup mesti diteruskan

Bertahun-tahun mengharungi hidup. Jatuh dan bangun lagi, jatuh dan bangun lagi. Selagi hayat ini masih ada, selagi nafas ini belum terhenti dipaksa dan digagahkan jua diri mengharungi segalanya. Biarpun telah terlalu banyak parut yang tercipta kesan dari jatuh yang berkali-kali, namun kehidupan mesti diteruskan jua.

Mencari dan terus mencari kebahagiaan untuk diri sendiri.

mawar