Selesai sudah semua peperiksaan untuk Semester Januari ni. Jadi, sekarang saya sedang dalam cuti semester lah kononnya. Tapi bagi pelajar dan pekerja seperti saya ni tidak ada bezanya antara cuti dengan tidak. Saya boleh sahaja nak cuti pada bila-bila masa. Tutorial kelas pun hanya ada 4 kali bagi satu semester. Selebihnya belajar melalui online dan belajar sendiri. Jadi, masa belajar untuk saya adalah atas inisiatif sendiri.
Memandangkan saya tidak berpuashati dengan diri saya sendiri bagi semester ini, saya berazam untuk melebihkan usaha saya bagi semester Mei nanti. Sementelah saya telah menambah 1 subjek lagi yang ditawarkan oleh pihak universiti, kerana keputusan peperiksaan akhir bagi semester yang lepas saya mendapat melebihi 3 pointer. Saya yang tanpa berfikir panjang terus menerima tawaran tersebut semasa mendaftarkan subjek-subjek untuk semester Mei nanti. Ini bermakna saya kena belajar 4 subjek.
Setelah menilai prestasi dan emosi diri sendiri sepanjang semester ini, saya rasa menyesal dan takut pula nak menghadapi semester baru nanti dengan 4 subjek. Saya macam tak yakin dengan diri sendiri. Mampukah saya nak belajar kesemua subjek tersebut dan memastikan saya lulus dengan cemerlang nanti. Risau… risau…
Saya berazam untuk belajar dari sekarang. Saya harus memadamkan istilah cuti semester bagi diri saya sendiri. Balik dari exam tadi saya singgah perpustakaan universiti. Saya pinjam 2 buah buku . Buku-buku tersebut adalah 2 subjek yang akan saya ambil semester akan datang ni. Walaupun pihak universiti akan membekalkan buku teks untuk setiap subjek, tetapi, buku-buku tersebut masih lambat lagi akan diserahkan kepada pelajar. Untuk itu saya akan baca dulu buku yang saya pinjam dari perpustakaan tadi untuk membiasakan diri saya dengan subjek-subjek tersebut. Moga-moga nanti lebih memudahkan saya jika ada assignment yang akan dibuat nanti.
Cuma sekarang ni, saya ligat berfikir bagaimana nak memperkasakan emosi saya. Ini adalah amat penting sekali. Emosi saya yang bercelaru dan tergugat akan menghilangkan fokus saya pada pelajaran. Lebih teruk nanti saya hilang nafsu untuk membaca apatah lagi nak belajar. Inilah yang saya alami dalam semester ini. Kalau perlu saya akan cari tempat berubat. Saya dapat rasakan bagaikan ada yang tak kena dengan diri saya.
p/s: Esok nak telefon Perubatan Syifa Al-Hidayah. Nak tanya Ustaz Lokman atau Ashraf Muslim tentang masalah yang saya hadapi ini. Mungkin mereka dapat membantu dan memberi tunjuk-ajar kepada saya. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment