"Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut, Hati merintih terkunci mulut membisu, Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya, Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan. Di sudut kecil hatiku sering berkata, Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya, Ku beranikan diri menongkah arus yang deras, Demi hari esok ku relakan. Walau tiada tangan menghulur, Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula, Tuhan... hanya engkau mengerti, Perjalanan hidup seorang insan." Salma

Friday, July 22, 2011

Pontianak, penanggal, kum kum dan langsuir lawan hantu susu


Ketawa penawar duka.

Malam tadi menonton drama “Hantu Susu” di Astro Ria. Drama yang menggabungkan hantu-hantu yang pernah ditayangkan dalam ‘single drama’ bagi setiap hantu itu. Pontianak (Ira kot namanya, lupa lak) lakonan Erra Fazira dari drama Pontianak Kampung Batu, Hantu Penanggal (Suri) lakonan Amy Mastura dari drama Penanggal, Hantu Kum Kum (Mawar) lakonan Marsha Londoh dari drama Kum Kum dan Langsuir (Jamilah) lakonan Zarina Zainordin dari drama Tangisan Langsuir.

Kalau sebelum ni setiap ‘single drama’ yang saya sebutkan tadi diceritakan secara serius dan seram, tetapi dalam drama Hantu Susu ini diceritakan secara komedi. Kisahnya keempat-empat hantu ini mahu jadi hantu baik, jadi mereka semua telah meninggalkan kampung mereka dan mencari tempat tinggal yang baru. Mereka berkongsi menyewa disebuah rumah yang sama disebuah kampung (tak ingat pula nama kampung tu). Kebetulan rumah tu rumah kosong.

Pada mulanya masing-masing menyembunyikan identiti diri masing-masing. Tapi oleh kerana masing-masing adalah hantu, so masing-masing sebenarnya tahu yang kawan-kawan serumah mereka tu adalah hantu.

Kekecohan timbul bila ada orang kampung mati dengan misteri. Orang kampung mengesyaki pembunuhan itu dilakukan oleh hantu. Oleh kerana pembunuhan itu berlaku sejak keempat-empat wanita jelita yang sebenarnya hantu itu pindah ke kampung tersebut, maka orang kampung mengesyaki mereka yang melakukannya.

Tapi sebenarnya pembunuhan itu dilakukan oleh Hantu Susu lakonan Didie Alias, seorang jururawat kampung bernama Melati. Tapi, akhirnya Melati dapat dihapuskan oleh kempat-empat hantu baik tadi dengan bantuan Amir (rasanya tuan punya rumah yang mereka sewa). Amir ni berpewatakan lurus bendul dan baik. Dia jatuh hati pada hantu langsuir.

Tapi, cerita ni memang lawak terutama Amy Mastura. Gaya lakonanya yang bersahaja dan dengan watak lurus bendul yang dibawanya membuatkan kami sekeluarga terkekek-kekek gelak. Memang Amy Mastura banyak menghidupkan suasana. Tapi, bukan bermakna pelakon lain tak ok. Semuanya ok, cuma lakonan Amy Mastura ni lebih menonjol dan walaupun bersahaja je. Ditambah pula dengan watak-watak komedi pelakon lelaki seperti Saiful Apek, Achong Sweetchild dan sorang lagi saya tak tahu nama.

Memang seronoklah menonton drama ni. Bolehlah untuk me'releas'kan segala ketegangan dalam jiwa dan otak.

No comments: