"Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut, Hati merintih terkunci mulut membisu, Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya, Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan. Di sudut kecil hatiku sering berkata, Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya, Ku beranikan diri menongkah arus yang deras, Demi hari esok ku relakan. Walau tiada tangan menghulur, Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula, Tuhan... hanya engkau mengerti, Perjalanan hidup seorang insan." Salma

Thursday, July 7, 2011

Wakil Rakyat PKR mohon maaf pada Wardina, tindakan yang baik mencerminkan budi bahasa yang tinggi kepada si pemohon maaf

Wardina

“Saya ingin meminta maaf kepada Wardina memandangkan kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat ini telah menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan. Saya ingin menegaskan saya tiada niat mengundang spekulasi pihak-pihak tertentu yang tidak menghormati aktiviti kerajaan bukan BN (Barisan Nasional) ketika menjemput beliau hadir ke karnival ini,” katanya dalam satu kenyataan media menerusi blognya, niknazmi.com, Rabu.

Nik Nazmi

Pada 29 Jun lalu Wardina membuat sidang media bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Wardina dikatakan tidak mengetahui agenda majlis berkenaan sehinggalah ketika dia tiba di lokasi tersebut apabila ia melibatkan majlis kemasyarakatan yang turut dihadiri oleh pemimpin PKR lain termasuklah Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali."


sumber: mStar online.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga dibersihkan nama Wardina ni. Sedihlah dengan masyarakat Malaysia (bukan semua) hari ini. Semakin maju dunia, semakin maju teknologi, tetapi semakin mundur pemikiran dan adab sopan dalam diri mereka. Mentaliti masyarakat Malaysia (bukan semua) dilihat dangkal dan terkurung. Lebih pelik dirasakan apabila mereka inilah yang melaungkan demokrasi, tetapi mereka sendirilah yang sebenarnya tidak mengamalkan demokrasi. Demokrasi apa namanya, kalau berbeza pilihan dalam politik pun dah dituduhnya seseorang itu macam-macam. Sampai ada yang sanggup membuka aib orang lain. Sebagai contoh yang terjadi pada Wardina ni lah. Kalau betul sekalipun dia mengokong PKR, itu bukanlah tiket untuk membuka aibnya. Itu HAK dia dinegara yang DEMOKRASI ini. Apatah lagi dia sendiri mengaku tidak terlibat dalam mana-mana parti politik. Jadi, tiada sebab untuk membuka kisah lama dia dahulu. Bagi saya sesiapa yang melakukan perkara ini (membuka aib Wardina) secara melulu dan membuta tuli, dia adalah manusia yang bermentaliti rendah juga kurang adab sopan.

No comments: