"Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut, Hati merintih terkunci mulut membisu, Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya, Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan. Di sudut kecil hatiku sering berkata, Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya, Ku beranikan diri menongkah arus yang deras, Demi hari esok ku relakan. Walau tiada tangan menghulur, Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula, Tuhan... hanya engkau mengerti, Perjalanan hidup seorang insan." Salma

Tuesday, June 28, 2011

Maharaja Lawak, kecewa Jozan Kalah, Hawaii Five-O dah habis.

Maharaja Lawak dah pun tamat. Sungguh rasa terkilan sebab Jozan tak jadi juara. Macam rasa kehilangan dan kekurangan je. Namun begitu, suka juga sebab Sepah menang. Mereka pun best juga. Nabil pun best juga. Jambu pun best.

Sedari awal sebelum Maharaja Lawak saya sudah memilih Jozan, sebab saya suka gandingan mereka yang serasi setiap kali mengendalikan rancangan Raja Lawak. Walaupun pada episod pertama Jozan tak menunjukkan keupayaan diri mereka yang sebenar, tapi saya tetap optimis yang Jozan pasti akan memberikan persembahan yang terbaik. Itulah yang dibuktikan oleh mereka setiap minggu sehingga ke peringkat akhir. Memang setiap minggu saya ternanti-nantikan persembahan Jozan. Bagi saya lawak mereka mendahului peserta lain dari segi persembahan dan pengisian. Lawak mereka bukan sekadar lawak kosong.

Begitu juga Nabil. Saya suka usaha yang dia lakukan. Saya dapat lihat setiap persembahannya dia berusaha untuk mengelakkan lawak yang dipersembahkannya itu lebih kepada merapu dan kosong. Walaupun tak 100% terbaik, tetapi saya amat selesa dengan lawak yang dipersembahkan oleh Nabil

..:antara persembahan terbaik Jozan dan sentiasa melekat difikiran penonton:..

Berbanding dengan Sepah dan Jambu, ada lawak-lawak yang mereka persembahkn membuatkan saya rasa tak selesa. Contohnya Jambu masa lawak jogging dan lawak di kelab malam, masa Yus ditampilkan sebagai perempuan. Ada adegan konon-kononnya silelaki dan perempuan ni nak bercium. Oh! Cukuplah saya geli-geleman masa tu. Macam Sepah pula, walaupun semua orang suka lawak mak bidan mereka. Tapi, bagi saya, rasa malu menontonnya. Terutama babak Jep menggunakan vacuum dan Shuib pula terkangkang. Oh! Saya tak selesa menontonnya. Nasib baik masa hanya saya dengan kakak dan anak-anaknya sahaja yang menonton. Kalau ada abang ipar saya menonton bersama pasti saya rasa amat-amat tak selesa. Namun begitu bukan semua lawak Jambu & Sepah saya tak suka.

Namun pentas akhir adalah penentu segalanya. Tahniah Sepah sebab menjadi juara. Tidak dinafikan kedua-dua lawak mereka pada malam tu memang mampu buat semua orang ketawa. Saya sedikit kecewa dengan persembahan pertama Jozan. Tapi persembahan kedua mereka memang terbaik. Malahan lebih baik dari Sepah. Tapi, mereka hanya dapat 1 mata berbanding Sepah, 2 mata. Jadi kemenangan berpihak kepada Sepah. Saya terima dengan hati terbuka walaupun kecewa.


Malam tadi juga berakhirlah episod terakhir bagi musim kedua drama bersiri Hawaii Five-O. Kesudahan yang ditinggalkan tergantung. Kena tunggu musim ketiga muncul la nampaknya untuk mengetahui untung-nasib Steve dan Kono yang ditangkap HPD. Steve dituduh membunuh Laura, PA kepada Gabenor dan membunuh Gabenor juga. Semuanya angkara musuhnya Wo Fat. Kono ditangkap sebab mencuri duit dari simpanan bukti untuk membantu Chin. Chin pula dah masuk HPD balik, dan menjadi penentang kepada Steve. Dia jugalah yang memberkas Steve. Hanya tinggal Danny. Mampukah Danny membantu kawan-kawannya? Macamana pula hubungan Danny dengan bekas isterinya Rachel, yang kini mengandungkan anak kedua mereka dan membawa anak sulung mereka Grace berpindah ke New Yok atau Jersey? Tak sabar tunggu musim ketiga…

Dalam pada itu, baguslah semuanya dah habis sekarang. Dapatlah saya menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran saya. Memang saya akui saya ni hantu tv. Bayangkan, sudah berbelas tahun saya tak bergelumang dengan buku. Dan sudah berbelas tahun juga saya mengisi masa lapang dengan menonton tv. Itu sahaja yang saya boleh buat. Aktiviti lain pula kebanyakkannya melibatkan kos. Paling tidak kos petrol. Jadi, menonton tv sahajalah yang saya mampu.

Huh! Assignment ada 4 kena siapkan. 1 dah siap 80%, 1 lagi baru 50% lagi 2 baru 30% kot, itupun baru kumpul maklumat, belum taip lagi. Kemanalah perginya semangat saya ni. 10hb Julai ni semuanya ke hantar. Lepas tu nak baca buku untuk final exam pula. Bila menghadap laptop untuk menaip assignment mood saya melayang entah kemana. Sebaris ayat pun saya tak mampu nak taip. Adoiiiilaaa… dah parah saya ni.

Friday, June 24, 2011

Nekad bukan naked

It’s almost 3 weeks, I haven’t contact nor answer call or reply the messages. This time I resolutely decided to break off the 'link'. Like it or not, that is my final decision. However, it is not as simple as that. I am absolutely emotionally disturbed.

But there is nothing can make me stay longer. Waiting for something will never be come true, it is only 'fatamorgana', illusion and delusion. Even the sketch of future always been singing on lips, but it is just a song without rhythm. Not even one effort have been done to make the song become beautiful song at my hearing, my heart. The only thing is, it only giving me fake hope. By end of the day, there is nothing left for me. Only broken heart, time wasted, lonely heart.... *sigh*

(satu lagi entri dalam bahasa inggeris... tak tahu betul ke tidak... grammer checker saya sudah tamat tempoh, takde kredit kad nak langgan...)

Thursday, June 23, 2011

Kemalangan, Makcik dan Sepi...

Hari Sabtu lepas, saya bernasib baik hanya kerana tidak memotong sebiji lori pasir sewaktu memandu di sebuah jalan raya. Walaupun pada ketika itu saya memang boleh sangat memotong lori tersebut. Namun, kerana tiada apa yang mahu saya kejar dan saya keluar awal untuk ke kelas, jadi saya memandu dengan santai. Tapi, semua itu ada hikmahnya apabila tidak berapa lama memandu lori tersebut telah terbabit dalam satu kemalangan yang melibatkan 4 kenderaan termasuk lori itu sendiri.

Pada amatan saya kemalangan berpunca apabila sebuah kereta kancil untuk belajar memandu dan saya yakin pemandu kancil tersebut sedang belajar telah berhenti secara tiba-tiba. Ini menyebabkan kereta Iswara dibelakangnya tidak sempat menekan brek lalu melanggar kancil tersebut. Kemudian diikuti dengan sebuah van, telah melanggar Iswara itu. Di belakang van tersebut adalah lori pasir tadi, yang juga tidak sempat nak membrek namun, pemandu masih cuba membelok kan lorinya ke arah kanan yang kebetulan tiada kenderaan. Namun, belokan itu tak mencukupi, lori tersebut tetap terlanggar van tadi sehingga van tadi beralih melintang jalan dan terus meluncur ke tepi sebelah kiri jalan dan melanggar tembok sebuah bengkel kereta.

Saya yang berada dibelakang lori merasa terkejut dan terus menekan brek. Nasib baik pada waktu itu saya tidak memandu laju dan jarak kereta saya dengan lori itu agak jauh. Saya dapat lihat dengan jelas cermin van tersebut hancur, berterbangan dan berterabur di atas jalan.

Hari Isnin sewaktu memandu ke pejabat, saya lihat ada 2 kemalangan disepanjang perjalanan. Hari Selasa, saya lambat untuk ke pejabat kerana saya singgah di kedai tayar untuk menampal tayar kereta saya yang sudah dekat 3 minggu pancit. Oleh kerana kedai tayar tersebut hanya buka jam 9. Selepas selesai menampal tayar saya terus memandu menuju ke pejabat. Tidak sampai 10km lagi untuk sampai ke pejabat, saya terbabit dengan kemalangan. Tapi, bukan salah saya. Waktu itu jalan sesak dan kereta saya sedang berhenti, tiba-tiba saya terkejut bila kereta saya dilanggar dari belakang.

Nasib baik tiada kerosakkan yan serius, jadi saya dan orang yang melanggar saya buat penyelesaian sesama kami tanpa membuat report. Orang tersebut telah membawa saya ke bengkel kereta kawan ayahnya dan untuk membaik-pulih kerosakkan kereta saya. Semua kos adalah dibawah tanggungan dia. Oleh kerana saya tiada kenderaan lain, dan bengkel tersebut jauh dari rumah saya, mahu tidak mahu saya terpaksa menanti sehingga kereta saya siap dibaik pulih. Kebetulan pula ada seorang makcik yang juga sedang membaik-pulih keretanya dibengkel tersebut.

Dengan murah hatinya makcik tersebut mengajak saya pergi makan dan minum sementara menunggu kereta saya siap sepenuhnya. Lepas makan dan minum saya menemani makcik tersebut pergi pula ke kedai tayar untuk dia menukar baru tayar keretanya. Siap menukar tayar, makcik tersebut membawa saya kerumahnya yang tak berapa jauh dari bengkel tempat kereta saya dibaik pulih.

Makcik tersebut telah kehilangan suaminya yang meninggal dunia sejak 3 tahun yang lepas. Dia hanya ada seorang anak sahaja dan anaknya pun sudah berkahwin dan menetap di tempat lain. Tapi makcik tu sering ke rumah anaknya. Masuk saja ke rumahnya saya dapat merasakan betapa sepinya di situ. Sesepi hati makcik itu yang telah kehilangan. Keadaan suasana yang sunyi kerana jiran-jirannya ramai yang keluar berkerja menambahkan lagi kesepian.

Saya termenung sendiri. Saya dapat merasakan kesunyian dan kesepian yang makcik itu rasai. Betapa saya rasa seolah saya hanya keseorangan di atas muka bumi ini. Betapa kosongnya dunia ini saya rasakan. Hmmmmmm… apakah perasaan ini yang akan terus saya rasai? Sepi… sepi… sepi… Bezanya saya dan makcik tersebut, sekurang-kurangnya dia mempunyai anak, sedangkan saya… saya hanya sendirian. Memang ada adik-beradik, ada anak-anak saudara, tapi manakan sama. Anak-anak saudara bukan anak sendiri. Belum pasti mereka akan menyayangi saya seperti mereka menyayangi ibu-ibu mereka. Saya hanya seorang makcik sahaja pada mereka. Mereka masih ada ibu-bapa yang perlu diutamakan. Hmmmmmm… penghujungnya saya hanya sendirian… keseorangan…

Thursday, June 16, 2011

Use stairs instead of elevators


Recently, my boss would prefer to use the stairs instead of elevators to get to our office on Level 4. Yesterday, I talk to him, I said "wah you like to use stairs." He replied, "I have too, I'm getting old, must have some excercise." I said "yes, good for you"

Then he reply me "You, Should do the same" ... Huwaaaa is that the sign that he want to said that I'm getting too old orrrr have that I'm getting my weight up?

Although I felt like "oh! how fat me" but what my boss said was indeed true. I must follow the way he was. Do not use the elevator again. Use the stairs. At least some exercises for myself.

So, starting this morning, I use the stairs from level B1 to level 4. Pants. When you arrive at level 3 only, my legs are starting to feel weak. But, I kept it. Hmmm a simple but good excercise for me. From today I will be using the stairs. Forget the elevator. God willing.

*Saya tak pandai bahasa Inggeris. Tapi saya cuba juga nak menulis dalam bahasa Inggeris. Kalau salah tolong tunjukkan ya <--- cakap kat siapa ni? Ada ke orang baca blog saya???

Wednesday, June 15, 2011

Kan Ku Ingat, Kan Ku Kenang, Senja Indah, Senja di Kuala Lumpur

Sudah lama tak jalan-jalan waktu malam di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sudah lama tak pergi ke Dataran Merdeka, terutama pada waktu malam. Sudah lama tak melihat Bangunan Sultan Abdul Samad di waktu malam. Lama sangat.

Semalam balik kerja saya terus ke perpustakaan untuk memulangkan buku. Tarikh akhir untuk buku itu dipinjam adalah hari ini. Jadi saya memilih semalam untuk memulangkannya. Sampai di perpustakaan yang tak berapa jauh dari Dataran Merdeka itu dah pun 7.10 malam. Nasib baik perpustakaan ni ada kemudahan “Drop Off Box” untuk memulangkan buku-buku yang dipinjam. Masukkan sahaja dalam kotak tu. Tak perlu lagi nak jumpa pustakawan untuk memulangkan buku.

gambar diambil dari http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?p=71094713

Oleh kerana waktu solat maghrib pun sudah hampir, saya pun terus menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat. Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki di Masjid Negara. Kali pertama dulu rasanya masa sekolah rendah ataupun masa tingkatan 1. Lama sungguh lah. Oleh kerana sudah terlalu lama tak masuk Masjid Negara, saya agak tercangak-cangak juga nak mencari tempat wuduk wanita dan ruang solat wanita.

Pada mula-mula saya was-was juga nak masuk Masjid Negara ni. Was-was saya tu bukan kerana apa-apa, hanya kerana perasaan malu. Sebab saya tahu kalau hari-hari biasa yang tak ada apa-apa majlis ni, bilangan jemaah wanita ke masjid pasti kurang dan tidak seramai jemaah lelaki. Itu yang buat saya rasa segan. Bertambah cuak semalam, bila saya nak memarkirkan kereta. Ada beberapa orang berada dikawasan parkir tersebut. Mereka pun macam saya datang untuk bersolat. Tapi, semuanya lelaki. Tak ada wanita pun. Saya menjadi lebih canggung. Tapi, saya kuatkan hati dan pujuk hati dengan berkata ‘masjid ni rumah Allah untuk umatnya melakukan ibadah. Tak kira lelaki atau perempuan, so tak perlu takut dan segan’.

Berpusing-pusing juga saya cari tempat wuduk wanita. Saya melihat-lihat papan tanda. Tiada pun tertulis tempat wuduk wanita, yang ada hanya tandas. Jadi, saya memilih untuk ke tandas sahaja. Akhirnya saya jumpa juga tempat wuduk yang bersebelahan dengan tandas. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Akhirnya tertunai juga impian saya sejak beberapa bulan lepas untuk bersolat dalam Masjid Negara. Alhamdulillah.

gambar diambil dari http://denslee.com/2009/06/30/kl-marathon-2009/

Habis solat, saya terus balik. Untuk balik ke rumah saya, jalan yang perlu saya lalui memerlukan saya membut U-turn di dataran Merdeka. Kereta tak banyak, jadi saya memandu dengan kelajuan sederhana untuk menikmati pemandangan di Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad yang disinari lampu berwarna purple+pink. Cantik. Menoleh ke arah Dataran Merdeka, terimbas kenangan sewaktu saya remaja dahulu, menonton konsert sewaktu sambutan Hari Merdeka dan Tahun Baru. Memandang ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman, terimbas kenangan suatu waktu pasar malam yang diadakan di jalan tersebut. Sungguh meriah dan seronok ketika itu. Sekarang ni pasar malam telah berpindah ke Lorong Tuanku Abdul Rahman (kalau tak silap saya itulah nama lorong tu).

gambar diambil dari http://putera258images.blogspot.com/2010/11/bangunan-sultan-abdul-samad.html

Malam tadi bulan mengambang penuh. Memandang bulan sambil mengimbas kenangan lalu, terasa betapa terlalu pantas masa berlalu. Betapa saya sedar diri ini telah semakin menginjak dewasa. Namun disebalik itu semua, sentiasa terpalit rasa duka mengenang nasib diri sendiri. Hmmmmmmm….

*terima kasih kepada tuan punya gambar dan maaf saya ambil tanpa pengetahuan anda semua.

Tuesday, June 14, 2011

Melampau!

gambar diambil dari terrysdiary


Harga barang sekarang semakin meningkat naik. Semakin menyesakkan dada. Penatlah nak ‘adjust’ duit (pendapatan) yang ada untuk digunakan bagi meneruskan kehidupan. Bukan 1 atau 2, tapi ada 7 mulut yang perlu disuapkan, ada 7 perut yang perlu diisi. Berat, memang berat. Kerana gaji bukanlah banyak mana. Tak pernahnya ada lebihan walaupun untuk diri sendiri.

Hanya mampu menelan airliur dan melihat sahaja kawan-kawan yang pergi bercuti, bershopping dan berlibur. Malah ada yang bercuti ke luar negara. Sesungguhnya saya cemburukan mereka. Saya rasa kecil sangat dibandingkan dengan mereka. Kerana rasa inilah yang membuatkan saya menjauhi kawan-kawa saya. Pertamanya, kerana saya malu dan keduanya saya tak suka bergantung kepada orang. Memanglah kawan-kawan saya tak kisah membayar harga makan dan minum setiap kali keluar dengan mereka, tetapi mereka tak faham rasa yang timbul dalam hati saya. Saya malu diperlakukan begitu. Saya rasa diri saya tidak berguna. Jadi, lebih baiklah saya menjauhkan diri dari mereka. Hmmmmm…

Harga makanan yang dimasak juga semakin meningkat. Sampai pada satu tahap saya rasa menyesal membeli dan memakan makanan tersebut. Pernah dalam minggu lepas, sewaktu makan tengahari. Saya membeli nasi bungkus, lauknya saya ambil rendang kerang, sayur bayam masak air dan beberapa ketul kentang sambal. Harga yang dikenakan kepada saya sebanyak RM5. Melampau! Memang melampau saya rasakan. Kerana saya tahu harga runcit untuk 3 barangan tersebut. Harga sekilo kerang RM1.90, saya ambil tak sampai segenggam apatah lagi sekilo, tapi 2 sudu sahaja.. Harga seikat bayam hijau RM1.00, saya ambil 2 sudu sahaja. Harga kentang sekilo saya tak ingat, tapi haritu saya beli 6biji kentang sederhana besar baru 90 sen. Saya ambil kentang sambal tu kalau dikira tak sampai 1 setengah biji. Secara rasionalnya walaupun telah dimasak takkan harga makanan siap tu mencecah sehingga RM5. Saya sungguh menyesal pada hari itu.

Sejak hari itu saya bertekad tak mahu lagi membeli nasi bungkus dikedai tersebut. Walaupun saya tahu itulah satu-satunya kedai yang menjual nasi campur yang berhampiran dengan pejabat saya. Tempat lain ada, tapi jauh. Kalau saya berjalan kaki ambil masa 15 minit, kalau naik kereta tidak berbaloi. Selain kedai itu yang ada disini hanya resturan yang mahal-mahal. Jadi, saya bertekad sedaya upaya untuk membawa bekal ke pejabat. Walaupun saya takkan cukup masa nak menyediakan bekal saya. Balik kerja dah malam, lepas tu sibuk dengan hal rumah dan belajar. Jadi, saya hanya fikirkan menu yang paling simple tapi mengenyangkan.

Semalam saya hanya sempat bawa roti kosong bersama telur mata letak mayonis dan sos. Itulah makanan tengahari saya semalam. Hari ini saya bawa nasi. Pagi tadi saya dapat idea untuk masak roti mata masak kicap yang simple. Saya goreng hirisan bawang besar bersama 5 biji cilipadi yang diketuk. Kemudian dimasukkan kicap. Bila dah masak saya curahkan ke atas telur mata tadi. Kemudian saya panaskan lebihan nasi malam tadi. Itulah yang saya bawa ke pejabat untuk bekalan makan tengahari saya. Simple sangat tapi mengenyangkan dan tiada rasa menyesal. Malahan saya sudah jimat RM5 saya.

Pengorbanan harus dilakukan. Saya tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Kenaikkan harga bahan bakar menyebabkan harga barang naik. Tak dapat dielakkan. Tetapi hati saya sentiasa sakit bila kerajaan selalu cakap ‘kenaikkan tidak membebankan rakyat’. Mungkin orang yang bercakap itu tak tahu rasanya, macamana makan tengahari dia hanya ada telur mata masak kicap.

Hmmmm……

Friday, June 10, 2011

Drama melayu pula: Kitab Cinta


Saya memang suka menonton drama bersiri dari barat. Sebagai contoh drama Life Unexpected. Selebihnya drama bercorak penyiasatan-kedoktoran atau forensik seperti CSI tiga serangkai, Crossing Jordan, Bones atau penyiasatan biasa macam NCIS dan Covert Affairs atau yang berkaitan undang-undang seperti Faily Legal. Selain itu drama-drama seperti Ghost Whisperer dan Greys Anatomi pun saya suka. Tapi kalau Glee, Gossip Girl, Desperate Housewives ada la beberapa lagi yang saya lupa tajuknya, saya tak tonton sebab tak minat.

Tapi rasa maca tak adil kalau saya asyik bercerita drama yang saya tonton dari barat sahaja kan. Sebenarnya saya pun tonton juga drama tempatan (Melayu). Banyak juga yang best Cuma ada antaranya ditayangkan pada waktu yang tak sesuai ataupun yang tak kena masa dengan masa santai saya. Seperti contoh cerita Nora Elena. Saya teringin sangat nak menontonnya, tapi waktu siarannya amatlah tidak sesuai untuk saya. Dah lah ditayangkan pada hari saya bekerja Isnin hingga Khamis, waktu tayangannya pula pada jam 7.00-8.00 malam. Pada waktu itu saya sedang ‘berperang’ dalam kesesakkan lalulintas untuk balik ke rumah dari pejabat. Maghrib pun selalu tumpang surau stesen minyak atau masjid (mana yang jumpa dulu la). Kalau ditayangkan pada jam 9.00 malam kan elok.

Tapi nasib baik drama Nur Kasih, Gemilang dan beberapa drama yang dah habis ditayangkan di tv (tak ingat tajuk lah) yang ditayangkan pada jam 9.00 mlm dapat saya tonton.

Sekarang saya suka pula menonton drama Kitab Cinta yang ditayangkan di tv Al-Hijrah. Nasib baiklah Al-hijrah dah ada di astro, dapat la saya tonton drama ni. Cuma saya hanya dapat menontonnya paling awal pun jam 8.50 atau selalunya jam 9.00. Sedangkan drama ni bermula jam 8.30. Adoiiii 8.30 tu saya diatas sejadah sedang menanti azan Isyak (bukan nak tunjuk baik). Selalu lah saya terlepas cerita ini 20-30minit pertama tayangannya.

Selain jalan ceritanya yang menarik minat saya (setelah membaca sinopsisnya) pelakon utamanya iaitu Fazura adalah menjadi tarikan saya untuk menonton drama ini. Saya peminta Fazura. Baru saya menonton beberapa episod drama ini, saya dapat rasakan drama ini setanding hebatnya dengan drama Nur Kasih. Harapnya begitulah. Namun drama ini bukan pelakonnya 100% orang Malaysia. Tetapi dicampur dengan pelakon Indonesia. Heronya orang Indonesia. Tak apalah, asalkan ceritanya menarik dan ada Fazura.

Thursday, June 9, 2011

Life Unexpected sudah berakhir, suka sangat dengan kesudahannya

Life Unexpected Season 2
Siri tv Life Unexpected musim ke 2 telah pun habis ditayangkan di channel 702 di astro hari Selasa lepas.

Pengakhiran
Menonton pengakhiran drama tersebut membuatkan saya berkata sendirian “memang betul-betul unexpected”.

Perasaan
Tak tahu nak cerita macamana perasaan yang ada ni. Semuanya ada. Semuanya bercampur baur. Sukar sungguh nak mengungkapkan perasaan ini selepas menonton penyudah drama ini. Yang pasti airmata ini mengalir.

Tentang Life Unexpected
Life unexpected sebuah kisah keluarga, ibu-Cate, ayah-Baze dan anak-Lux yang terpisah. Bukan terpisah kerana penceraian tetapi terpisah kerana tidak pernah adanya ikatan pernikahan. Si anak lahir hasil hubungan yang tidak dirancang oleh si ibu dan si ayah diusia remaja. Kerana masih terlalu muda si ibu terpaksa menyerahkan si anak kepada rumah kebajikan. Si ayah pula tidak pernah tahu akan kewujudan anak ini. Si anak pula telah beberapa kali diserahkan kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat.

Ketika usianya mencapai 16 tahun Lux mencari ibu dan bapanya untuk mendapatkan tandatangan mereka untuk membebaskan si anak dari bawah jagaan rumah kebajikan serta melepaskan dirinya dari keluarga angkatnya. Dari sinilah segalanya bermula.

Drama ini penuh dengan konflik, kisah suka-duka dan yang penting sekali adalah nilai kasih-sayang. Kasih-sayang sesama keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.

Walaupun kelahiran anak ini ke dunia tidak pernah diimpikan oleh ibu-bapanya malahan telah menimbulkan pelbagai masalah dan huru-hara. Tetapi disebalik itu semua, kehadirannya telah menyatukan 2 jiwa yang telah terpisah. Kehadirannya juga telah memberi makna dan membuatkan seseorang mula melihat masa depannya iaitu ayahnya Baze dan ibunya Cate.


Penyudah yang tidak disangka
Selepas menghidang pelbagai kisah-suka duka, konflik, tangisan, kesakitan, kehilangan, cerita ini diakhirkan dengan penyatuan sebuah keluarga. Ibu-Cate, ayah-Baze akhirnya bersatu dan bersama-sama menjaga anak mereka Lux. Cate yang telah pun berkahwin dengan Ryan, telah melepaskan Ryan kepada Julia, bekas kekasih Ryan yang sedang sarat mengandungkan anak Ryan. Baze yang selama ini tercari-cari pasangan hidupnya akhirnya bahagia bersama Cate. Sebenarnya memang jelas kelihatan di mata Baze, yang jauh disudut hatinya dia menyayangi dan mencintai Cate. Tetapi, dia terpaksa lepaskan Cate kepada Ryan. Namun bak kata orang islam “kalau dah jodoh tu takkan ke mana kan”. Sesungguhnya memang jodoh Baze adalah Cate, iaitu orang yang telah mengandungkan dan melahirkan anak mereka. Dan akhirnya Lux memanggil mereka “mom, dad” bukan lagi “Cate, Baze”.

Lux yang telah 2 kali kecundang dalam cintanya, setelah kehilangan Bug dan Eric, kini mula mencipta bahagia bersama Jones. Jones yang memberikan kekuatan berkata kepadanya adalah tidak mengapa menjadi ‘tidak normal’ kerana sebenarnya setiap insan pasti ada satu perkara dalam dirinya yang tidak normal. Tasha sahabat karib Lux masih setia disisi Lux.

Pengajaran
Walaupun drama ni jauh dengan budaya dan agama saya, tetapi saya masih mampu melihat pengajaran daripadanya.

Pertama yang amat-amat penting ialah “manusia hanya mampu merancang dan berusaha untuk menjayakan rancangannya, tetapi keputusan akhir adalah ditangan ALLAH”.

Kedua, jodoh, ajal dan rezeki itu HAK Allah.

Ketiga, kasih-sayang sesama insan amatlah penting dalam kehidupan. Ianya harta yang berharga lebih berharga dari harta material.

Akhir kata
Saya mahu sentiasa mengingatkan diri saya, walaupun saya selalu terasa tersisih, terpinggir, tidak layak berada dikalangan kawan-kawan saya dan ‘tidak normal’, saya tahu “masih ada yang sayang pada saya”. Saya juga mahu sentiasa meyakinkan diri saya, yang saya juga berhak bahagia seperti orang lain. Saya akan sentiasa sabar menanti hari tu tiba.