"Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut, Hati merintih terkunci mulut membisu, Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya, Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan. Di sudut kecil hatiku sering berkata, Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya, Ku beranikan diri menongkah arus yang deras, Demi hari esok ku relakan. Walau tiada tangan menghulur, Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula, Tuhan... hanya engkau mengerti, Perjalanan hidup seorang insan." Salma

Friday, July 29, 2011

Alhamdulillah... Alhamdulillah; Harimau Malaya saya sayang kamu

Alhamdulillah… hujan rahmat mengiringi kehadiran penghulu hari pada minggu ini. Jumaat yang sejuk, dingin dan damai saya rasakan. Walaupun jalan raya sesak, tapi alhamdulillah sesaknya hanya di separuh jalan sahaja, selebihnya lalulintas lancar. Namun, saya tetap lewat sampai ke pejabat. Tapi, tak apa biar lewat jangan tak sampai terus.

sumber: http://razythelast.deviantart.com/art/harimau-malaya-191228839

Hujan yang lebat juga seolah-olah mewakili seluruh rakyat Malaysia yang kecewa apabila pasukan bolasepak skuad Piala Dunia gagal ke peringkat seterusnya dalam usaha menempatkan diri untuk kelayakkan Piala Dunia bagi Zon Asia. Namun, hujan yang mencurah yang membawa rahmat ini sebenarnya juga mewakili kebanggaan peminat-peminat bolasepak tempatan dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan kita. Inilah yang semua peminat harapkan. Kalah tapi dengan semangat juang yang tinggi. Diharapkan kekalahan ini adalah batu loncatan untuk pasukan kita melangkah lebih jauh. Tahniah pasukan Harimau Malaya. Teruskan perjuanganmu sayang. Saya sayang kamu. Auuuuummmmmmmm…

sumber: http://vrempire.com/multimedia/nike-football-posters-of-malaysian-tigers-aka-harimau-malaya.html

Alhamdulillah juga bila kakak saya beritahu yang dia sekeluarga dapat bantuan zakat dari Lembaga Zakat Selangor. Saya betul-betul lega. Beberapa hari ni saya dilanda kerisauan dan kesedihan. Bila mengenangkan Ramadan bakal menjelma dan Syawal pula bakal menyusul. Namun, persiapan Syawal belum kami buat lagi. Bagi diri saya sendiri, memang saya tiada peruntukkan untuk raya kali ini. Tiada baju baru, tudung baru, kasut baru. Saya akan pakai apa yang saya ada, yang saya pakai setiap kali ke pejabat. Itu sudah memadai bagi saya. Bukan tak teringin nak menyarung pakaian baru di pagi raya dan sewaktu menziarah kubur, tapi saya tak mempunyai bajet untuk itu semua.

Cuma saya risaukan anak-anak saudara saya. Kakak saya tidak bekerja dan dia membantu saya menjaga orang tua kami yang dah keuzuran di rumah, disamping menguruskan anak-anak dan suaminya. Suaminya hanya bekerja kampung dengan pendapatan yang kecil. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi, sememangnya saya yang menanggung perbelanjaan kami sekeluarga. Ini pengorbanan saya, setelah kakak saya berkorban membantu saya menjaga orang tua kami, sepeninggalan saya keluar bekerja yang keluar awal pagi dan hanya balik ke rumah bila waktu Isyak menjelma.

Namun dengan bantuan kewangan dari Lembaga Zakat Selangor ini, Alhamdulillah bersyukur sangat, sekurang-kurangnya dapatlah kakak saya membelikan pakaian baru untuk anak-anaknya untuk dipakai pada hari raya nanti. Kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Kalau saya, baju kurung 10 tahun lepas pun masih boleh saya pakai dan masih baik, jadi bolehlah saya pakai pada hari raya nanti. Tapi kanak-kanak lain, mereka sedang membesar. Baju raya tahun lepas dah tak boleh nak disarungkan lagi pada tahun ini. Semua baju-baju tu dah tak muat lagi. Jadi, sememangnya mereka memerlukan pakaian baru. Lagi pun anak-anak saudara saya ni bukan selalu dapat pakaian baru.

Syukur ya Allah… Alhamdulillah… terima kasih atas rezeki yang telah dilimpahkan kepada kami sekeluarga.

Wednesday, July 27, 2011

Ramadan datang lagi



Tinggal beberapa hari sahaja lagi dah nak masuk Ramadan. Seronok rasanya menanti kehadiran Ramadan. Seronok sebab boleh berpuasa. Sungguh besar hikmah puasa pada diri saya. Pengalaman saya setiap kali puasa sebulan dibulan Ramadan, memang saya dapat mengurangkan berat badan saya. Disebabkan itu saya menjadi lebih cergas. Biasanya kalau hati saya sentiasa tenang dan ceria saya mampu bertahan dengan berat badan yang telah berkurangan itu berbulan-bulan. Berpuasa menjadikan saya mampu untuk mengawal nafsu makan saya hatta pada hari raya sekali pun. Cuma, apabila hati saya dilanda kelukaan, jiwa saya bergelora dan pemikiran saya terganggu, memang nafsu makan saya takkan mampu dikawal.

Selain itu, yang lebih penting ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah dalam bulan Ramadan adalah sangat banyak. Tinggal kita nak rebut atau tidak je ganjaran yang tersedia tu. Di bulan Ramadan adalah salah satu waktu dan ketika mustajabnya doa-doa kita. Amalan-amalan wajib dan sunat pun digandakan pahalanya. Inilah peluang keemasan untuk saya dan kita semua. Walaupun setiap hari, setiap saat dan setiap ketika saya sentiasa berdoa, namun kehadiran Ramadan memang dinantikan.

Puasa itu sangatlah hebat kuasanya. Ini pengalaman saya sendiri. Baru sahaja berlaku. Pada hari Isnin yang lepas saya tidak berpuasa. Walaupun saya bersarapan pagi berat iaitu saya makan nasi berlauk dalam jam 7 pagi dan pada tengaharinya saya makan roti canai telur, tapi pada petangnya dalam jam 6 petang saya telah merasa lapar yang amat sangat. Laparnya saya sehingga saya menggigil. Jadi, saya terpaksa pergi makan dahulu sebelum pulang ke rumah.

Tapi, semalam saya berpuasa. Saya bangun bersahur jam 5 pagi. Saya makan nasi berlauk. Walaupun perut terasa lapar kerana berpuasa, tetapi tidaklah sampai lapar sangat dan sampai menggigil. Malahan masa berbuka saya hanya minum milo ‘o’ suam yang saya buat sendiri di pejabat. Saya hanya makan selepas jam 9 malam selepas solat Isyak. Betapa hebatnya berpuasa kan. Tidak boleh dinafikan lagi. Tiada pertikaian.

“AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN”

Friday, July 22, 2011

Pontianak, penanggal, kum kum dan langsuir lawan hantu susu


Ketawa penawar duka.

Malam tadi menonton drama “Hantu Susu” di Astro Ria. Drama yang menggabungkan hantu-hantu yang pernah ditayangkan dalam ‘single drama’ bagi setiap hantu itu. Pontianak (Ira kot namanya, lupa lak) lakonan Erra Fazira dari drama Pontianak Kampung Batu, Hantu Penanggal (Suri) lakonan Amy Mastura dari drama Penanggal, Hantu Kum Kum (Mawar) lakonan Marsha Londoh dari drama Kum Kum dan Langsuir (Jamilah) lakonan Zarina Zainordin dari drama Tangisan Langsuir.

Kalau sebelum ni setiap ‘single drama’ yang saya sebutkan tadi diceritakan secara serius dan seram, tetapi dalam drama Hantu Susu ini diceritakan secara komedi. Kisahnya keempat-empat hantu ini mahu jadi hantu baik, jadi mereka semua telah meninggalkan kampung mereka dan mencari tempat tinggal yang baru. Mereka berkongsi menyewa disebuah rumah yang sama disebuah kampung (tak ingat pula nama kampung tu). Kebetulan rumah tu rumah kosong.

Pada mulanya masing-masing menyembunyikan identiti diri masing-masing. Tapi oleh kerana masing-masing adalah hantu, so masing-masing sebenarnya tahu yang kawan-kawan serumah mereka tu adalah hantu.

Kekecohan timbul bila ada orang kampung mati dengan misteri. Orang kampung mengesyaki pembunuhan itu dilakukan oleh hantu. Oleh kerana pembunuhan itu berlaku sejak keempat-empat wanita jelita yang sebenarnya hantu itu pindah ke kampung tersebut, maka orang kampung mengesyaki mereka yang melakukannya.

Tapi sebenarnya pembunuhan itu dilakukan oleh Hantu Susu lakonan Didie Alias, seorang jururawat kampung bernama Melati. Tapi, akhirnya Melati dapat dihapuskan oleh kempat-empat hantu baik tadi dengan bantuan Amir (rasanya tuan punya rumah yang mereka sewa). Amir ni berpewatakan lurus bendul dan baik. Dia jatuh hati pada hantu langsuir.

Tapi, cerita ni memang lawak terutama Amy Mastura. Gaya lakonanya yang bersahaja dan dengan watak lurus bendul yang dibawanya membuatkan kami sekeluarga terkekek-kekek gelak. Memang Amy Mastura banyak menghidupkan suasana. Tapi, bukan bermakna pelakon lain tak ok. Semuanya ok, cuma lakonan Amy Mastura ni lebih menonjol dan walaupun bersahaja je. Ditambah pula dengan watak-watak komedi pelakon lelaki seperti Saiful Apek, Achong Sweetchild dan sorang lagi saya tak tahu nama.

Memang seronoklah menonton drama ni. Bolehlah untuk me'releas'kan segala ketegangan dalam jiwa dan otak.

Thursday, July 21, 2011

Just le me be alone.

source: http://franklyclueless.tumblr.com/

Orang kata “kalau sakit carilah ubatnya”

Saya setuju.

Namun, bagi saya andai sememangnya tiada ubat untuk penyakit itu atau masih belum ketemui sehingga saat ini, jauhkan diri daripada perkara-perkara yang akan menambah-burukkan kondisi penyakit itu.

Jadi, suka saya luahkan di sini. Bukan saya membenci, bukan saya tak sayang lagi, tetapi kamu, kamu, kamu yang saya sayang telah menambah luka dihati saya.

Jadi, biarkan saya sendiri mencari ubat luka ini. Kerana saya tak mahu terus terluka. Takut kelukaan itu akan mengundang virus BENCI dan menelan semua KASIH-SAYANG.


Just let me be alone.

Wednesday, July 20, 2011

Apalah malangnya nasib saya... hukhukhuk... :-(

picture source: http://puppytime.tumblr.com/page/3

Arrrrgghhhhhhh… rasa nak pecah dada dan kepala ni.

Apakah hikmah disebalik ini semua? Apakah sebenarnya yang ingin diberitahu kepada saya? Apa? Apa? Apa?

Mula-mula haritu saya tak buka email saya selama 3 hari, jadi saya terlepas pandang balasan email pensyarah saya berkenaan tugasan saya. Selepas menghantar tugasan tersebut baru saya baca email dia. Saya kecewa.

Tapi, saya dah perbaiki tugasan saya dan terus saya sms pensyarah saya tanya, sama ada dia boleh terima atau tidak sekiranya saya mahu menghantar semula. Tapi, saya tunggu punya tunggu balasan sms dia. Tak ada pun. Masa tu saya guna handphone lain. Saya pindahkan simcard saya dalam handphone tu kerana handphone yang biasa tu kehabisan bateri. Handphone yang saya gunakan tu pula sememangnya sudah ada problem bateri. Sampai baterinya padam saya tak terima juga balasan sms tersebut. Perkara ini berlaku pada hari Sabtu lepas.

Lebih sadisnya hanya pada pagi ini, baru saya terfikir nak cas bateri handphone tu (ada simcard lain dalamnya) dan membukanya. Rupanya sudah ada balasan sms tersebut. Rasanya masa balasan sms pensyarah saya masuk, masa tulah juga bateri handphone tu terus padam. Masalahnya, bila saya pindahkan simcard tu ke dalam handphone asal, received sms tu tak ikut sama. Sms itu tetap duduk di handphone sementara itu. Jadi saya tak tahu pun yang Pensyarah saya benarkan saya untuk menghantar semula tugasan saya. Betapa malangnya nasib saya. Saya tidak pasti, sekiranya saya hantar sekarang tugasan saya itu diterima atau tidak. Lebih malang thumbdrive yang mengandungi tugasan saya berada dirumah, bermakna hanya malam nanti sahaja saya boleh menghantar semula. Huwaaaaaaaa nak menangis rasanya.

Malang sungguhlah nasib saya ni.

Ya Allah ampunilah saya!!!

Saturday, July 16, 2011

Rasa ini...


Sedih, kecewa, terluka… itulah yang saya rasa dikala ini…
1) Mengapalah saya terlihat “perubahannya itu”. Perubahan itu bagus untuk dia, tetapi menghiris hati saya. Membuatkan saya merasa lebih kerdil, lebih jauh ketinggalan daripada dia. Semakin besar jurang yang telah terbina antara saya dan dia.

2) Mengapalah baru hari ini saya nak membuka email saya yang satu itu. Apakah ini suratan untuk saya. Selepas menghantar emel tersebut, setiap hari saya menanti balasannya. Tapi tiada. Namun, apabila sejak hari Rabu lepas saya terlupa untuk membuka emel tersebut, rupanya telah ada balasan emel tersebut pada hari itu. Tapi, hanya hari ini saya membacanya setelah semuanya saya serahkan kepada yang “berhak”.

3) Sedaya upaya merombak laporan tersebut. Hantar sms kepada yang “berhak” untuk memohon diperkenankan untuk saya menghantar sekali lagi “laporan” itu. Namun setakat saat ini masih tiada balasan daripadanya. Haruskah saya hanya pasrah dan redha sahaja.

4) Terlalu banyak benda yang berlaku dan mengganggu emosi saya. Penat! Penat! Penat!

5) Saya tak mahu tahu dan melihat dia, buat masa kini. Sampai bila? Saya tak pasti. Bukan kerana membenci, tetapi melihat apa yang dia ada pada hari ini, melihat dia semakin melangkah jauh dalam hidupnya, sedangkan saya semakin terhimpit, membuatkan saya rasa semakin terpinggir darinya. Jadi, biarlah saya tak melihat, mendengar dan mengetahui tentang dia. Kerana itu semua menghiris hati saya. Maaf kawan!

Friday, July 8, 2011

Tahajjud Cinta... keranamu Fazura...


Tinggal beberapa minit je lagi drama Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima akan ke udara di TV3. Inilah masa yang ditunggu oleh saya. Saya akui, pada mulanya saya menanti drama ini kerana Fazura ada berlakon. Selepas itu baru saya baca sinopsis, pengarah serta pelakon-pelakon lain. Tetapi sememangnya kerana Fazura lah saya menanti cerita ini. Harap cerita ini tidak menghampakan saya. Berharap juga lakonan Fazura tidak akan mengecewakan saya. Semoga lakonannya mantap seperti selalu.
Sinopsi Tahajjud Cinta
Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (Tiz Zaqyah kakak kpd Citra )ada masalah dengan suamnya (Heryanto) dan menghadapi keganasan rumahtangga. Emelda sangat lemah untuk mengahadapi masalah tu.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepada dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang di hantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil sebenarnya telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah.

Citra nak membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada Ustaz Syauki (Eman Manan)yang alim tapi tewas dengan nafsu ni lakonan Eman Manan. Seri kena kawin sebab Ustaz tu membiayai pengajian dia di Jordan. Malangnya Seri menjadi mangsa deraan ustaz ni pulak.

Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy), Seri ada hati jugak dengan Solahudin tapi apa kan daya dia terpaksa lupakan Solahudin. Isteri yang lain jugak mencemburui Seri. Fuh!! banyak konfilk betul cerita nih!

Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari keganasan dan kezaliman ustaz Syauki. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka ( mungkin dia anak kepda Ustaz Syauki). Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
Sumber: Nuriezspace