"Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut, Hati merintih terkunci mulut membisu, Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya, Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan. Di sudut kecil hatiku sering berkata, Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya, Ku beranikan diri menongkah arus yang deras, Demi hari esok ku relakan. Walau tiada tangan menghulur, Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula, Tuhan... hanya engkau mengerti, Perjalanan hidup seorang insan." Salma

Friday, June 10, 2011

Drama melayu pula: Kitab Cinta


Saya memang suka menonton drama bersiri dari barat. Sebagai contoh drama Life Unexpected. Selebihnya drama bercorak penyiasatan-kedoktoran atau forensik seperti CSI tiga serangkai, Crossing Jordan, Bones atau penyiasatan biasa macam NCIS dan Covert Affairs atau yang berkaitan undang-undang seperti Faily Legal. Selain itu drama-drama seperti Ghost Whisperer dan Greys Anatomi pun saya suka. Tapi kalau Glee, Gossip Girl, Desperate Housewives ada la beberapa lagi yang saya lupa tajuknya, saya tak tonton sebab tak minat.

Tapi rasa maca tak adil kalau saya asyik bercerita drama yang saya tonton dari barat sahaja kan. Sebenarnya saya pun tonton juga drama tempatan (Melayu). Banyak juga yang best Cuma ada antaranya ditayangkan pada waktu yang tak sesuai ataupun yang tak kena masa dengan masa santai saya. Seperti contoh cerita Nora Elena. Saya teringin sangat nak menontonnya, tapi waktu siarannya amatlah tidak sesuai untuk saya. Dah lah ditayangkan pada hari saya bekerja Isnin hingga Khamis, waktu tayangannya pula pada jam 7.00-8.00 malam. Pada waktu itu saya sedang ‘berperang’ dalam kesesakkan lalulintas untuk balik ke rumah dari pejabat. Maghrib pun selalu tumpang surau stesen minyak atau masjid (mana yang jumpa dulu la). Kalau ditayangkan pada jam 9.00 malam kan elok.

Tapi nasib baik drama Nur Kasih, Gemilang dan beberapa drama yang dah habis ditayangkan di tv (tak ingat tajuk lah) yang ditayangkan pada jam 9.00 mlm dapat saya tonton.

Sekarang saya suka pula menonton drama Kitab Cinta yang ditayangkan di tv Al-Hijrah. Nasib baiklah Al-hijrah dah ada di astro, dapat la saya tonton drama ni. Cuma saya hanya dapat menontonnya paling awal pun jam 8.50 atau selalunya jam 9.00. Sedangkan drama ni bermula jam 8.30. Adoiiii 8.30 tu saya diatas sejadah sedang menanti azan Isyak (bukan nak tunjuk baik). Selalu lah saya terlepas cerita ini 20-30minit pertama tayangannya.

Selain jalan ceritanya yang menarik minat saya (setelah membaca sinopsisnya) pelakon utamanya iaitu Fazura adalah menjadi tarikan saya untuk menonton drama ini. Saya peminta Fazura. Baru saya menonton beberapa episod drama ini, saya dapat rasakan drama ini setanding hebatnya dengan drama Nur Kasih. Harapnya begitulah. Namun drama ini bukan pelakonnya 100% orang Malaysia. Tetapi dicampur dengan pelakon Indonesia. Heronya orang Indonesia. Tak apalah, asalkan ceritanya menarik dan ada Fazura.

No comments: