"Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut, Hati merintih terkunci mulut membisu, Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya, Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan. Di sudut kecil hatiku sering berkata, Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya, Ku beranikan diri menongkah arus yang deras, Demi hari esok ku relakan. Walau tiada tangan menghulur, Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula, Tuhan... hanya engkau mengerti, Perjalanan hidup seorang insan." Salma

Tuesday, June 14, 2011

Melampau!

gambar diambil dari terrysdiary


Harga barang sekarang semakin meningkat naik. Semakin menyesakkan dada. Penatlah nak ‘adjust’ duit (pendapatan) yang ada untuk digunakan bagi meneruskan kehidupan. Bukan 1 atau 2, tapi ada 7 mulut yang perlu disuapkan, ada 7 perut yang perlu diisi. Berat, memang berat. Kerana gaji bukanlah banyak mana. Tak pernahnya ada lebihan walaupun untuk diri sendiri.

Hanya mampu menelan airliur dan melihat sahaja kawan-kawan yang pergi bercuti, bershopping dan berlibur. Malah ada yang bercuti ke luar negara. Sesungguhnya saya cemburukan mereka. Saya rasa kecil sangat dibandingkan dengan mereka. Kerana rasa inilah yang membuatkan saya menjauhi kawan-kawa saya. Pertamanya, kerana saya malu dan keduanya saya tak suka bergantung kepada orang. Memanglah kawan-kawan saya tak kisah membayar harga makan dan minum setiap kali keluar dengan mereka, tetapi mereka tak faham rasa yang timbul dalam hati saya. Saya malu diperlakukan begitu. Saya rasa diri saya tidak berguna. Jadi, lebih baiklah saya menjauhkan diri dari mereka. Hmmmmm…

Harga makanan yang dimasak juga semakin meningkat. Sampai pada satu tahap saya rasa menyesal membeli dan memakan makanan tersebut. Pernah dalam minggu lepas, sewaktu makan tengahari. Saya membeli nasi bungkus, lauknya saya ambil rendang kerang, sayur bayam masak air dan beberapa ketul kentang sambal. Harga yang dikenakan kepada saya sebanyak RM5. Melampau! Memang melampau saya rasakan. Kerana saya tahu harga runcit untuk 3 barangan tersebut. Harga sekilo kerang RM1.90, saya ambil tak sampai segenggam apatah lagi sekilo, tapi 2 sudu sahaja.. Harga seikat bayam hijau RM1.00, saya ambil 2 sudu sahaja. Harga kentang sekilo saya tak ingat, tapi haritu saya beli 6biji kentang sederhana besar baru 90 sen. Saya ambil kentang sambal tu kalau dikira tak sampai 1 setengah biji. Secara rasionalnya walaupun telah dimasak takkan harga makanan siap tu mencecah sehingga RM5. Saya sungguh menyesal pada hari itu.

Sejak hari itu saya bertekad tak mahu lagi membeli nasi bungkus dikedai tersebut. Walaupun saya tahu itulah satu-satunya kedai yang menjual nasi campur yang berhampiran dengan pejabat saya. Tempat lain ada, tapi jauh. Kalau saya berjalan kaki ambil masa 15 minit, kalau naik kereta tidak berbaloi. Selain kedai itu yang ada disini hanya resturan yang mahal-mahal. Jadi, saya bertekad sedaya upaya untuk membawa bekal ke pejabat. Walaupun saya takkan cukup masa nak menyediakan bekal saya. Balik kerja dah malam, lepas tu sibuk dengan hal rumah dan belajar. Jadi, saya hanya fikirkan menu yang paling simple tapi mengenyangkan.

Semalam saya hanya sempat bawa roti kosong bersama telur mata letak mayonis dan sos. Itulah makanan tengahari saya semalam. Hari ini saya bawa nasi. Pagi tadi saya dapat idea untuk masak roti mata masak kicap yang simple. Saya goreng hirisan bawang besar bersama 5 biji cilipadi yang diketuk. Kemudian dimasukkan kicap. Bila dah masak saya curahkan ke atas telur mata tadi. Kemudian saya panaskan lebihan nasi malam tadi. Itulah yang saya bawa ke pejabat untuk bekalan makan tengahari saya. Simple sangat tapi mengenyangkan dan tiada rasa menyesal. Malahan saya sudah jimat RM5 saya.

Pengorbanan harus dilakukan. Saya tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Kenaikkan harga bahan bakar menyebabkan harga barang naik. Tak dapat dielakkan. Tetapi hati saya sentiasa sakit bila kerajaan selalu cakap ‘kenaikkan tidak membebankan rakyat’. Mungkin orang yang bercakap itu tak tahu rasanya, macamana makan tengahari dia hanya ada telur mata masak kicap.

Hmmmm……

No comments: