Sudah lama tak jalan-jalan waktu malam di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sudah lama tak pergi ke Dataran Merdeka, terutama pada waktu malam. Sudah lama tak melihat Bangunan Sultan Abdul Samad di waktu malam. Lama sangat.
Semalam balik kerja saya terus ke perpustakaan untuk memulangkan buku. Tarikh akhir untuk buku itu dipinjam adalah hari ini. Jadi saya memilih semalam untuk memulangkannya. Sampai di perpustakaan yang tak berapa jauh dari Dataran Merdeka itu dah pun 7.10 malam. Nasib baik perpustakaan ni ada kemudahan “Drop Off Box” untuk memulangkan buku-buku yang dipinjam. Masukkan sahaja dalam kotak tu. Tak perlu lagi nak jumpa pustakawan untuk memulangkan buku.

Oleh kerana waktu solat maghrib pun sudah hampir, saya pun terus menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat. Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki di Masjid Negara. Kali pertama dulu rasanya masa sekolah rendah ataupun masa tingkatan 1. Lama sungguh lah. Oleh kerana sudah terlalu lama tak masuk Masjid Negara, saya agak tercangak-cangak juga nak mencari tempat wuduk wanita dan ruang solat wanita.
Pada mula-mula saya was-was juga nak masuk Masjid Negara ni. Was-was saya tu bukan kerana apa-apa, hanya kerana perasaan malu. Sebab saya tahu kalau hari-hari biasa yang tak ada apa-apa majlis ni, bilangan jemaah wanita ke masjid pasti kurang dan tidak seramai jemaah lelaki. Itu yang buat saya rasa segan. Bertambah cuak semalam, bila saya nak memarkirkan kereta. Ada beberapa orang berada dikawasan parkir tersebut. Mereka pun macam saya datang untuk bersolat. Tapi, semuanya lelaki. Tak ada wanita pun. Saya menjadi lebih canggung. Tapi, saya kuatkan hati dan pujuk hati dengan berkata ‘masjid ni rumah Allah untuk umatnya melakukan ibadah. Tak kira lelaki atau perempuan, so tak perlu takut dan segan’.
Berpusing-pusing juga saya cari tempat wuduk wanita. Saya melihat-lihat papan tanda. Tiada pun tertulis tempat wuduk wanita, yang ada hanya tandas. Jadi, saya memilih untuk ke tandas sahaja. Akhirnya saya jumpa juga tempat wuduk yang bersebelahan dengan tandas. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Akhirnya tertunai juga impian saya sejak beberapa bulan lepas untuk bersolat dalam Masjid Negara. Alhamdulillah.

Habis solat, saya terus balik. Untuk balik ke rumah saya, jalan yang perlu saya lalui memerlukan saya membut U-turn di dataran Merdeka. Kereta tak banyak, jadi saya memandu dengan kelajuan sederhana untuk menikmati pemandangan di Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad yang disinari lampu berwarna purple+pink. Cantik. Menoleh ke arah Dataran Merdeka, terimbas kenangan sewaktu saya remaja dahulu, menonton konsert sewaktu sambutan Hari Merdeka dan Tahun Baru. Memandang ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman, terimbas kenangan suatu waktu pasar malam yang diadakan di jalan tersebut. Sungguh meriah dan seronok ketika itu. Sekarang ni pasar malam telah berpindah ke Lorong Tuanku Abdul Rahman (kalau tak silap saya itulah nama lorong tu).
Malam tadi bulan mengambang penuh. Memandang bulan sambil mengimbas kenangan lalu, terasa betapa terlalu pantas masa berlalu. Betapa saya sedar diri ini telah semakin menginjak dewasa. Namun disebalik itu semua, sentiasa terpalit rasa duka mengenang nasib diri sendiri. Hmmmmmmm….
*terima kasih kepada tuan punya gambar dan maaf saya ambil tanpa pengetahuan anda semua.

No comments:
Post a Comment