"Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut, Hati merintih terkunci mulut membisu, Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya, Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan. Di sudut kecil hatiku sering berkata, Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya, Ku beranikan diri menongkah arus yang deras, Demi hari esok ku relakan. Walau tiada tangan menghulur, Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula, Tuhan... hanya engkau mengerti, Perjalanan hidup seorang insan." Salma

Wednesday, April 27, 2011

Kecamuk hati

Baru sahaja 24 jam berlalu sejak saya mengirimkan e-mail tersebut kepadanya, kini saya telah pun mulai merinduinya. Jiwa meronta-ronta. Inilah kelemahan saya. Hati saya terlalu rapuh. Kononnya saya telah nekad dengan keputusan saya, tapi sebenarnya saya terlalu rapuh.

Saya sendiri yang meminta dia tidak menghubungi saya sehingga dia betul-betul telah bersedia dan muktamad dengan keputusannya. Dengan apa yang diiginkannya dari saya. Tetapi, kini setiap saat saya tertunggu-tunggu, ternanti-nanti akan panggilan darinya. Saya terlalu merindui dia.

Saya membenci diri saya kerana hati saya terlalu lembut dan rapuh. Mengapa hati saya tak mampu memadamkan namanya? Mengapa hati saya terus-terusan mengharapkannya, menantinya? Saya benci diri saya.


Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya




Memang saya akui, saya memerlukan cintanya, tetapi saya juga akui yang kami takkan mungkin akan bersama. Itulah hakikatnya. Hakikat yang cuba untuk saya terima. Puas sudah dipujuk hati ini untuk menerima hakikat ini, walaupun pedih. Tetapi hati terlalu degil, ingin terus berharap.

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu


Betapa sengsaranya hati bila kehilangan terjadi. Saya yang inginkan begitu. Saya tahu dia menyayangi saya, dia menunaikan permintaan saya untuk tidak lagi menghubungi saya. Tetapi, kehilangannya telah membawa bersama separuh jiwa saya. Lemah dan longlai saya rasakan ketika ini.

Saya tercari-cari dimanakah dapat saya mencari kekuatan diri untuk terus berdiri.

Sunday, April 24, 2011

Monolog seorang wanita

Wanita mengapa seringkali hatimu dilukai?
Wanita apalah dosamu sering dizalimi orang yang sepatutnya melindungimu?
Wanita sampai bila kau mahu beralah dengan lelaki yang hanya mementingkan dirinya sendiri?


Hujung minggu yang sepi. Kebiasaan yang dilalui. Walau telah lali tetapi kesepian dan kesunyian ini tiada siapa yang tahu. Semakin hari berlalu, serasa semakin sempit jalan yang dilalui. Hanya sendirian.

Menerima takdir sendiri dengan hati yang berbagai rasa. Sejujurnya hati terasa sayu, sedih dan pilu. Tapi apalah daya, kuasa itu tidak ditangan sendiri.

Seiring peredaran masa, meningkatlah usia, semakin diri menjadi sepi. Sahabat, seorang demi seorang menemui teman hidupnya, manakan ada masa untuk bersama sahabatnya lagi. Kehilangan itu sentiasa terjadi.

Ingin juga seperti insan lain, kesana-kemari mengisi hujung minggunya. Namun, apakan daya kemampuan diri amat terbatas. Hidup dalam dunia yang materialistik ini, menuntut diri menjadi lebih berjimat. Sakitnya bila, materialistik itu bukanlah sikap dan keinginan sendiri, tetapi keadaan semasa. Sedangkan keperluan asas juga telah dimaterialistikkan nilainya, apatah yang lainnya. Inilah hidup yang terpaksa dilalui dengan bukan kehendak hati tetapi sebagai keperluan untuk meneruskan kehidupan.

Dalam usia begini sifat kewanitaan itu semakin menebal. Sementelah lagi, pernah merancang membina mahligai bersama si dia tercinta. Tetapi, impian itu musnah. Dimusnahkan olehnya yang tercinta. Kejujuran itu bukan menjadi pegangannya. Pendustaan yang dilakukannya sedari awal membunuh jiwa. Pernah berangan mempunyai cahayamata bersamanya. Itulah impian seorang wanita. Wanita mana yang tidak mahu melalui pengalaman mengandung dan melahirkan zuriatnya sendiri. Tetapi, itu hanyalah impian, tiada seorang wanita mahupun manusia yang dapat menentukan impiannya itu terlaksana mengikut keinginannya. Mengapa setelah impian itu dibina bersama, barulah pendustaannya terbongkar. Terasa teramat bodohnya diri.

Luka yang dilakukan oleh orang yang dicintai itu terlalu dalam. Sukar untuk diubati. Sehingga kini luka itu masih berdarah dan pedih. Luka itu semakin pedih apabila setiap kali menerima kad walimatulurus teman, saudara-mara mahupun jiran tetangga. Tidak sanggup untuk melihat mana-mana persandingan atau pelamin, kerana itulah yang pernah diimpikan dahulu (mungkin sehingga kini) tetapi impian itu ibarat mimpi ngeri yang sentiasa mengekori.

Luka itu juga semakin parah dan tidak nampak tanda-tanda untuk darahnya berhenti mengalir, bila menerima khabar sahabat, saudara-mara mahupun jiran tetangga menimang cahayamata. Tidak kira yang pertama, kedua, ketiga atau seterusnya. Lebih memedihkan bila mereka itu jauh lebih muda dari diri sendiri.
Keinginan menjadi seorang ibu semakin menebal. Tetapi apalah daya diri tidak mampu menentukan takdir sendiri.

Seringkali hanya airmata yang dapat meredakan kegelisahan dan kelukaan hati. Airmata setia membasuh luka itu, walau bukanlah ubat yang dapat menyembuhkannya. Semakin hari semakin terasa diri jauh tersisih. Terasa diri jauh terpinggir.

Rasa hati terus terpendam, tiada siapa yang akan memahaminya. Atau juga akan ada yang faham tetapi mereka tetap takkan merasai derita hati ini.


-insan terluka-


Wanita tabahlah!

Friday, April 22, 2011

Drama siri tv, Leverage.

Saya suka menonton tv. Tapi tak semua rancangan tv saya tonton. Tak semua drama saya tonton terutama drama bersiri. Sebab saya tak suka bertangguh untuk tahu kesudahan cerita tersebut. Tapi ada jugalah 1 atau 2 drama bersiri yang saya tonton contohnya drama Nur Kasih, Ustaz Amirul dan yang baru sahaja berakhir siarannya, Gemilang. Keinginan saya untuk menonton drama bersiri ni selalunya dipengaruhi oleh jalan cerita (saya baca sinopsis dahulu), pelakon dan pengarah. Saya tak suka jalan cerita yang berkaitan dengan tipu-helah, perebutan kuasa dalam perniagaan atau kisah yang memaparkan kekayaan sesebuah keluarga tetapi berantakkan. Saya cukup tak suka tema sebegitu, maka sebab itu saya tak pernah menonton slot Samarinda di TV3.

Dalam zaman sekarang kehadiran Astro telah memberi saya banyak pilihan drama untuk ditonton terutama drama berbahasa Inggeris melalui saluran AXN (701) dan DIVA (702). Drama bercorak penyiasatan tetapi ditambah dengan elemen kekeluargaan, kasih-sayang, belas-kasihan dan perikemanusiaan boleh didapati di saluran ini. Walaupun dipanggil siri tv, tetapi drama-drama ini selalunya akan menyelesaikan kes dan masalah mereka dalam episod itu juga. Epison akan datang pula dengan kes dan masalah baru. Kalau adapun kesinambungan tak la sampai tunggu episod terakhir baru kita tahu kisah yang sebenarnya. Contohnya CSI 3 Serangkai (CSI, CSI NY & CSI Miami), Criminal Minds, Hawaii Five-O, Blue bloods, Covert Affairs dan banyak lagi. Begitu juga drama-drama seperti Leverage dan Unexpected. Walaupun terdapat banyak percanggahan dari gaya hidup, pegangan agama dan budaya, tetapi saya suka unsur-unsur kekeluargaan dan kemanusiaan yang diselitkan didalam drama-drama tersebut.


Sebagai contoh Leverage. Sekumpulan 5 orang yang berbeza watak dan kemahiran bergabung untk menjadi Robin Hood moden. Mereka merompak siperompak yang merompak harta dan hak milik rakyat dan hasil rompakan itu dipulangkan kembali kepada yang berhak. Sebelum melakukan kerja “murni” ini mereka sebenarnya terdiri daripada seorang penipu, seorang penggodam, seorang kaki pukul, seorang pencuri dan diketuai oleh seorang bekas pekerja insurans.

Pernah satu ketika dalam kelima-lima watak ni saya sangat suka watak Eliot si kaki pukul. Tapi beberapa saat kemudian, saya rasa Hardison si penggodam paling best, kemudian bila tengok Parker si pencuri saya rasa minat sangat dengan dia, tapi bila muncul pula Sophie si penipu, saya minat dia pula. Muncul pula Nate si ketua, pun saya minat juga. Akhirnya saya buat kesimpulan setiap dari mereka ini punya watak dan perwatakkan yang tersendiri yang mampu menarik minat saya walaupun ketara perbezaannya antara satu sama lain. Boleh dikatakan kumpulan mereka ini sangat meriah, menghiburkan dan mengujakan saya untuk terus mengikuti kisah-kisah perjuangan “murni” mereka.

Sebagai contoh saya petik sikit dari episod malam tadi. Kisah di malam krismas. Setelah selesai tugas mereka. Nate dan Sophie telah menyediakan hadiah krismas untuk Eliot, Hardison dan Parker. Mula-mula hadiah diserahkan kepada Eliot iaitu sebilah pedang samurai. Sesuai dengan minatnya dalam seni mempertahankan diri. Kemudia, hadiah untuk Hardison iaitu sebuah gajet yang terkini dan masih belum ada dipasaran. Saya tak ingat nama alatan tersebut sebab saya bukan tahu tentang gajet-gajet ni. Sesuailah dengan minat dan kemahiran Hardison dalam mengendalikan alatan eletronik dan gajet. Dan untuk Parker pula ialah seikat duit baru. Parker sungguh teruja mendapat hadiah tersebut. Pada pendapat aku Parker berminat dengan duit bukanlah kerana nila duit tersebut. Dia tak kisah langsung berapa nilai duit-duit tersebut. Tetapi, dia menunjukkan kepuasan yang tak terhingga bila memiliki duit baru yang masih tersusun mengikut nombor sirinya.

Kemudian Nate juga ada hadiah untuk Sophie iaitu seutas gelang atau rantai perak yang tertuli “your name here”. Ini kerana nama Sophie itu bukanlah nama sebenar-benarnya nama Sophie. Yang kelakarnya ahli lain dah pun tahu nama sebenar Sophie tapi tidak Nate. Ahli lain pula takde seorang pun yang nak beritahu Nate sebenar Sophie. For me it is so sweet. Tapi sebagai balasan hadiah Nate, Sophie menulis sesuatu di atas kertas (nampak macam tisu). Apakah mungkin Sophie menulis namanya yang sebenar? Masih menjadi misteri sebab tidak ditunjukkan kepada penonton.

Episod malam tadi diakhiri dengan keterujaan Parker yang menikmati salji-salji yang turun ke bumi di malam krismas tersebut. Nate, Sophie dan Hardison tersenyum melihat gelagat Parker yang comel tersebut. Ya, bagi saya ianya amat comel ditambah dengan kecomelan wajah Parker itu sendiri. Kecuali Eliot, mungkin kerana dia yang bersikap macho tu merasakan sikap Parker sangat kebudak-budakkan. Tapi saya suka watak Parker. Comel sangat.

Inilah watak-watak utama dalam Leverage.


Timothy Hutton as Nathan "Nate" Ford ("The Mastermind"): A former insurance fraud investigator for IYS Insurance and the team's mastermind. The son of South Boston numbers runner Jimmy Ford,[6] Nate originally intended to become a Catholic priest, prior to becoming an insurance investigator. While Nate was working for IYS, his young son Sam became fatally ill and IYS refused to pay for an experimental procedure, resulting in his death. The aftermath lead to Nate's divorce from his wife Maggie, his subsequent dismissal from the company and his descent into alcoholism. After meeting the team for the first time and running a con against their first mark, instead of disbanding as intended, Nate is asked to continue working with them and is given the privilege of leading the team and selecting what clients the team will help. A skilled planner, Nate draws on his experience as an insurance investigator to anticipate the moves of his team's marks. Nate is at first very affable, but is unwilling to discuss his own problems with friends or others. His tendency to change objectives in the middle of a job, his alcoholism, and his often-tenuous relationship with his team has on occasion put the client and the team at risk.


Gina Bellman as Sophie Devereaux ("The Grifter"): British actress and accomplished grifter with a taste for art theft. Multi-lingual and particularly adept at the use of accents, Sophie is seen to portray many characters in various cons, usually making direct contact with a mark to draw them into the con. Sophie has a collection of aliases, which includes "Sophie Devereaux". She has revealed her real name to all members of the team but Nate, who "hasn't earned it yet". Comically, her attempts to make a career as an actress lead to nothing but failure, as she proves woefully untalented and over-the-top onstage. It is only during a con when she can disappear effortlessly into a character, where ironically she can actually act well if she is pretending to be an actress. She has a long history with Nate, dating back at least ten years to when he pursued her with IYS as an art thief. At some point, they recognized an attraction to one another, leaving Sophie alternately frustrated, angry and disappointed. Nate has on occasion tried to further the relationship, but for various reasons Sophie has resisted


Christian Kane as Eliot Spencer ("The Hitter"): The team's highly skilled martial artist, weapons expert and self-described "retrieval expert". His role in cons is often to play small roles while protecting the team, often leading him into hand-to-hand combat that draws on his martial arts skills. Eliot once worked for Damien Moreau, and has a long history as a hired gun and bodyguard, then a retrieval specialist. Eliot has proficiency with firearms, but dislikes guns. While merely presumed as the muscleman, he demonstrates a subtle intelligence in conversation, often taking advantage of the underestimations of others and later in the series performs as a grifter along with Sophie. In contrast to the other characters Eliot prefers to keep his romantic life private, as well as much of his background.


Aldis Hodge as Alec Hardison ("The Hacker"): The team's computer specialist and hacker. He is a self-proclaimed geek and science fiction fan, with an easy going manner and dry, unusual wit. Hardison was raised by a foster parent, an older woman he refers to as "Nana". Hardison can hack into most forms of electronics and is rarely caught. Hardison designed and assembled the computer and television systems in the team's headquarters, and is responsible for the two-way earpieces used by the team on each episode. He is also very attached to his electronics (and in particular his van) and shown to become very depressed when the con takes a turn for the worse and requires they destroy his electronics to make their escape. Hardison and Parker have a developing romantic relationship but it is fraught with personal complications.


Beth Riesgraf as Parker ("The Thief"): An expert thief, cat-burglar, pickpocket and safe-cracker. The product of an abusive childhood spent in several foster homes, Parker is socially awkward and relates poorly to most people. Sophie has attempted to improve gaps in her social skills on numerous occasions with limited success. Parker also has affection for Hardison, but finds it hard to convey what she feels when confronted by others. While emotionally impulsive, she can demonstrate great physical self-control in her work using acrobatics, strength and concentration to her advantage. Her obsessive focus on theft is to the point that her safehouse is filled with gear and rappelling equipment to help her in various jobs, and during one con, she was put through a rehab to address it. Parker was trained at a young age by expert thief Archie Leach who found her proficient with the physical demands of burglary as well as safe-cracking and lock-picking, skills she uses in many of the cons.

Info dan gambar diambil dari Wikipedia dan TNT

Thursday, April 21, 2011

Mimpi menerbitkan rindu.

Malam tadi saya bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Seseorang yang pernah rapat dengan saya satu ketika dahulu. Tetapi, kini kami tidak lagi berhubung antara satu sama lain.

Dalam mimpi tersebut saya sangat gembira dengan kehadirannya. Seperti dahulu dia masih lagi seorang yang ambil berat, penyayang, lemah-lembut dan kelakar. Kami gembira seperti dahulu. Kami bercerita seperti dahulu. Alangkah indahnya.

Tiba-tiba alarm handphone saya berbunyi. Rupanya dah jam 5 pagi. Masa untuk bangun. Saya duduk seketika di atas katil mengenangkan kembali mimpi saya. Mimpi yang indah dan menyeronokkan. Terbit rasa rindu kepada si dia. Agaknya apa khabar dia sekarang.

Tapi, kini kami punya jalan hidup sendiri. Jalan yang tidak lagi selari. Telah terbina jurang antara kami. Tapi yang pasti saya masih sayangkan dia dan sentiasa mendoakan kebaikkan untuk dirinya. Rindu ini hanya tinggal rindu sahaja. Biarlah saya simpan sendiri.

Saya rindu kamu!

Tuesday, April 19, 2011

Dari gemuk dah jadi kurus, rahsianya ialah...

Terkejut dan terkagum!
Semalam, tiba-tiba masuk seseorang ke dalam pejabat saya. Saya tak perasan dan cam sangat rupa beliau. Tapi, melihat kemesraan beliau dengan staff lain, macam beliau sudah biasa dengan syarikat kami.

Akhirnya pada satu ketika beliau datang menegur saya, Ya Allah, rupanya beliau adalah staff syarikat kami yang berpengkalan di Singapura. Saya namakan dia Mr. A. Sudah lama Mr. A tak datang ke pejabat kami. Oleh kerana Mr. A akan mengendalikan ‘training’ di pejabat kami, maka dia pun datang la ke sini pada kali ini.

Tapi, yang membuatkan saya tidak cam Mr. A ni ialah kerana beliau telah banyak berubah dari segi fizikal. Dulu beliau gemuk. Tapi sekarang beliau kurus, tegap dan wajahnya nampak lebih muda berbanding dahulu. Betul-betul kagum saya dibuatnya. Tapi, lidah ni terkelu pula nak bertanya, apakah rahsia beliau sehingga berubah sebegitu rupa hingga menjadi seorang lelaki yang menawan. Cewah!!!


gambar hiasan pinjam dari encik google image.
tapi dalam gambar ni perempuan, Mr. A ni lelaki.

Pagi ni, salah seorang kawan pejabat saya baru masuk kerja setelah cuti sakit semalam. Dia pun terkagum melihat akan Mr. A. Kawan saya ni pula jenis yang tak segan. Dia pun bertanya kepada Mr. A, mengapa dia kurus dan tampan sekarang. Mr. A pula dengan gembiranya memberitahu dia mengambil Herbalife. Dia langsung tak berahsia. Baguslah Mr. A ni. Ye lah kan, ada sesetengah orang ni, dia kedekut nak kongsi apa rahsia kecantikkannya. Kalau boleh dia nak cantik seorang sahaja. Itu kata-kata dari kawan pejabat saya.

Jadi, otak saya sedang ligat berfikir nak ambil herbalife jugalah. Sekarang badan saya dah semakin gemuk. Takut saya melihat badan sendiri. Lemak bersepah-sepah diseluruh badan. Perut pun bukan setakat boleh dicubit malahan boleh digenggam. Punyalah teruk akan masalah kegemukkan saya ni. Saya pun dah lama tak menimbang berat sendiri. Agaknya kalau saya timbang dan kira BMI saya, pasti telah mencecah angka obesiti. Sadis!

Jadi, proses mencari maklumat, harga dan pengedar herbalife sedang berlangsung.

Monday, April 18, 2011

Sejarah, Sybil Kathigasu, hero tidak didendang

Tak tahan. Mengantuk sangat saya rasakan dikala ini. Padahal tadi masa lunch sempat saya lelapkan mata lebih kurang dalam 25minit kot. Nyenyak sungguh rasanya masa tu. Tapi, masih tak puas. Sebab itulah rasa mengantuk ni ada lagi.

Ini semua gara-gara saya tidur lewat malam tadi. Saya menonton telefilem “Apa Dosaku”. Sebuah kisah tentang seorang wanita yang cekal dan tabah bernama Sybil Kathigasu semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dahulu. Ianya kisah benar tetapi saya sungguh ralat sebab tak pernah pun mengetahui tentang itu. Salah saya sendiri, sebab malas membaca.

Sebenarnya ada banyak lagi kisah sejarah, kisah wira dan wirawati yang pernah muncul di zaman penjajahan dulu. Cuma, kita hanya belajar dan mengetahui tentang sejarah apa yang diajar di sekolah. Sedangkan apa yang diajar tu bagi saya hanya 30% sahaja.

Saya suka sejarah. Membaca sejarah tidak membosankan saya. Tetapi yang peliknya saya ni, kenapalah malas sangat nak cari buku sejarah. Tapi, kalau saya salahkan keadaan boleh tak? Iya lah, saya ni dari kecil bukanlah manusia yang berkemampuan dari segi kewangan. Kalau nak beli buku ilmiah tu memang tak mampu. Faham-faham sahajalah, buku-buku ilmiah ni memang mahal bagi saya. Jadi saya tak mampu. Nak pinjam di perpustakaan pula, kalau masa bersekolah dulu boleh lah pinjam di perpustakaan sekolah, tapi itupun buku-buku yang ada terhad sangat. Perpustakaan Awam? Hmmmm ada dengan tak ada pun sama je. Kalau ada yang lebih baik sikit pun jauh sangat saya nak pergi. Kena tukar 2 kali bas. Pastilah parents saya takut nak lepaskan saya pergi. Mereka nak menemankan pula tidak ada masa. Ditambah dengan kos pengangkutan dan perbelanjaan. Parents saya hanya penoreh getah sahaja.

Saya baru baca beberapa mukasurat buku yang saya pinjam dari perpustakaan universiti tempat saya belajar. Buku tentang sejarah Malaysia. Seronok! Tapi ini hanyalah seakan sessi mengimbas kembali apa yang telah dipelajari ketika dibangku sekolah dulu. Saya pasti sejarah orang-orang seperti Sybil Kathigasu itu tidak tercatat dalam buku tersebut. Pasti ada ramai lagi pejuang-pejuang tanahair yang sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi tanahair. Mungkin ada antara cerita mereka ini tidak dicatatkan. Jadi bolehlah kita gelarkan mereka ini sebagai “hero yang tidak didendang”.

Insyaallah nanti bila ada peluang saya akan cari buku-buku sejarah tentang orang-orang yang tidak diceritakan dimana-mana buku sejarah. Seperti buku “No Dram Of Mercy” yang merupakan catatan kisah hidup Sybil Kathigasu yang beliau tulis sendiri. Nasib baiklah Sybil Kathigasu ni sempat menulis segala kisah perit-jerihnya sebelum dia meninggal dunia. Jadi sejarah ini tidak akan dilupakan begitu sahaja. Kena rajin-rajin pergi arkib negara ni. Eh! Arkib negara kat mana ek? Perpustakaan Negara pun tak pernah jejak lagi, kesian sungguh saya ini.

Sunday, April 17, 2011

Berakhirnya semester ini, menanti semester baru


Selesai sudah semua peperiksaan untuk Semester Januari ni. Jadi, sekarang saya sedang dalam cuti semester lah kononnya. Tapi bagi pelajar dan pekerja seperti saya ni tidak ada bezanya antara cuti dengan tidak. Saya boleh sahaja nak cuti pada bila-bila masa. Tutorial kelas pun hanya ada 4 kali bagi satu semester. Selebihnya belajar melalui online dan belajar sendiri. Jadi, masa belajar untuk saya adalah atas inisiatif sendiri.


Memandangkan saya tidak berpuashati dengan diri saya sendiri bagi semester ini, saya berazam untuk melebihkan usaha saya bagi semester Mei nanti. Sementelah saya telah menambah 1 subjek lagi yang ditawarkan oleh pihak universiti, kerana keputusan peperiksaan akhir bagi semester yang lepas saya mendapat melebihi 3 pointer. Saya yang tanpa berfikir panjang terus menerima tawaran tersebut semasa mendaftarkan subjek-subjek untuk semester Mei nanti. Ini bermakna saya kena belajar 4 subjek.


Setelah menilai prestasi dan emosi diri sendiri sepanjang semester ini, saya rasa menyesal dan takut pula nak menghadapi semester baru nanti dengan 4 subjek. Saya macam tak yakin dengan diri sendiri. Mampukah saya nak belajar kesemua subjek tersebut dan memastikan saya lulus dengan cemerlang nanti. Risau… risau…


Saya berazam untuk belajar dari sekarang. Saya harus memadamkan istilah cuti semester bagi diri saya sendiri. Balik dari exam tadi saya singgah perpustakaan universiti. Saya pinjam 2 buah buku . Buku-buku tersebut adalah 2 subjek yang akan saya ambil semester akan datang ni. Walaupun pihak universiti akan membekalkan buku teks untuk setiap subjek, tetapi, buku-buku tersebut masih lambat lagi akan diserahkan kepada pelajar. Untuk itu saya akan baca dulu buku yang saya pinjam dari perpustakaan tadi untuk membiasakan diri saya dengan subjek-subjek tersebut. Moga-moga nanti lebih memudahkan saya jika ada assignment yang akan dibuat nanti.


Cuma sekarang ni, saya ligat berfikir bagaimana nak memperkasakan emosi saya. Ini adalah amat penting sekali. Emosi saya yang bercelaru dan tergugat akan menghilangkan fokus saya pada pelajaran. Lebih teruk nanti saya hilang nafsu untuk membaca apatah lagi nak belajar. Inilah yang saya alami dalam semester ini. Kalau perlu saya akan cari tempat berubat. Saya dapat rasakan bagaikan ada yang tak kena dengan diri saya.


p/s: Esok nak telefon Perubatan Syifa Al-Hidayah. Nak tanya Ustaz Lokman atau Ashraf Muslim tentang masalah yang saya hadapi ini. Mungkin mereka dapat membantu dan memberi tunjuk-ajar kepada saya. Insyaallah.

Wednesday, April 13, 2011

Lukai dilukai... takkan sembuh nampaknya.

Sedih! Itulah yang saya rasa sekarang. Mengapa ya kamu melakukan begitu kepada kami sekeluarga? Apa dosa kami kepada kamu? Mengapa kami seringkali dipandang dengan pandangan dipersalahkan oleh kamu? Apakah kamu jaki melihat kami sekeluarga yang hidup gembira pada zahirnya, walaupun batinnya kami sedih. Tetapi kami redha dengan takdir hidup kami yang tak seindah hidup kamu. Oleh itu kami sekeluarga masih boleh ceria dalam gundah. Kami tak suka nak campur hal-ehwal orang lain tanpa sebab munsabah. Kami tak suka nak jaga tepi kain orang lain tanpa sebab munasabah. Kami menjalani hidup kami dalam serba-serbi sederhana dan adakalanya kekurangan tetapi kami tak sibuk-sibuk nak jaga tepi kain orang lain. Adakah kerana hidup kami sebegitu menjadikan kamu irihati dan tak senang hati, lalu kamu sentiasa mencari salah dan silap kami.


Suatu waktu dahulu kamu adalah orang yang saya sayang. Sebenarnya sehingga kini rasa sayang itu sentiasa terpendam dalam lubuk hati saya yang paling dalam. Tetapi setelah apa yang kamu lakukan pada kami sekeluarga terutamanya saya, hati saya terluka yang teramat sangat. Luka yang teramat parah dan sehingga kini masih tidak sembuh. Tapi, saya tidak pernah membenci kamu. Kerana saya sayang kamu. Tetapi tergamak kamu memperlakukan saya sebegini rupa. Hina sungguh diri saya ini dimata kamu kan.


Selepas apa yang kamu lakukan kepada saya dahulu, saya sentiasa memujuk hati saya agar tidak mengungkit apa yang telah saya korbankan dan lakukan untuk kamu semua. Kerana sewaktu saya lakukannya dahulu, saya lakukan dengan hati yang redha dan ikhlas. Saya tidak pernah terfikir untuk meminta apa-apa balasan sekalipun. Saya lakukan sebagai tanggungjawab sosial, sebagai tanggungjawab manusia dengan manusia dan tanggungjawab saudara seislam dengan saudaranya.


Tetapi, saya ini hanyalah manusia biasa. Saya juga punya perasaan. Setelah apa yang kamu lakukan itu cukup-cukup melukakan hati saya dengan parah yang teramat sangat, saya mengambil keputusan menjauhkan diri saya daripada kamu. Tiada niat saya nak memutuskan silaturrahim antara kita, Saya akui ada amarah yang muncul. Cuma apa yang saya lakukan ini adalah untuk mengelakkan terbitnya kebencian dalam diri saya. Saya takut apabila kebencian telah terbit, akan disusuli pula dengan dendam. Apabila dendam telah bertandang, sebagai manusia biasa saya amat lemah. Saya takut nanti saya mengungkit segala yang telah saya lakukan untuk kamu dahulu.


Sungguh sukar untuk saya merawat hati saya yang terluka dengan apa yang telah kamu lakukan itu. Walau sedalam mana pun benci kamu kepada saya, tidak bolehkah kamu ingat kembali apa yang telah saya korbankan dan lakukan untuk kamu? Agar kamu tidak terus mengguris hati saya lagi. Agar kamu dapat membiarkan saya dengan kehidupan saya sendiri. Saya taknak menuding jari dengan mengatakan siapa salah, siapa benar. Segala yang berlaku dahulu diluar kemampuan kita sebagai manusia.


Tiada manusia yang mahukan kekecewaan. Tetapi, pasti ada sebab mengapa itu semua berlaku. Kalau ikutkan keadaan yang sebenar saya boleh saja mengatakan pihak kamu yang bersalah. Kamu sebenarnya tak tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku. Kamu hanya mendengar cerita disebelah pihak. Kamu juga hanya mendengar cerita orang yang tak tahu apa-apa. Kesimpulannya kamu hanya nampak salah saya. Selama ini saya hanya mendiamkan diri sahaja. Bagi saya apa yang sudah berlaku telah pun berlaku. Tak guna nak ungkit-ungkit lagi. Tiada apa lagi yang dapat saya lakukan untuk perkara yang lepas.


Sekarang saya hidup untuk hari ini dan masa depan, insyaallah. Tetapi mengapa kamu seolah-olah berdendam pada saya? Kerana kamu, kerana apa yang kamu telah lakukan kepada saya, menyebabkab saya jadi fobia. Fobia nak berbaik-baik dengan orang. Fobia nak menyayangi orang. Saya menjadi mudah curiga dan berprasangka dengan orang. Saya melatih hati saya jadi batu tanpa ada apa-apa perasaan pun. Bukan menjadi kejam, tetapi hati yang telah tiada lagi apa-apa rasa, kecuali hanya pedih. Inilah dugaan untuk saya yang masih tidak lenyap. Allah terlalu sayangkan saya, kan. Sebab itu Allah terus menguji saya dengan dugaan yang tak pernah padam ini.


“Hai, Ya Allah, maha suci Engkau, segala puji hanyalah untukMu. Ampunilah dosa-dosa saya. Berilah saya kekuatan mengharungi dugaan ini. Saya merayu belas kasihanMu, janganlah Engkau menguji saya dengan ujian yang tidak termampu saya galas. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pengasih, maha pemurah dan maha pengampun, aminnnnn”
p/s: alangkah bagusnya kalau saya boleh gantikan hati saya ini dengan hati besi, biar payah untuk dilukai lagi...

Tuesday, April 12, 2011

Astro oh Astro


Masuk je Januari 2011 hari tu, kerajaan telah mengenakan cukai penyiaran macam yang dibentangkan oleh PM dalam Belanjawan 2011. Oleh sebab tu Astro telah mengenakan cukai sebanyak 6% kepada semua pelanggannya. Saya pun samalah. Kena tambah bayar bil astro. Saya ambil Family Package + 1 Mini Package + Sports. Kalau sebelum ni bil saya hanyalah RM66.95. Apabila ditambahkan dengan cukai dah jadi RM72.00.


Tapi, dalam bulan Feb haritu decoder saya terbakar. Langsung tak boleh nak guna. Bila saya report ke astro, diorang bagitahu saya kalau masalah macam tu kena tukar mother boardnya kalau tak silap. Kos untuk itu dah dekat RM300. Banyak tu! Pening kepala saya masa tu memikirkannya. Rasa macam nak potong sahaja astro tu. Tapi, nanti langsung tak boleh tengok tv sebab kat kawasan rumah saya ni siaran tv teramatlah buruknya. Dengan astro barulah gambarnya jelas, nyata dan terang. Saya pun tanya orang astro tu kalau-kalau saya ada pilihan lain. Dia kata kalau nak tukar decoder baru, memang sekarang diorang dah tak ada stok. Sebab diorang sekarang hanya keluarkan decoder untuk astro beyond sahaja. Jadi, kalau saya tukar kepada astro beyond, tiada cas akan dikenakan semasa pemasangan, tetapi RM20 akan ditambah kedalam bil saya setiap bulan la. Maka saya kena bayar sebanyak RM92.20. Banyaknya!


Setelah difikir-fikirkan, saya rasa terpaksa saya ‘adjust’ balik pasal bil astro saya ni. Saya tak mampu nak bayar lebih-lebih. Banyak bil lain dan perbelanjaan utama lain lagi yang saya kena fikir dan ambil kira. Maka dengan itu dengan berat hati saya terpaksa membatalkan pakej sukan. Rasa sedih je nak batalkan pakej tu. Cuma, bila difikir sedalam-dalamnya, semenjak saya dah sambung belajar ni saya dah lama tak tengok bolasepak. Selalunya sport channel tu hanya saya sahaja yang tonton. Jadi, lebih baik lah saya batalkan sahaja kan. Insyaallah kalau saya ada rezeki lebih nanti boleh masukkan balik. Paling tidak pun tunggulah saya habis belajar nanti. Kurang-lebih 4 tahun je.


Tapi, sebab sekarang ni sedang berlangsungnya rancangan Maharaja Lawak, saya pun masukkan astro mustika. Saya ambil untuk kakak saya. Dia suka nak tengok Maharaja Lawak tu. Nanti Maharaja Lawak dah tamat, maka saya akan tamatkan juga astro mustika tu. Biar tinggal Family package je. Sekurang-kurangnya dapatlah saya kurangkan bil astro saya.


p/s: sayu je hati bila tengok tv sport channel dah tak ada… sebenarnya ada nilai sentimental dengan sport channel tu…

Peperiksaan Akhir Sem 2, maknanya Sem 2 dah nak berakhir

Alhamdulillah, hari ni selesai sudah exam untuk subjek kedua. Lega? Memang lega, tapi tak puashati dengan diri sendiri. Hari ni kertas Persediaan Matematik. Persediaan je, maknanya yang asas-asas je, tapi saya tetap tak dapat jawab semua. Ada 2 kelemahan ketara saya, pertama saya memang lembap dalam berfikir. Bila soalan tu pusing sikit je saya dah tak boleh nak jawab. Kedua saya tak dapat nak ingat formula. Kenapalah memori saya sangat lemah sekarang ni. Mungkin kerana faktor umur yang meningkat agaknya.

Bayangkan, kali terakhir saya berada dalam alam persekolahan ialah berbelas tahun dulu. Lepas habis SPM saya tak melanjutkan persekolahan saya. Saya tak mampu dan dalam masa yang sama saya terpaksa menggalas satu tanggungjawab yang besar. Jadi, selepas berbelas tahun baru saya nak menghadap buku balik semula. Dengan umur yang meningkat, daya ingatan yang telah mula merosot, membuatkan saya agak lembap dalam pembelajaran saya.

Bezanya persekolahan saya sekarang ini ada assignment. Nasib baik untuk assignment hari tu saya dapat markah yang agak memberangsangkan. Cuma untuk peperiksaan akhir ni sahaja, saya cukup tak puashati dengan prestasi saya sendiri. Macam mana ni? Baru je 3 jam lebih habis menjawab soalan kerta Persediaan Matematik dan beberapa hari habis menjawab soalan kertas Prinsip Mikroekonomi, saya sendiri sudah dapat merasakan yang keputusan peperiksaan saya ini nanti akan mengecewakan saya.
Semuanya salah saya sendiri. Saya sebenarnya telah ketandusan motivasi diri dan kehilangan semangat yang masih tidak dapat dicari semula. Saya memulakan pembelajaran saya dengan hati yang separuh, semangat yang entah kemana, motivasi yang tandus. Oleh kerana permohonan saya untuk belajar telah diterima, diikuti rasa sayang nak membatalkan permohonan, maka saya tetap meneruskan impian saya yang satu ini dengan serba-serbinya kekurangan. Bertambah malang apabila semester ke-2 pun sudah nak sampai ke penghujungnya, tetapi semangat saya yang nak sambung belajar yang suatu ketika dulu membuak-buak, entah sudah hilang ke mana.

Emosi juga menyumbang kepada ketidaksediaan saya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Kisah hidup yang malang yang terpaksa saya lalui selama ini telah mengocakkan emosi saya. Hati saya semakin mudah rapuh. Hati yang sekian lama terluka dan tidak pernah sembuh, juga antara sebab saya lemah dalam pembelajaran saya. Setiap kali saya cuba membaca dan mentela’ah buku pelajaran saya, hati saya entah kemana melayangnya. Maka, setiap apa yang saya baca tak lekat sepenuhnya dalam memori saya. Terlalu sedikit yang melekat.

Hari Ahad ini, saya akan menduduki peperikssan akhir untuk subjek Undang-undang pekerjaan dan Industri. Saya masih ada masa beberapa hari untuk mengulangkaji pelajaran saya. Saya berharap hati saya tenang dan dapat menerima pembelajaran saya dengan sepenuhnya. Saya berharap semangat yang telah lama lari meninggalkan saya, kembali ke sisi saya. Saya berharap emosi saya stabil dan tidak terganggu. Hmmmmm… mampukah saya lakukan semua ini dalam beberapa hari ini?

Nampaknya sebelum bermulanya semester 3, Mei nanti, saya bercadang nak pergi mandi bunga la. Nak cas balik ion-ion positif dalam diri saya ni. Nak buang segala ion-ion negatif, supaya ion-ion positif akan menarik perhatian semangat saya yang telah lama pergi agar kembali kepada saya seperti dulu-dulu sewaktu hati saya tidak rabak dilukai dan dilukai berkali-kali sehingga saya tidak merasa erti kenikmatan hidup yang indah ini. Adakala saya rasakan saya tak tahu apa tujuan saya hidup didunia ini. Nasib baiklah saya ini beragama islam dan insyaallah akan memegang tali Islam ini walau diduga dengan berbagai masalah, maka saya akan sedar walau saya tak dapat apa yang saya inginkan, saya telah diamanahkan untuk menjunjung agama ini sehingga ke akhirnya. Saya telah diamanahkan untuk sentiasa sujud kepadaNya. Kerana itulah saya terus berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah diri saya. Saya tak mahu dengan masalah ini akan menjauhkan saya daripadaNya. Tetapi, sesungguhnya semua ini hanyalah mudah apabila diucapkan. Namun apabila menggalasnya teramatlah berat sangat bahu ini yang merasakannya, sehingga rasa tidak termampu nak meneruskan langkah.

p/s: Kadang-kadang terasa mahu berputus asa sahaja.

Monday, April 11, 2011

Manfaat Diam

Pagi-pagi Isnin yang selalu 'blues' ni, jalan-jalan dulu ke blog-blog. Selalunya saya ada 3-4 blog yang wajib akan saya lawat setiap kali saya online. Selepas tu saya akan klik blog secara rambang pada senarai bloglist yang ada dalam blog-blog yang wajib saya lawat tersebut.

Pagi ni saya klik di satu blog ni. Rasanya inilah pertama kali saya baca blog ni. Saya tertarik nak baca kerana tajuk entrinya, iaitu 'Tujuh Manfaat Diam'.

Pertama
Merupakan Ibadah tanpa harus lelah

Kedua
Merupakan hiasan diri tanpa perhiasan

Ketiga
Wibawa tanpa kekuasaan

Keempat
Benteng tanpa dinding

Kelima
Tidak perlu meminta maaf pada siapapun

Keenam
Malaikat pencatat amal rehat

Ketujuh
Penutup keburukan dan sisi-sisi kejahiliyahan diri

Saya tertarik dengan senarai ini seraya berkata "betullah tindakan saya yang sedang berdiam diri sejak kebelakangan ini"

p/s: semakin hari semakin saya menikmati nikmat diam...

sumber dari Jurnal Ungu

Saturday, April 9, 2011

Hilang

Arrrrrrrrrrrggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

tertekan... tertekan...

dah panjang saya taip tadi, tapi semuanya hilang...

hilang mood nak update blog...


p/s: dah lah saya sedang mengalami jiwa kacau... sekarang bertambah kacau jiwa saya...

Friday, April 8, 2011

'Exam' & seluar sukan

Esok pagi-pagi jam 9 ada 'exam' hari pertama utk peperiksaan akhir Semester Januari. Saya ambil 3 subjek untuk semester ini. Huhuhuhhu... sungguh teramat risau. Entah boleh jawab atau tidak 'exam' esok ni.

Malam tadi ingatkan nak buat ulangkaji, tapi petang semalam ikut kawan-kawan pejabat pergi main badminton, sudahnya malam tadi awal-awal dah mengantuk. Langsung tak baca buku.

Mula-mula ingat tak mahu 'join' diorang main badminton tu, tapi pergi juga bila terpandangkan seluar sukan yang baru saya beli hari Ahad lepas. Masa tu saya pergi The Mall dgn kawan, dia ajak saya masuk satu kedai jualan murah untuk pakaian dan alatan sukan. Memang murah-murah semuanya. Tinggal lagi saya tak ada bajet je. Teringin juga nak beli kasut sukan adidas ke, power ke, nike ke yang telah diberi potongan harga sehingga 50%. Tapi apakan daya, saya bukan orang yang berkemampuan. Pendapatan saya dengan komitmen saya boleh dikatakan samarata. Jadi takda lebihan untuk saya nak berbelanja lebih. Tapi, saya sempat juga la beli sepasang seluar sukan yang diberi potongan harga sehingga 75%. Saya hanya membayar RM15 untuk seluar tersebut.

Itu sebab walaumacaman fikir tentang 'exam' pun saya tetap nak join main badminton tu dek kerana nak pakai seluar baru. Hehehehe...


p/s: pak-pak menteri selalu cakap ubah gaya hidup... ubah gaya hidup setiap kali berlaku kenaikkan harga barang. saya tak pernah ubah gaya hidup saya sebab memang inilah gaya hidup saya. gaji hanya untuk keperluan asas dan benda-benda penting sahaja. tiada untuk enjoy-enjoy apatah lagi untuk bercuti dan membeli-belah. melancong? apa tu? saya hanya baca sahaja cerita orang tetapi pengalaman sendiri melancong adalah 'zero'. kesian saya.

Thursday, April 7, 2011

Bukan silap saya

Saya ini hanyalah pemegang lulusan SPM sahaja. Selepas mendapat keputusan SPM beberapa belas tahun dahulu saya tidak mampu melanjutkan pembelajaran saya, walaupun keputusan SPM saya melayakkan saya untuk menyambung pembelajaran saya di peringkat yang lebih tinggi. Ya, saya tak mampu dari segi kewangan, malahan dengan keputusan SPM yang saya da itulah saya 'jaja'kan untuk mendapatkan pekerjaan. Alhamdulillah, dengan keputusan SPM saya itu sedikit-sebanyak memudahkan saya mendapat pekerjaan.

Kini, setelah berbelas tahun saya mendapat keputusan SPM, barulah saya dapat menyambung pembelajaran saya. Saya belajar separuh masa di salah-sebuah institusi pengajian awam.

Kini saya berada di Semester ke-2, Semester Januari 2011. Masa saya mendaftar dulu, dengan berbekalkan Sijil SPM, maka saya hanya layak untuk memindahkan kredit bagi matapelajaran Bahasa Kebangsaan sahaja. Dan, itu jugalah yang saya lakukan. Tetapi, tiba-tiba hari ini saya dapat pangggilan dari pihak Universiti berkenaan permohonan saya untuk memindahkan kredit bagi matapelajaran Pengajian Malaysia. Pelik!

Saya sedar diri saya, macamana saya nak pindahkan kredit jika dokumen sokongan tidak dapat saya lampirkan sebagai bukti. Jadi, saya memang tidak pernah mememohon untuk permohonan ini. Itulah yang saya maklumkan kepada pegawai dari universiti tersebut. Tapi, pegawai tu pula berkata pada saya, kalau begitu saya kena faxkan salinan sijil SPM saya kepada mereka untuk membatalkan permohonan tersebut. Masalahnya, mengapa mesti saya nak buat pembatalan apabila saya tidak pernah memohon?

Lebih melucukan, masa saya mendaftar untuk Semester ke-3, Semester Mei 2011, saya ditawarkan 4 matapelajaran termasuk Pengajian Malaysia tersebut. Kalau saya ada membuat permohonan untuk pindah kredit, mengapa pula pihak universiti menawarkan saya matapelajaran tersebut. Lebih lucu lagi, saya sudahpun mendaftarkan matapelajaran tersebut 3 minggu lepas. Lucu! lucu! Saya bertegas untuk tidak mahu faxkan sijil SPM saya, sebab saya pasti kesilapan itu berlaku dipihak mereka.

p/s: ya, saya memang tegas apabila saya PASTI saya tidak melakukan kesilapan, dan saya tak mahu melakukan perkara yang menunjukkan kesilapan itu seolah-olah dari saya. Jelas disini kesilapan itu dipihak mereka, mengapa saya pula yang perlu membetulkannya. Titik.

kekalutan

Dalam berusaha berjuang mengharungi badai, onak dan duri kehidupan sendiri, untuk mencari pelabuhan tenang dan bahagia, digandakan pula dengan 'ribut taufan' yang melanda tanahair, tanah tumpah darahku. Kekalutan demi kekalutan, kemungkaran demi kemungkaran, kemaksiatan demi kemaksiatan semakin menjadi-jadi.

Yang Maha Berkuasa telah beberapa kali memberi 'jentikan manjanya' kepada dunia ini untuk memberi peringatan. 'Jentikan manja' yang didatangkan dalam bentuk gempa bumi, tsunami dan banjir. Tetapi, apakah saya dan keseluruhan manusia telah mengambil iktibar dan mempedulikan 'jentikan manja' itu. Ingatlah, 'jentikan manja' itu hanyalah sebagai peringatan untuk saya dan semua manusia, sebelum tibanya masa dimana pengakhirannya hayat dunia ini. Bila? Wallahualam, hanya ALLAH yang tahu.

Takut, risau, sedih dan kecewa melihat apa yang berlaku dimasa kini.

p/s: Peringatan untuk diri saya sendiri.