"Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut, Hati merintih terkunci mulut membisu, Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya, Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan. Di sudut kecil hatiku sering berkata, Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya, Ku beranikan diri menongkah arus yang deras, Demi hari esok ku relakan. Walau tiada tangan menghulur, Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula, Tuhan... hanya engkau mengerti, Perjalanan hidup seorang insan." Salma

Friday, December 30, 2011

Nota Agama: Bab Solat

Di ambil dari FB Ustaz Azhar Idrus (Original)
"Shukri Kajang Manir
Salam semua ... Ni ada sedikit ilmu yg ambe belajor tadi
Kalu ada salah dan silap tu adalah dari kelemahan diri sy sendiri, tolong perbetulkan.

Masjid Pulau Ketam Kuala Terengganu , Kitab Anak Kunci Syurga -- Bab Sembahyang ...

1.wajib tomaninah di dlm rukuk
2.rukuk ialah tunduk dan tangan boleh pegang lutut baru sah rukun.
3. Pegang lutut itu sunat- sunnah nabi.
4.ramai diantara kita solat tp bkn solat disisi agama .. Iaitu solat dgn betul dan sempurna
5.sembahyang lah kita seperti mana nabi solat.
6.tomaninah adalah berhenti seketika.
7.rukuk biar 90 darjah dan kepala pun sama rata dgn belakang ...
8. Sunat membaca subahanarobial azzimm.. Sekurang2 bacaan adalah sekali .. Nak dpt byk lagi pahala baca 3 kali.
9.dop baca langsung bila rukuk, ada tomaninah.. Sah solat tp kurang fadhilat...
10.iktidal ialah kembali kepada rukuk kepada berdiri semula.
11.masa iktidal tangan buleh letak didada seperti dlm solat atau boleh lepas kebawah. Boleh belaka ..
12.masa iktidal kena jugak ada tomaninah... X dop tomaninah solat x batal tp kena ulang semula...
13.nak kaya diakhirat amat lah mudah .. Dgn hAnya sebut nama2 nya ... Nak kaya di dunia amat lah payah ..fikir laa
14.benda yg menghalang untuk kita mengutip kekayaan di akhirat iaitu dunia, manusia,syaitan dan nafsu ..
15. Nafsu adalah yang paling susah nak lari dari nya kerana ia adalah diri kita sendiri
16.bila ada org puji kita sebut lah Allhamdullilah ..
17.bila tinggal hukum allah jadi zalim , fasik dan kufur
18.cara nak lupus alquran - ialah dgn rendam dlm air dan akan hilang tulisan (quran lama tulisan tangan) , kaedah untuk Al quran skrg ni bakar dlm lubang atau tong biar abis terus.
19.amik anak angkat daripada org asing - x dop masalah
20.tanam mayat dlm lubang yg ada air ...kalu dah darurah sangat di bolehkan ... Selagi ada ikhtiar kena gali lubang lain yg tiada air.kalu masih lagi ada air tinggi kan sedikit lubang kubor tu..
21.jari kaki semasa sujud sekurang2 nya satu jer terlipat .. Kalu semua dop terlipat -- x soh solat-mazhab shafie
22.boleh beli kedai org kafir kalu kedai org melayu mahal sangat dlm sesuatu benda ...
23.pompuan islam mati beranak adalah mati syahid dunia
24.sujud hidung sentuh ke dop sentuh ke lantai, sah solat
25.pengumuman sapa2 hok ada amik selipar clarks sila pulang kan ditempat asal .. Tepi tiang tengah ... Hehehe-iklan jap
26. Jgn main daun terup dlm computer.. Haram
27.kalu nak main permainan muzik jgn sampai dop solat.
28.emas putih haram lelaki pakai ,
29.org puang yg tinggal serumah dgn lelaki ajnabi .. Dilonggarkan sedikit hukum iaitu boleh menyisingkan lengan baju untuk buat kerja didapur dan x payoh pakai stoking kaki ...
30. kawin gantung .. Bila bersetubuh je hilang title nikah khitbah ....ada reti !!!

CC: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Kredit to Sahabat ku Mohd Azman yang di kasihi dan di rahmati Allah semoga di murahkan rezeki selalu.."

Sunday, December 25, 2011

HARAM ucap selamat kepada perayaan keagamaan selain dr agama Islam

Nota Agama: Persoalan tentang HARAM ucapkan selamat kepada PERAYAAN KEAGAMAAN selain agama Islam.

Di ambil dari FAcebook Ustaz Azhar Idrus (Original)

Abu Uzair Rahimi ‎:: persoalan berkaitan peng "wish" an hari kismes :: Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la...tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap...doa dan zikir byk lg yg tak reti..

~ ..Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! ..Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap "Merry Christmas" anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tp jenis melayu ni degil..

~ ..apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jgn buat amalan2 berkait agama mereka..

~ ..USTAZ, 1) Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya? 2) Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat.. 2. bolih jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja...

~ ..mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya...jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya... zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..

~

..Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll....Setakat mnow umat Islam dpt merayaknnya?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pd hari2 raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka...

~ ..Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..

~ ..rumah terbuka sempena christmas..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab Bahrulmmazi.

Wednesday, December 21, 2011

Nota agama dari Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) hasil catatan Shukri Kajang Manir

Saya bukanlah baik sangat. Saya masih jahil tentang ilmu agama. Tapi saya selalu mahu menjadi baik. Saya selalu mahu menambah ilmu agama. Cuma untuk menghadiri kuliah adalah sukar bagi saya disebabkan beberapa perkara. Tapi, dengan kewujudan internet, Alhamdulillah saya masih boleh menimba ilmu. Walaupun tidak begitu sempurna bagi saya, belajar hanya dengan membaca dan mendengar melalui youtube tanpa berjumpa guru. Cuma saya berdoa dan bermohon semoga Allah memberi kelapangan dan kemudahan bagi saya untuk menghadiri majlis-majlis ilmu, suatu hari nanti, aminnn.

Bercakap tentang menimba ilmu melalui pembacaa dan youtube. Sudah pasti saya tidak dapat lari dari facebook Ustaz Azhar Idrus. Kerana di facebook beliau ada ramai yang mengemukakan soalan. Kadang-kala soalan itu kecil pada pandangan mata kita. Tetapi, yang kecil itulah selalu diabaikan oleh kita semua termasuk saya. Takut-takut yang kecil itu jugalah membuka laluan untuk kita melakukan dosa. Nauzubillah. Jadi, walau sekecil mana soalan, walau seremeh mana soalan pun, insyaallah Ustaz Azhar akan menjawabnya, sekiranya beliau online pada masa tersebut. Kalau tidak pun, pasti ada sahabat-sahabat yang mengetahui dan arif tentang persoalan itu akan membantu menjawab bagi pihak ustaz. Alhamdulillah.

Hari ini, saya nak menempelkan nota agama yang dicatatkan oleh sahabat yang bernama Shukri Kajang Manir di facebook Ustaz Azhar Idrus (Original)

Shukri Kajang Manir

Assalamualaikum ... Ni ada sedikit ilmu kat kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri,Kuantan, Pahang.. (20/12/11)... *Tajuk : Zakat....

1.Wajib ke atas tiap2 org islam lelaki & perempuan..org yg xkeluar zakat dgn sengaja, FASIK..

2.Zakat fitrah bermula ketika masuk hari akhir bulan ramadhan..jika masuk bulan ramadhan nk byr terus pon xpe,lg baik...

3.Siapa yg ada nafkah dibawahnya wajib byr zakat fitrah..contohnya suami wajib byr zakat fitrah utk isteri dan anaknye.. Jika baru kawin,zakat fitrah bermula selepas isteri duduk bwh jagaan suami,wlupon isteri org kaya..

4.Anak yg lahir pd bulan ramadhan kene zakat fitrah,yg lahir mase mlm raya xkena.

5.Tidak wajib bersalam ketika byr zkt fitrah...tp jika tgn dihulur untuk bersalam kene sambut..setiap kali bersalam dosa kita akan diampunkan..jika byk bersalam maka byklah dosanya diampunkan..

6.Masa akad nikah juga tdk wajib bersalam dgn jurunikah..tp jika dihulur tgn kena sambut bersalam juga..

7.Zakat selain zakat fitrah, isteri kena byr sendiri..contohnye isteri ade bisnes besar,maka wajib byr zakat perniagaan..

8.Selalunya kesilapan kita pd hr ni ialah membayar zakat pd bulan ramadhan.. ZAKAT SELAIN drpd ZAKAT FITRAH xperlu tggu bulan ramadhan..wajib byr pd cukup tempoh masenye...sekiranya bisnes bermula bulan rejab,maka perlu byr zakat pd bln rejab genap setahun dpn.. ZAKAT FITRAH SAHAJA pd bln ramadhan..

9.Kanak2 pon kena zakat juga jika cukup perkiraan..contohnye semasa dia baru lhir,ayahnye meninggal kemudian dia mndpt duit pusaka 100k dan ltk dlm bank..ckup 1tahun kena zakat.. penjaga dia/wali kena tlg bayarkan..
10.Orang gila kena byr zakat juga..sama mcm kes kanak2 td..

11.Binatang yg dikenakan zakat adalah Unta,Kerbau,Lembu,Kambing/Biri-biri..

12.Unta 5 ekor,genap 1tahun kena zakat.. lembu 30ekor..kambing 40ekor..

13.Jika dlm 1tahun tu,hilang 1..contohnya unta hilang jd 4ekor,maka xkena zakat..

14.Jika binatang zakat kawin dgn binatang zakat maka kena byr zakat.. lembu + kambing = LemBing...kena byr zakat..

15. Lembu + itik = LemTik..tidak kena zakat...

16.Padi 300gantang bayaran zakat = 1/10..

17.Emas haram lelaki pakai.. jika beli,jual,simpan boleh..tp kena zakat..

18.Jika jumpa harta karun yg ade bukti milik org kafir,cntohnye jumpa emas milik tentera jepun zmn dulu 5kilogram.. wajib kena byr zakat juga dgn kadar 1/5...4/5 lg milik kite...

19.Jika bayar zakat guna dirham(perak) tetapi amil xnk terima maka boleh bg sendiri kpd fakir miskin..

20.Untuk perjalanan jauh(Kuantan-perak) maka solat jamak boleh dilakukan bermula selepas keluar dr mukim(kuantan)...

21.Niat beribadah kerana Allah n Niat kerana nk dpt pahala sama tak..? Niat kerana Allah paling tggi darjat pahala ikhlas..yg laen2 juga dpt pahala dikira takut kpd Allah..cntohnye takut api neraka..

22.Air liur basi adalah najis..(air yg keluar dr perut).. baju yg nk buat solat wajib basuh smpai bersih(bilas)...

23.Jin Islam ikut syariat mcm kite ke x?? solat,puasa,pegi haji,MENGUNDI....jin islam ada beribadat..mengundi wallahu'alam...

24.Sirih junjung adalah adab wajib bagi umat HINDU KUNO di bali,indonesia.. hukumnya HARAM..melainkan pengantin mmg suke mkn sireh...

25.Dpt pahala jgk m'dgr kuliah melalui vcd,youtube,dll...tetapi hadir kuliah lg BESAR pahala...dpt pahala iktikaf dlm msjd,solat berjemaah,mendengar kuliah,bersedekah..para Malaikat,burung2 dan ikan2 dilautan semuanya mendoakan keampunan bg mereka yg hadir ke kuliah selagi mereka berada didlm kuliah..

26.Tidak wajib bertarikat jika hendak mendekatkan diri kepada Allah..ada tarikat yg muktabar dan ada juga yg ditolak jika ada unsur karut...

27.Jual beli najis/baja drpd najis x sah(imam syafie)..jika mengupah angkat najis sah..

28.Tidak Haram jika semasa meminta hutang org berasa hati..tetapi kalau nk mtk,biar dgn cara baek..bg ceramah sket ke...biar dia sedor..

29.JANGAN MERAYAKAN raya org kafir & JANGAN GANGGU raya mereka...mereka pon xpenah merayakan raya kita jgk..ada org di New York menyambut Maulidur Rasul??

30.Menggunakan buah tasbih untuk bertasbih,ulama menyatakan tidak haram.. lebih afdhal jika mengira dgn JARI...

31.Doa akhir/awal tahun harus(boleh)..

32.Kerbau yg telinganya dipotong separuh sebagai tanda milik, xboleh dijadikan binatang korban...

33.Akad nikah dlm masjid boleh... pasang lagu masa kenduri dan karaoke boleh sekiranya tiada lagu berunsur Haram dan tiada perempuan yg menyanyi...

34.Perempuan juga tidak boleh bermarhaban dan melunakkan suara didepan lelaki ajnabi..jika dlm majlis perempaun shj boleh..

35.Lelaki pakai cincin suasa = HARAM..

36. Pakai cincin perak = Sunnah Rasulullah..

37."Orang yg masih melakukan dosa,imannya naik"...maknenye sebelum ni dia selalu buat 10dosa..bila berubah jd kurang kepada 7dosa..maka imannya dh naik taraf sedikit..begitulah seterusnya smpai dia betul2 taubat...


cc : Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Kredit kepada sahabat ku Mohd Abdillah (yang sanggup naik bas dari Banting ke Kuliah UAI di Kuantan).. Semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki mu selalu..

Wednesday, December 14, 2011

Kata-kata Ustaz Azhar Idrus


Gambar dari facebook ustaz :-Ustaz Azhar Idrus (Original)

Ustaz Azhar Idrus ( Original ): mmg tiap yg kita sayang susah kita nak lupakan...selipar yg kita sayang sangat pun kalau dicuri orang..lambat kita dapat lupakannya..inikan pula gadis..insyaAllah dengan sedikit masa akan dapat lupakannya..


Kata-kata Ustaz Azhar Idrus yang saya copy dari facebook beliau. Kata-kata yang simple, tapi dapat menyejukkan hati yang rawan.

"Ombak Rindu"

Saya belum menonton filem Ombak Rindu, tetapi saya pernah membaca novel karya Fauziah Shaari tersebut beberapa tahun dulu. Memang saya amat suka akan novel tersebut.

Saya teringin nak menonton filem tersebut. Cuma, sekarang ini saya rasa malas sungguh-sungguh nak masuk panggung wayang. Jadi, saya hanya menanti kalau-kalau filem ini akan disiarkan di Astro First nanti. Lebih menjimatkan rasanya. Saya hanya perlu membayar RM15 ditambah tax 6%, dan saya boleh menonton file mini selama 48 jam. Malahan bukan saya seorang sahaja yang boleh menonton, tetapi juga keluarga saya. Hmmmm… bagus juga ada Astro First ni kan. Tak payah nak risau harga tiket untuk 4-5 orang. Tak payah nak risau harga parking kereta untuk beberapa jam dan belanja makan.

Tapi, yang paling best adalah lagu tema file mini yang juga diberi judul Ombak Rindu nyanyian Hafiz AF dan Adira AF. Memang mantap dan sedap. Sama mantap dan sedapnya dengan lagu tema filem Lagenda Budak Setan, Bila Cinta.



Lagu ini saya tuju khas buat dia. Dia yang telah melukakan hati saya. Dia yang masih saya cinta dan rindu. Tetapi rasa itu hanya tersimpan dalam hati saya. Dia tak perlu tahu itu semua. Kini saya hanya mahu dia tahu dan rasa bahawa saya telah membencinya. Saya hanya mahu dia tahu, saya telah pergi dari hidupnya. Walaupun hakikatnya saya amat terseksa di sini. Biar... biar... dia tak perlu tahu itu semua. Dia tak perlu tahu apa yang saya rasa dan lalui di kala ini. Kerana dia tak punya hati dan perasaan untuk memahami apa yang saya rasa.

"SJN" lagu ini untuk kamu. Biarlah di ruangan ini sahaja kuluahkan rasa hati dan harapan ini. Seandainya tuhan mengizinkan dan mengkehendaki, satu hari nanti kau pasti memahami apa yang aku rasa.

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisiku

Tuesday, October 18, 2011

Dalam terluka masih merindu


Sekian lama memendam rasa hati ini. Cuba untuk tidak menghiraukannya lagi. Cuba untuk memadamkannya. Cuba untuk melupakannya. Ternyata saya tewas. Ternyata saya masih tidak mampu melupakan segalanya.

Walaupun sudah 4 bulan saya menyepikan diri darinya. Tidak menghiraukannya lagi. Ternyata hari ini, saya sedar perasaan ini masih kuat untuknya.

Hari ini airmata ini mengalir lagi. Mengalir kerana rindu. Mengalir kerana terluka. Mengalir kerana kecewa.

Kerinduan ini amat mencengkam jiwa. Namun, telah saya bertekad dalam hati, saya tidak akan sekali-kali menghubunginya lagi. Apatah lagi untuk kembali ke sisinya. Tiada gunanya lagi. Saya harus kasihankan diri sendiri. Cukuplah penipuan dan kezaliman yang dia lakukan pada saya. Mengapa saya mahu terus menghancurkan hati saya lagi. Andai benar dia ikhlas dan bersungguh, sudah pasti sejak dulu lagi dia gigih berusaha mencari jalan untuk bersama saya. Tapi sayangnya, hanya dimulutnya sahaja. Sedangkan tiada apa-apa tindakan yang dia lakukan. Akhirnya dia hanya membiarkan saya menanti dan terus menanti.

Kini, saya terluka, kecewa, kesepian dan merana sendirian di sini. Sedangkan dia sedang berbahagia bersama isteri dan anak-anaknya.

Lelaki bukan sahaja EGO malahan SELFISH dan KEJAM... saya benci lelaki sebegitu. Hati ini telah hancur. Cukuplah apa yang telah saya lalui. Saya tidak mahu lagi melalui episod pahit ini.

Friday, August 26, 2011

Harapan... Sepasang Kurung Biru...

Mengapa sukar untuk sekurang-kurangnya memahami keadaan orang lain? Tidak semua manusia itu sama. Setiap manusia punya nasib dan jalan hidup yang berbeza-beza. Apa yang kita rasa dikala ini mungkin menggembirakan, tetapi tidak semestinya orang lain akan merasai yang sama seperti kita. Tak perlulah sampai untuk merasainya sendiri akan kesukaran dan ketidakmampuan orang lain, barulah nak memahami dan menghormati mereka. Sekurang-kurangnya hormati perasaan, emosi dan keadaan orang itu. Janganlah mengheret mereka kedalam situasi sendiri sedangkan tahu mereka itu tidak mampu untuk menyertainya. Mengapa memilih menjadi kejam?

Apakah sudah hilang rasa kemanusiaan dalam diri kamu? Baik, mungkan hilang rasa kemanusiaan itu berat bunyinya, tapi apakah kamu tidak mempunyai deria rasa ke-enam? Tak bolehkan kamu rasakan walau hanya sekelumit pun apa yang orang lain rasa? Bukanlah mahukan kamu membuang rasa gembira kamu, lantaran orang lain tidak gembira seperti kamu. Cuma, hanya sedikit penghormatan dari kamu dipinta agar dapat menghormati apa yang orang lain rasa. Jangan memandang rendah apa yang orang lain rasa. Jangan menganggap mudah apa yang orang lain rasa, walau hakikatnya mudah bagi kamu, tetapi tidak bagi orang lain.



Hmmmm… terbit rasa terkilan dihati dengan sikap kamu. Mengapa mudah kamu memberi harapan kepadanya, namun kamu sebenarnya tidak begitu serius mahu menunaikannya. Membuatkan dia ternanti-nati. Penghujungnya hanya kehampaan. Sedih saya melihat keadaan ini. Teringin sekali saya menunaikan harapan yang dijanjikan oleh kamu kepadanya, agar dia gembira. Tapi, saya tak mampu. *sigh*

Hmmmmmm… minta-minta 2-3 hari ni, saya mampu melakukan sesuatu untuknya, aminn.

Ramadan semakin hampir ke penghujung.

Pagi ni Hot Fm memutarkan lagu-lagu raya lama yang malar segar selama 2 jam. Itulah peneman saya sewaktu memandu ke pejabat pagi tadi. Alhamdulillah jalan pun dah semakin lengang. Tiada langsung kesesakkan seperti hari-hari yang lalu.

Lagu raya lama-lama terlalu banya yang sedap didengar dan takkan muak didengar. Kalau mahu disenaraikan, terlalu panjang. Tapi, dalam banyak-banyak lagu tu, lagu Sepasang Kurung Biru nyanyian Khairil Johari Johar menjadi pilihan nombor satu saya. Kenapa? Mungkin sebab saya suka warna biru kot. Bukan ada apa-apa cerita pun disebalik lagu tu bagi saya.

Monday, August 22, 2011

Jalan TAR sesak... fuh! nasib baik...

Seminggu yang lepas ada terdetik di hati saya untuk jalan-jalan ke Jalan Tuanku Abd. Rahman (TAR) selepas habis peperiksaan pada hari semalam. Niat dihati mahu mencari sehelai tudung atau selendang. Itu sahaja yang saya perlukan untuk hari raya nanti. Tudung atau selendang itu akan dipadankan dengan baju kurung yang berusia 3 atau 4 tahun lepas yang akan saya pakai di pagi raya nanti. Hanya itu persiapan raya untuk diri saya buat kali ini.

Tapi niat untuk ke Jalan TAR tu tidak sepenuhnya. Separuh hati saya tak mahu ke sana. Hari Sabtu lepas semasa pergi ke pasar untuk membeli barang-barang dapur seperti selalu, saya singgah di sebuah gerai menjual tudung. Terpandanglah oleh saya akan selendang yang cantik dan murah. Kebetulan ada pula warna yang mahu saya padankan dengan baju kurung saya. Dengan harga RM15 saya pun membeli selendang tersebut. Setelah mendapat apa yang saya inginkan, hanya tinggal 20% sahaja keinginan untuk jalan-jalan ke Jalan TAR yang tinggal. Memikirkan lebaran yang semakin hampir, saya menjangkakan pasti Jalan TAR akan sesak pada waktu-waktu sekarang.

Akhirnya selepas habis menjawab kertas peperiksaan semalam, saya lepak buat beberapa ketika dengan kawan-kawan sekuliah. Tak sampai 30 minit pun kami lepak. Lepas tu masing-masing terus melangkah kaki membawa haluan sendiri. Saya pun memang tak jadi pergi ke Jalan TAR, terus balik rumah.

Nasib baik saya mengambil keputusan tak mahu pergi, kalau tidak pasti saya bertambah tertekan. Baca berita dan melihat gambar di Kosmo online, bahawa semalam Jalan TAR teramat sesak. Huh! Alhamdulillah…. Saya membuat keputusan yang betul buat kali ini.

Kesesakkan di Jalan TAR. Gambar dari Kosmo online.

"Rasa itu"

Alhamdulillah tamat sudah peperiksaan akhir bagi Semester Mei. Setelah mengharungi 4 bulan yang penuh cabaran. Akhirnya sampai juga dipenghujung. Cuma penghujung yang tak memuaskan hati. Dapat dirasakan hasilnya nanti akan mengecewakan. Hmmmmmmm… cuba untuk terima walaupun ianya menyakitkan.

Pejam celik, dah nak masuk 22 hari berpuasa di bulan Ramadan ni. Begitu cepat masa berlalu. Rasa tak puas berpuasa. Terasa macam baru sahaja puasa ini bermula. Dam… dum… dam… dum… bunyi dentuman meriam buluh dan mercun sudah mula kedengaran. Anak-anak jiran telah pun melancarkan ‘perang’. ‘Perang’ yang hanya datang setahun sekali. Namun sayang, walaupun dentuman meriam buluh dan mercun itu hanya setahun sekali akan didengar, namun kali ini dentuman itu tidak mampu mengundang rasa kemeriahan dalam hati untuk menyambut raya yang bakal menjelma.

Semangat untuk menyambut raya itu telah tiada dihati. Hanya yang ada kesunyian, kepiluan dan kesepian. Bukan hanya menyambut raya, tetapi rasa kekosongan ini telah lama bertapak dihati. Serasa seperti tiada tempat untuk diri diatas muka bumi ini. Terasa diri sangat terasing. Tak tahu apakah tujuan hidup. Hmmmm.. bukan tak tahu… tahu… tapi rasa ketidaktahuan itu sering hadir dalam hati. Semangat yang telah lama hilang, masih tidak mahu kembali. Terasa tiada langsung kenikmatan dalam dunia ini untuk diri. Seringkali diri sentiasa merasakan kematian itu lebih baik, lantaran tiada apa lagi di atas muka bumi ini untuk diri. Diri yang tak mampu untuk memiliki apa-apa. Terasa diri hanya melukut di tepi gantang.

Setahun yang lalu, berusaha dan mencuba mengalih rasa kekosongan dan ketidakadaan ini dengan mendaftarkan diri untuk sambung belajar. Semangat yang berkobar-kobar sejak berbelas tahun dulu untuk melanjutkan pelajaran nampaknya telah hilang. Harapan terlalu tinggi untuk mengalihkan perhatian, tumpuan, minda, jiwa dan rasa hati yang terluka parah kepada pembelajaran. Namun usaha itu tidak menjadi. Malah pembelajaran yang menjadi mangsa. Gangguan emosi dan jiwa itu masih berlaku, sehingga mengganggu pembelajaran. 3 semester telah berlalu, namun semangat yang berkobar-kobar yang sentiasa membara suatu waktu dahulu, kini telah hilang. Sekaligus membuatkan segalanya menjadi serba tak kena. Aaaarrrgghhhhh… bosannya.

sumber: http://www.uimages.org/tag/big-cat/

Rasa… ‘rasa itu’ rupanya tidak mahu pergi. Walau hampir 3 bulan tindakan nekad itu dilakukan, namun ‘rasa itu’ masih ada. Sentiasa ada. Malah adakalanya ‘rasa itu’ terlalu dalam dan terlalu sukar dikikis. Walaupun sakit dan teramat perit mengharunginya, tapi hanya itulah keputusan yang terbaik. Untuk kesekian kalinya, terpaksa mengorbankan hati sendiri. Untuk kesekian kalinya diri tertewas. Dan untuk kesekian kalinya terasa diri tersisih. Namun, ‘rasa itu’ masih ada dan masih membara hingga membakar diri sendiri.

Thursday, August 18, 2011

Kenapa?



Kenapa manusia, apabila telah diberikan tuhan rezeki yang lebih, mulalah dia berlagak dan sombong?

Hmmmm….


Friday, August 5, 2011

Saya kecewa



Emosi terganggu.
Rasa ‘down’.
Keputusan ‘assignment’ untuk 3 dari 4 subjek telah dikeluarkan. Untuk subjek A, alhamdulillah saya dapat 28/30, untuk subjek B hanya dapat 25.5/40, kecewa untuk ini dan lebih kecewa untuk subjek C, hanya dapat 37.5/50. Kecewa sangat-sangat dengan keputusan ini. Lebih kecewa dengan diri sendiri. Untuk subjek yang satu lagi tu tak tahulah apa pula markahnya.

Hari Ahad ni bermulalah peperiksaan akhir untuk semester ini. Ini sahajalah harapan saya untuk memperbaiki keputusan saya. Tapi, saya seolah hilang keyakinan diri. Kerana pengalaman 2 semester yang telah berlalu, walaupun saya buat ulangkaji, tetapi saya tak mampu nak mengingat semual apa yang saya baca.

Bertawakkal sahajalah.

Hati remuk sangat-sangat dikala ini.

Friday, July 29, 2011

Alhamdulillah... Alhamdulillah; Harimau Malaya saya sayang kamu

Alhamdulillah… hujan rahmat mengiringi kehadiran penghulu hari pada minggu ini. Jumaat yang sejuk, dingin dan damai saya rasakan. Walaupun jalan raya sesak, tapi alhamdulillah sesaknya hanya di separuh jalan sahaja, selebihnya lalulintas lancar. Namun, saya tetap lewat sampai ke pejabat. Tapi, tak apa biar lewat jangan tak sampai terus.

sumber: http://razythelast.deviantart.com/art/harimau-malaya-191228839

Hujan yang lebat juga seolah-olah mewakili seluruh rakyat Malaysia yang kecewa apabila pasukan bolasepak skuad Piala Dunia gagal ke peringkat seterusnya dalam usaha menempatkan diri untuk kelayakkan Piala Dunia bagi Zon Asia. Namun, hujan yang mencurah yang membawa rahmat ini sebenarnya juga mewakili kebanggaan peminat-peminat bolasepak tempatan dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan kita. Inilah yang semua peminat harapkan. Kalah tapi dengan semangat juang yang tinggi. Diharapkan kekalahan ini adalah batu loncatan untuk pasukan kita melangkah lebih jauh. Tahniah pasukan Harimau Malaya. Teruskan perjuanganmu sayang. Saya sayang kamu. Auuuuummmmmmmm…

sumber: http://vrempire.com/multimedia/nike-football-posters-of-malaysian-tigers-aka-harimau-malaya.html

Alhamdulillah juga bila kakak saya beritahu yang dia sekeluarga dapat bantuan zakat dari Lembaga Zakat Selangor. Saya betul-betul lega. Beberapa hari ni saya dilanda kerisauan dan kesedihan. Bila mengenangkan Ramadan bakal menjelma dan Syawal pula bakal menyusul. Namun, persiapan Syawal belum kami buat lagi. Bagi diri saya sendiri, memang saya tiada peruntukkan untuk raya kali ini. Tiada baju baru, tudung baru, kasut baru. Saya akan pakai apa yang saya ada, yang saya pakai setiap kali ke pejabat. Itu sudah memadai bagi saya. Bukan tak teringin nak menyarung pakaian baru di pagi raya dan sewaktu menziarah kubur, tapi saya tak mempunyai bajet untuk itu semua.

Cuma saya risaukan anak-anak saudara saya. Kakak saya tidak bekerja dan dia membantu saya menjaga orang tua kami yang dah keuzuran di rumah, disamping menguruskan anak-anak dan suaminya. Suaminya hanya bekerja kampung dengan pendapatan yang kecil. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi, sememangnya saya yang menanggung perbelanjaan kami sekeluarga. Ini pengorbanan saya, setelah kakak saya berkorban membantu saya menjaga orang tua kami, sepeninggalan saya keluar bekerja yang keluar awal pagi dan hanya balik ke rumah bila waktu Isyak menjelma.

Namun dengan bantuan kewangan dari Lembaga Zakat Selangor ini, Alhamdulillah bersyukur sangat, sekurang-kurangnya dapatlah kakak saya membelikan pakaian baru untuk anak-anaknya untuk dipakai pada hari raya nanti. Kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Kalau saya, baju kurung 10 tahun lepas pun masih boleh saya pakai dan masih baik, jadi bolehlah saya pakai pada hari raya nanti. Tapi kanak-kanak lain, mereka sedang membesar. Baju raya tahun lepas dah tak boleh nak disarungkan lagi pada tahun ini. Semua baju-baju tu dah tak muat lagi. Jadi, sememangnya mereka memerlukan pakaian baru. Lagi pun anak-anak saudara saya ni bukan selalu dapat pakaian baru.

Syukur ya Allah… Alhamdulillah… terima kasih atas rezeki yang telah dilimpahkan kepada kami sekeluarga.

Wednesday, July 27, 2011

Ramadan datang lagi



Tinggal beberapa hari sahaja lagi dah nak masuk Ramadan. Seronok rasanya menanti kehadiran Ramadan. Seronok sebab boleh berpuasa. Sungguh besar hikmah puasa pada diri saya. Pengalaman saya setiap kali puasa sebulan dibulan Ramadan, memang saya dapat mengurangkan berat badan saya. Disebabkan itu saya menjadi lebih cergas. Biasanya kalau hati saya sentiasa tenang dan ceria saya mampu bertahan dengan berat badan yang telah berkurangan itu berbulan-bulan. Berpuasa menjadikan saya mampu untuk mengawal nafsu makan saya hatta pada hari raya sekali pun. Cuma, apabila hati saya dilanda kelukaan, jiwa saya bergelora dan pemikiran saya terganggu, memang nafsu makan saya takkan mampu dikawal.

Selain itu, yang lebih penting ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah dalam bulan Ramadan adalah sangat banyak. Tinggal kita nak rebut atau tidak je ganjaran yang tersedia tu. Di bulan Ramadan adalah salah satu waktu dan ketika mustajabnya doa-doa kita. Amalan-amalan wajib dan sunat pun digandakan pahalanya. Inilah peluang keemasan untuk saya dan kita semua. Walaupun setiap hari, setiap saat dan setiap ketika saya sentiasa berdoa, namun kehadiran Ramadan memang dinantikan.

Puasa itu sangatlah hebat kuasanya. Ini pengalaman saya sendiri. Baru sahaja berlaku. Pada hari Isnin yang lepas saya tidak berpuasa. Walaupun saya bersarapan pagi berat iaitu saya makan nasi berlauk dalam jam 7 pagi dan pada tengaharinya saya makan roti canai telur, tapi pada petangnya dalam jam 6 petang saya telah merasa lapar yang amat sangat. Laparnya saya sehingga saya menggigil. Jadi, saya terpaksa pergi makan dahulu sebelum pulang ke rumah.

Tapi, semalam saya berpuasa. Saya bangun bersahur jam 5 pagi. Saya makan nasi berlauk. Walaupun perut terasa lapar kerana berpuasa, tetapi tidaklah sampai lapar sangat dan sampai menggigil. Malahan masa berbuka saya hanya minum milo ‘o’ suam yang saya buat sendiri di pejabat. Saya hanya makan selepas jam 9 malam selepas solat Isyak. Betapa hebatnya berpuasa kan. Tidak boleh dinafikan lagi. Tiada pertikaian.

“AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN”

Friday, July 22, 2011

Pontianak, penanggal, kum kum dan langsuir lawan hantu susu


Ketawa penawar duka.

Malam tadi menonton drama “Hantu Susu” di Astro Ria. Drama yang menggabungkan hantu-hantu yang pernah ditayangkan dalam ‘single drama’ bagi setiap hantu itu. Pontianak (Ira kot namanya, lupa lak) lakonan Erra Fazira dari drama Pontianak Kampung Batu, Hantu Penanggal (Suri) lakonan Amy Mastura dari drama Penanggal, Hantu Kum Kum (Mawar) lakonan Marsha Londoh dari drama Kum Kum dan Langsuir (Jamilah) lakonan Zarina Zainordin dari drama Tangisan Langsuir.

Kalau sebelum ni setiap ‘single drama’ yang saya sebutkan tadi diceritakan secara serius dan seram, tetapi dalam drama Hantu Susu ini diceritakan secara komedi. Kisahnya keempat-empat hantu ini mahu jadi hantu baik, jadi mereka semua telah meninggalkan kampung mereka dan mencari tempat tinggal yang baru. Mereka berkongsi menyewa disebuah rumah yang sama disebuah kampung (tak ingat pula nama kampung tu). Kebetulan rumah tu rumah kosong.

Pada mulanya masing-masing menyembunyikan identiti diri masing-masing. Tapi oleh kerana masing-masing adalah hantu, so masing-masing sebenarnya tahu yang kawan-kawan serumah mereka tu adalah hantu.

Kekecohan timbul bila ada orang kampung mati dengan misteri. Orang kampung mengesyaki pembunuhan itu dilakukan oleh hantu. Oleh kerana pembunuhan itu berlaku sejak keempat-empat wanita jelita yang sebenarnya hantu itu pindah ke kampung tersebut, maka orang kampung mengesyaki mereka yang melakukannya.

Tapi sebenarnya pembunuhan itu dilakukan oleh Hantu Susu lakonan Didie Alias, seorang jururawat kampung bernama Melati. Tapi, akhirnya Melati dapat dihapuskan oleh kempat-empat hantu baik tadi dengan bantuan Amir (rasanya tuan punya rumah yang mereka sewa). Amir ni berpewatakan lurus bendul dan baik. Dia jatuh hati pada hantu langsuir.

Tapi, cerita ni memang lawak terutama Amy Mastura. Gaya lakonanya yang bersahaja dan dengan watak lurus bendul yang dibawanya membuatkan kami sekeluarga terkekek-kekek gelak. Memang Amy Mastura banyak menghidupkan suasana. Tapi, bukan bermakna pelakon lain tak ok. Semuanya ok, cuma lakonan Amy Mastura ni lebih menonjol dan walaupun bersahaja je. Ditambah pula dengan watak-watak komedi pelakon lelaki seperti Saiful Apek, Achong Sweetchild dan sorang lagi saya tak tahu nama.

Memang seronoklah menonton drama ni. Bolehlah untuk me'releas'kan segala ketegangan dalam jiwa dan otak.

Thursday, July 21, 2011

Just le me be alone.

source: http://franklyclueless.tumblr.com/

Orang kata “kalau sakit carilah ubatnya”

Saya setuju.

Namun, bagi saya andai sememangnya tiada ubat untuk penyakit itu atau masih belum ketemui sehingga saat ini, jauhkan diri daripada perkara-perkara yang akan menambah-burukkan kondisi penyakit itu.

Jadi, suka saya luahkan di sini. Bukan saya membenci, bukan saya tak sayang lagi, tetapi kamu, kamu, kamu yang saya sayang telah menambah luka dihati saya.

Jadi, biarkan saya sendiri mencari ubat luka ini. Kerana saya tak mahu terus terluka. Takut kelukaan itu akan mengundang virus BENCI dan menelan semua KASIH-SAYANG.


Just let me be alone.

Wednesday, July 20, 2011

Apalah malangnya nasib saya... hukhukhuk... :-(

picture source: http://puppytime.tumblr.com/page/3

Arrrrgghhhhhhh… rasa nak pecah dada dan kepala ni.

Apakah hikmah disebalik ini semua? Apakah sebenarnya yang ingin diberitahu kepada saya? Apa? Apa? Apa?

Mula-mula haritu saya tak buka email saya selama 3 hari, jadi saya terlepas pandang balasan email pensyarah saya berkenaan tugasan saya. Selepas menghantar tugasan tersebut baru saya baca email dia. Saya kecewa.

Tapi, saya dah perbaiki tugasan saya dan terus saya sms pensyarah saya tanya, sama ada dia boleh terima atau tidak sekiranya saya mahu menghantar semula. Tapi, saya tunggu punya tunggu balasan sms dia. Tak ada pun. Masa tu saya guna handphone lain. Saya pindahkan simcard saya dalam handphone tu kerana handphone yang biasa tu kehabisan bateri. Handphone yang saya gunakan tu pula sememangnya sudah ada problem bateri. Sampai baterinya padam saya tak terima juga balasan sms tersebut. Perkara ini berlaku pada hari Sabtu lepas.

Lebih sadisnya hanya pada pagi ini, baru saya terfikir nak cas bateri handphone tu (ada simcard lain dalamnya) dan membukanya. Rupanya sudah ada balasan sms tersebut. Rasanya masa balasan sms pensyarah saya masuk, masa tulah juga bateri handphone tu terus padam. Masalahnya, bila saya pindahkan simcard tu ke dalam handphone asal, received sms tu tak ikut sama. Sms itu tetap duduk di handphone sementara itu. Jadi saya tak tahu pun yang Pensyarah saya benarkan saya untuk menghantar semula tugasan saya. Betapa malangnya nasib saya. Saya tidak pasti, sekiranya saya hantar sekarang tugasan saya itu diterima atau tidak. Lebih malang thumbdrive yang mengandungi tugasan saya berada dirumah, bermakna hanya malam nanti sahaja saya boleh menghantar semula. Huwaaaaaaaa nak menangis rasanya.

Malang sungguhlah nasib saya ni.

Ya Allah ampunilah saya!!!

Saturday, July 16, 2011

Rasa ini...


Sedih, kecewa, terluka… itulah yang saya rasa dikala ini…
1) Mengapalah saya terlihat “perubahannya itu”. Perubahan itu bagus untuk dia, tetapi menghiris hati saya. Membuatkan saya merasa lebih kerdil, lebih jauh ketinggalan daripada dia. Semakin besar jurang yang telah terbina antara saya dan dia.

2) Mengapalah baru hari ini saya nak membuka email saya yang satu itu. Apakah ini suratan untuk saya. Selepas menghantar emel tersebut, setiap hari saya menanti balasannya. Tapi tiada. Namun, apabila sejak hari Rabu lepas saya terlupa untuk membuka emel tersebut, rupanya telah ada balasan emel tersebut pada hari itu. Tapi, hanya hari ini saya membacanya setelah semuanya saya serahkan kepada yang “berhak”.

3) Sedaya upaya merombak laporan tersebut. Hantar sms kepada yang “berhak” untuk memohon diperkenankan untuk saya menghantar sekali lagi “laporan” itu. Namun setakat saat ini masih tiada balasan daripadanya. Haruskah saya hanya pasrah dan redha sahaja.

4) Terlalu banyak benda yang berlaku dan mengganggu emosi saya. Penat! Penat! Penat!

5) Saya tak mahu tahu dan melihat dia, buat masa kini. Sampai bila? Saya tak pasti. Bukan kerana membenci, tetapi melihat apa yang dia ada pada hari ini, melihat dia semakin melangkah jauh dalam hidupnya, sedangkan saya semakin terhimpit, membuatkan saya rasa semakin terpinggir darinya. Jadi, biarlah saya tak melihat, mendengar dan mengetahui tentang dia. Kerana itu semua menghiris hati saya. Maaf kawan!

Friday, July 8, 2011

Tahajjud Cinta... keranamu Fazura...


Tinggal beberapa minit je lagi drama Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima akan ke udara di TV3. Inilah masa yang ditunggu oleh saya. Saya akui, pada mulanya saya menanti drama ini kerana Fazura ada berlakon. Selepas itu baru saya baca sinopsis, pengarah serta pelakon-pelakon lain. Tetapi sememangnya kerana Fazura lah saya menanti cerita ini. Harap cerita ini tidak menghampakan saya. Berharap juga lakonan Fazura tidak akan mengecewakan saya. Semoga lakonannya mantap seperti selalu.
Sinopsi Tahajjud Cinta
Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (Tiz Zaqyah kakak kpd Citra )ada masalah dengan suamnya (Heryanto) dan menghadapi keganasan rumahtangga. Emelda sangat lemah untuk mengahadapi masalah tu.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepada dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang di hantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil sebenarnya telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah.

Citra nak membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada Ustaz Syauki (Eman Manan)yang alim tapi tewas dengan nafsu ni lakonan Eman Manan. Seri kena kawin sebab Ustaz tu membiayai pengajian dia di Jordan. Malangnya Seri menjadi mangsa deraan ustaz ni pulak.

Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy), Seri ada hati jugak dengan Solahudin tapi apa kan daya dia terpaksa lupakan Solahudin. Isteri yang lain jugak mencemburui Seri. Fuh!! banyak konfilk betul cerita nih!

Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari keganasan dan kezaliman ustaz Syauki. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka ( mungkin dia anak kepda Ustaz Syauki). Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
Sumber: Nuriezspace

Thursday, July 7, 2011

Wakil Rakyat PKR mohon maaf pada Wardina, tindakan yang baik mencerminkan budi bahasa yang tinggi kepada si pemohon maaf

Wardina

“Saya ingin meminta maaf kepada Wardina memandangkan kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat ini telah menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan. Saya ingin menegaskan saya tiada niat mengundang spekulasi pihak-pihak tertentu yang tidak menghormati aktiviti kerajaan bukan BN (Barisan Nasional) ketika menjemput beliau hadir ke karnival ini,” katanya dalam satu kenyataan media menerusi blognya, niknazmi.com, Rabu.

Nik Nazmi

Pada 29 Jun lalu Wardina membuat sidang media bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Wardina dikatakan tidak mengetahui agenda majlis berkenaan sehinggalah ketika dia tiba di lokasi tersebut apabila ia melibatkan majlis kemasyarakatan yang turut dihadiri oleh pemimpin PKR lain termasuklah Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali."


sumber: mStar online.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga dibersihkan nama Wardina ni. Sedihlah dengan masyarakat Malaysia (bukan semua) hari ini. Semakin maju dunia, semakin maju teknologi, tetapi semakin mundur pemikiran dan adab sopan dalam diri mereka. Mentaliti masyarakat Malaysia (bukan semua) dilihat dangkal dan terkurung. Lebih pelik dirasakan apabila mereka inilah yang melaungkan demokrasi, tetapi mereka sendirilah yang sebenarnya tidak mengamalkan demokrasi. Demokrasi apa namanya, kalau berbeza pilihan dalam politik pun dah dituduhnya seseorang itu macam-macam. Sampai ada yang sanggup membuka aib orang lain. Sebagai contoh yang terjadi pada Wardina ni lah. Kalau betul sekalipun dia mengokong PKR, itu bukanlah tiket untuk membuka aibnya. Itu HAK dia dinegara yang DEMOKRASI ini. Apatah lagi dia sendiri mengaku tidak terlibat dalam mana-mana parti politik. Jadi, tiada sebab untuk membuka kisah lama dia dahulu. Bagi saya sesiapa yang melakukan perkara ini (membuka aib Wardina) secara melulu dan membuta tuli, dia adalah manusia yang bermentaliti rendah juga kurang adab sopan.

Wednesday, July 6, 2011

Kontrak Cinta


Sedang menonton 'Kontrak Cinta' di TV9 lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha. Cerita lama yang diulang tayang. Cerita yangg 'sweet' dan menyentuh hati.

Terasa akan kepedihannya apabila kita tak tahu di mana untuk dilabuhkan rasa cinta itu kan. Pelabuhan yang kita harap-harapkan itu, sebenarnya bukan untuk kita.

Terasa perasaan terpenjara tidak mampu dibebaskan. Tersepit.

Namun bezanya cerita ini disudahi dengan kegembiraan. 2 hati yang sama-sama memendam rasa akhirnya disatukan. Tetapi itu hanyalah drama. Realiti kehidupan ini, tak semuanya begitu.

Alangkah indah jika hidup ini umpama drama ataupun novel.

Tuesday, July 5, 2011

Dilema 'andalusia'

Beberapa hari yang lepas, terjumpa dengan kawan merangkap jiran yang telah lama tidak bersua muka. Setelah pemergian ibundanya menghadap Ilahi, dia telah berpindah. Cuma sesekali sahaja dia akan balik untuk melihat tapak rumahnya.

Kebetulan pada hari itu saya dapat bersua muka dengannya. Selalunya tidak pernah terjumpa. Sempatlah kami bertukar salam dan bertanya khabar.

Dipertemuan yang singkat itu dia ada meluahkan rasa. Katanya bukan dia tak mahu tinggal di tapak rumah peninggalah arwah ibu-bapanya. Cuma, keadaan dan situasinya tidak mengizinkan. Katanya emosinya tidak cukup kuat nak berhadapan dengan manusia yang tidak akan pernah memahami apa yang dia rasa. Dikala umur semakin bertambah, ya dia 4-5 lebih tahun tua dari saya dan masih memegang status ‘single’ bukan mudah mahu berhadapan dengan manusia-manusia yang masih berfikiran ‘lama’. Apatah lagi seorang perempuan.

Bukan menolak perkahwinan bukan mahu mengejar kedudukan dan harta, tetapi apakan daya seorang wanita, walau sudah berusaha hanya Allah sahajalah yang menentukan segalanya. Berbanding dengan lelaki, sebenarnya sehebat mana pun seorang wanita itu berusaha namun tetap ada hadnya. Norma-norma dan adab agama serta masyarakat tetap menjadi tunggak utama. Jadi sejauh mana lah yang boleh seorang wanita itu pergi dalam mencari jodoh untuk dirinya. Berbeza dengan lelaki, walaupun masih memerlukan persetujuan dari pihak perempuan, namun kelebihan tetap kepada mereka. Hmmm susahnya nak mengungkapkan permasalahan ini untuk memahamkan orang lain.

Mendengar luahan hati kawan tadi, hati saya terusik. Saya hanya tersenyum namun dalam hati berkata ‘kak, apa yang akak lalui, itulah juga yang sedang saya lalui. Tapi, bezanya akak dapat mengelakkannya dengan membawa diri jauh dari komuniti yang tidak akan pernah memahami ini. Tapi tidak bagi saya kak, saya terperangkap di sini. Saya terpaksa telan semua kepahitan ini. Saya terpaksa berhadapan dengan pandangan-pandangan sinis mereka. Semua itu terpaksa saya tanggung sendirian kak. Alangkah bagusnya andai saya juga seperti akak, boleh bawa diri jauh dari sini. Tapi apa nak buat, saya tak boleh”.

Semakin hari rasa ini semakin menghimpit jiwa.

Friday, July 1, 2011

'No Life' orang putih kata walau ada 3 perkara

Subhanallah….
Pantas sungguh masa berlalu. Hari ni dah pun masuk ke bulan Julai. Baru lagi rasanya masuk ke tahun 2011 ni. Tup-tup hari ni dah pun mula menjejaki separuh masa kedua bagi tahun 2011 ni. Hmmmmm…

Walaupun dah separuh masa pertama tahun ini dilalui, nampaknya tiada perubahan yang memberangsangkan dalam kehidupan saya. Ruang lingkup kehidupan saya menjadi lebih kecil berbanding dahulu, adalah.

Kalau dahulu saya masih punya masa untuk diri sendiri. Walaupun tidak dapat melancung, bercuti ke tempat-tempat peranginan, tidak dapat membeli-belah selalu, namun saya masih mampu dan punya masa untuk sekurang-kurangnya bersuka-ria dengan kawan-kawan saya. Membeli-belah sikit-sikit barang untuk diri sendiri. Belanja keluarga makan-makan diluar. Tapi kini, semua itu tidak lagi mampu saya lakukan.

Kehidupan saya kini hanya terbahagi kepada 3 perkara sahaja. Keluarga, kerja dan belajar. Pendapatan saya hanya cukup untuk menyara keluarga (termasuk bil-bil), perbelanjaan semasa bekerja (makan + petrol + tol) dan belajar (bayar yuran, beli alat-tulis, buku, fotostat, mencetak, petrol+tol, makan). Itu sahaja. Membeli-belah? Saya sudah lama tak beli baju. Pakai sahaja baju yang ada. Walaupun dah banyak yang tak muat utk dipakai dek kerana berat badan yang semakin naik. Nak beli baju baru pun saya terpaksa fikir beratus-ratus kali. Memang tak cukup duit yang ada.

Keluarga, semua perbelanjaan isi rumah saya yang tanggung. Jadi, saya kena pastikan perbelanjaan saya tidak terputus. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, saya hanya akan duduk dirumah sekiranya tiada apa yang terlalu penting untuk saya keluar. Kerana apabila saya bergerak keluar sahaja bermakna akan ada perbelanjaan tambahan dari segi petrol.

Bekerja. Sudah tentulah saya perlukan belanja. Duit petrol dan tol. Kalau tiada peruntukkan untuk itu saya tak boleh bekerja. Kalau tak bekerja mana nak datang pendapatan. Soal makan, selalu juga saya bawa bekalan sendiri. Walaupun hanya dengan nasi malam sebelumnya dipanaskan + kicap + telur mata letak sos cili atau + lebihan lauk malam sebelumnya. Atau nasi goreng kosong. Atau roti + telur mata.Belajar pun lebih kurang sama je lah.

Tiada lagi masa saya untuk bersama kawan-kawan saya. Jurang perbezaan saya dengan mereka semakin terserlah. Saya tidak lagi mampu nak mengikuti rentak mereka. Saya tak mahu mereka merasa bosan dengan saya. Bayangkanlah, bila mereka ajak saya tengok wayang, pergi jalan-jalan, tengok konsert, teater, bercuti dan sebagainya. Tapi saya tak mampu nak ikut. Sekali, dua kali mereka ok la. Lama-lama mereka pasti bosan. Jadi, sebelum mereka yang terpaksa ‘ajak-ajak ayam’ dekat saya, lebih baiklah saya sendiri yang ‘menarik diri’. Jauhkan diri dari kehidupan mereka yang jauh berbeza dengan kehidupan saya yang dhaif. Sekurang-kurangnya mereka tak perlu nak pening-pening kepala mencari jalan dan cara untuk tidak membuat saya kecil hati dan mereka sendiri tidak berasa kecil hati sekiranya saya tak nak ikut aktiviti mereka.

Sebut pasal baju yang banyak dah tak muat tadi. Orang kata bila seseorang tu naik berat badan atau senang kata gemuk, orang tu senang hati. Tapi itu orang lain kot. Saya ni, kalau saya runsing, susah hati, sedih, berat badan saya akan cepat naik. Kerana pada masa itu saya menjadi pasif. Untuk mengelakkan saya terus-terusan berfikir masalah dan kesedihan saya, otak dan emosi yang tertekan telah mendapat bantuan selera saya. Selera yang mahu makan dengan kerap mengubah pemikiran dan emosi saya dari terus memikirkan masalah yang melanda. Saya akan makan aa saja makanan yang ada. Walaupun hanya ada nasi sejuk dan lebihan-lebihan sambal. Itulah yang saya makan. Bukan sahaja makan, tidur yang kerap juga dapat membantu saya daripada terus-terusan memikirkan masalah dan kesedihan yang tidak pernah surut. Semua ini membuatkan saya telah menjalani kehidupan yang tidak sihat. Selera makan saya bertambah dan saya menjadi gemuk bukan kerana saya banyak duit.

Ye la orang mesti kata, sebab banyak duit la saya kuat makan. Sebenarnya bila takde duit lagi buat saya jadi gemuk. Tak ada duit macam mana pun saya tetap kena makan. Sebab saya perlukan tenaga untuk bergerak dan berkerja. Dengan keadaan hari ini, untuk mendapatkan makanan berkhasiat sebenarnya kita perlu berbelanja lebih. Makanan yang berkhasiat, segar dan baik lebih mahal harganya. Sayur, ikan dan buah-buahan sudah naik harganya. Jadi, orang yang tak punya lebihan pendapatan seperti saya, terpaksa mencari makanan yang lebih murah. Nasilah jawapannya. Nasi itu amat mengenyangkan. Walaupun saya hanya makan dengan kicap dan lebihan sambal semalam. Cukup buat saya kenyang. Tanpa sayur, tanpa buah.

Orang kata makan malam sebelum pukul 7. Sedangkan saya sampai rumah setiap hari paling awal pukul 8 malam. Waktu tu bukan saya terus dapat makan malam. Saya bersihkan diri dan solat terlebih dahulu. Pukul 9 malam baru saya dapat makan. Saya lebih suka makan dirumah kerana jimat. Kalau saya nak makan malam sebelum pukul 7, bermakna saya kena makan di kedai. Bermakna juga saya sudah keluarkan belanja yang melebihi sepatutnya. Tapi ada ketikanya juga saya terlalu lapar. Ye lah makan tengahari jam 12.30 tengahari. Makan pula bekalan yang tak seberapa. Lepas tu saya kena tunggu jam 9 malam untuk makan lagi. Sebab tu kadang-kadang dalam pukul 6 petang tu saya rasa lapar sangat. Jadi mahu tidak mahu saya kena cari makanan. Selalu menjadi pilihan saya ialah roti canai + teh tarik dengan kos hanya RM2.50 (roti canai RM1 dan teh tarik RM1.50). Jadi saya gemuk sebab tidak berkemampuan.

Huh! Terasa betapa bosannya kehidupan saya. Atau lebih tepat lagi saya tiada kehidupan. ‘No Life’ orang putih kata.

Tuesday, June 28, 2011

Maharaja Lawak, kecewa Jozan Kalah, Hawaii Five-O dah habis.

Maharaja Lawak dah pun tamat. Sungguh rasa terkilan sebab Jozan tak jadi juara. Macam rasa kehilangan dan kekurangan je. Namun begitu, suka juga sebab Sepah menang. Mereka pun best juga. Nabil pun best juga. Jambu pun best.

Sedari awal sebelum Maharaja Lawak saya sudah memilih Jozan, sebab saya suka gandingan mereka yang serasi setiap kali mengendalikan rancangan Raja Lawak. Walaupun pada episod pertama Jozan tak menunjukkan keupayaan diri mereka yang sebenar, tapi saya tetap optimis yang Jozan pasti akan memberikan persembahan yang terbaik. Itulah yang dibuktikan oleh mereka setiap minggu sehingga ke peringkat akhir. Memang setiap minggu saya ternanti-nantikan persembahan Jozan. Bagi saya lawak mereka mendahului peserta lain dari segi persembahan dan pengisian. Lawak mereka bukan sekadar lawak kosong.

Begitu juga Nabil. Saya suka usaha yang dia lakukan. Saya dapat lihat setiap persembahannya dia berusaha untuk mengelakkan lawak yang dipersembahkannya itu lebih kepada merapu dan kosong. Walaupun tak 100% terbaik, tetapi saya amat selesa dengan lawak yang dipersembahkan oleh Nabil

..:antara persembahan terbaik Jozan dan sentiasa melekat difikiran penonton:..

Berbanding dengan Sepah dan Jambu, ada lawak-lawak yang mereka persembahkn membuatkan saya rasa tak selesa. Contohnya Jambu masa lawak jogging dan lawak di kelab malam, masa Yus ditampilkan sebagai perempuan. Ada adegan konon-kononnya silelaki dan perempuan ni nak bercium. Oh! Cukuplah saya geli-geleman masa tu. Macam Sepah pula, walaupun semua orang suka lawak mak bidan mereka. Tapi, bagi saya, rasa malu menontonnya. Terutama babak Jep menggunakan vacuum dan Shuib pula terkangkang. Oh! Saya tak selesa menontonnya. Nasib baik masa hanya saya dengan kakak dan anak-anaknya sahaja yang menonton. Kalau ada abang ipar saya menonton bersama pasti saya rasa amat-amat tak selesa. Namun begitu bukan semua lawak Jambu & Sepah saya tak suka.

Namun pentas akhir adalah penentu segalanya. Tahniah Sepah sebab menjadi juara. Tidak dinafikan kedua-dua lawak mereka pada malam tu memang mampu buat semua orang ketawa. Saya sedikit kecewa dengan persembahan pertama Jozan. Tapi persembahan kedua mereka memang terbaik. Malahan lebih baik dari Sepah. Tapi, mereka hanya dapat 1 mata berbanding Sepah, 2 mata. Jadi kemenangan berpihak kepada Sepah. Saya terima dengan hati terbuka walaupun kecewa.


Malam tadi juga berakhirlah episod terakhir bagi musim kedua drama bersiri Hawaii Five-O. Kesudahan yang ditinggalkan tergantung. Kena tunggu musim ketiga muncul la nampaknya untuk mengetahui untung-nasib Steve dan Kono yang ditangkap HPD. Steve dituduh membunuh Laura, PA kepada Gabenor dan membunuh Gabenor juga. Semuanya angkara musuhnya Wo Fat. Kono ditangkap sebab mencuri duit dari simpanan bukti untuk membantu Chin. Chin pula dah masuk HPD balik, dan menjadi penentang kepada Steve. Dia jugalah yang memberkas Steve. Hanya tinggal Danny. Mampukah Danny membantu kawan-kawannya? Macamana pula hubungan Danny dengan bekas isterinya Rachel, yang kini mengandungkan anak kedua mereka dan membawa anak sulung mereka Grace berpindah ke New Yok atau Jersey? Tak sabar tunggu musim ketiga…

Dalam pada itu, baguslah semuanya dah habis sekarang. Dapatlah saya menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran saya. Memang saya akui saya ni hantu tv. Bayangkan, sudah berbelas tahun saya tak bergelumang dengan buku. Dan sudah berbelas tahun juga saya mengisi masa lapang dengan menonton tv. Itu sahaja yang saya boleh buat. Aktiviti lain pula kebanyakkannya melibatkan kos. Paling tidak kos petrol. Jadi, menonton tv sahajalah yang saya mampu.

Huh! Assignment ada 4 kena siapkan. 1 dah siap 80%, 1 lagi baru 50% lagi 2 baru 30% kot, itupun baru kumpul maklumat, belum taip lagi. Kemanalah perginya semangat saya ni. 10hb Julai ni semuanya ke hantar. Lepas tu nak baca buku untuk final exam pula. Bila menghadap laptop untuk menaip assignment mood saya melayang entah kemana. Sebaris ayat pun saya tak mampu nak taip. Adoiiiilaaa… dah parah saya ni.

Friday, June 24, 2011

Nekad bukan naked

It’s almost 3 weeks, I haven’t contact nor answer call or reply the messages. This time I resolutely decided to break off the 'link'. Like it or not, that is my final decision. However, it is not as simple as that. I am absolutely emotionally disturbed.

But there is nothing can make me stay longer. Waiting for something will never be come true, it is only 'fatamorgana', illusion and delusion. Even the sketch of future always been singing on lips, but it is just a song without rhythm. Not even one effort have been done to make the song become beautiful song at my hearing, my heart. The only thing is, it only giving me fake hope. By end of the day, there is nothing left for me. Only broken heart, time wasted, lonely heart.... *sigh*

(satu lagi entri dalam bahasa inggeris... tak tahu betul ke tidak... grammer checker saya sudah tamat tempoh, takde kredit kad nak langgan...)

Thursday, June 23, 2011

Kemalangan, Makcik dan Sepi...

Hari Sabtu lepas, saya bernasib baik hanya kerana tidak memotong sebiji lori pasir sewaktu memandu di sebuah jalan raya. Walaupun pada ketika itu saya memang boleh sangat memotong lori tersebut. Namun, kerana tiada apa yang mahu saya kejar dan saya keluar awal untuk ke kelas, jadi saya memandu dengan santai. Tapi, semua itu ada hikmahnya apabila tidak berapa lama memandu lori tersebut telah terbabit dalam satu kemalangan yang melibatkan 4 kenderaan termasuk lori itu sendiri.

Pada amatan saya kemalangan berpunca apabila sebuah kereta kancil untuk belajar memandu dan saya yakin pemandu kancil tersebut sedang belajar telah berhenti secara tiba-tiba. Ini menyebabkan kereta Iswara dibelakangnya tidak sempat menekan brek lalu melanggar kancil tersebut. Kemudian diikuti dengan sebuah van, telah melanggar Iswara itu. Di belakang van tersebut adalah lori pasir tadi, yang juga tidak sempat nak membrek namun, pemandu masih cuba membelok kan lorinya ke arah kanan yang kebetulan tiada kenderaan. Namun, belokan itu tak mencukupi, lori tersebut tetap terlanggar van tadi sehingga van tadi beralih melintang jalan dan terus meluncur ke tepi sebelah kiri jalan dan melanggar tembok sebuah bengkel kereta.

Saya yang berada dibelakang lori merasa terkejut dan terus menekan brek. Nasib baik pada waktu itu saya tidak memandu laju dan jarak kereta saya dengan lori itu agak jauh. Saya dapat lihat dengan jelas cermin van tersebut hancur, berterbangan dan berterabur di atas jalan.

Hari Isnin sewaktu memandu ke pejabat, saya lihat ada 2 kemalangan disepanjang perjalanan. Hari Selasa, saya lambat untuk ke pejabat kerana saya singgah di kedai tayar untuk menampal tayar kereta saya yang sudah dekat 3 minggu pancit. Oleh kerana kedai tayar tersebut hanya buka jam 9. Selepas selesai menampal tayar saya terus memandu menuju ke pejabat. Tidak sampai 10km lagi untuk sampai ke pejabat, saya terbabit dengan kemalangan. Tapi, bukan salah saya. Waktu itu jalan sesak dan kereta saya sedang berhenti, tiba-tiba saya terkejut bila kereta saya dilanggar dari belakang.

Nasib baik tiada kerosakkan yan serius, jadi saya dan orang yang melanggar saya buat penyelesaian sesama kami tanpa membuat report. Orang tersebut telah membawa saya ke bengkel kereta kawan ayahnya dan untuk membaik-pulih kerosakkan kereta saya. Semua kos adalah dibawah tanggungan dia. Oleh kerana saya tiada kenderaan lain, dan bengkel tersebut jauh dari rumah saya, mahu tidak mahu saya terpaksa menanti sehingga kereta saya siap dibaik pulih. Kebetulan pula ada seorang makcik yang juga sedang membaik-pulih keretanya dibengkel tersebut.

Dengan murah hatinya makcik tersebut mengajak saya pergi makan dan minum sementara menunggu kereta saya siap sepenuhnya. Lepas makan dan minum saya menemani makcik tersebut pergi pula ke kedai tayar untuk dia menukar baru tayar keretanya. Siap menukar tayar, makcik tersebut membawa saya kerumahnya yang tak berapa jauh dari bengkel tempat kereta saya dibaik pulih.

Makcik tersebut telah kehilangan suaminya yang meninggal dunia sejak 3 tahun yang lepas. Dia hanya ada seorang anak sahaja dan anaknya pun sudah berkahwin dan menetap di tempat lain. Tapi makcik tu sering ke rumah anaknya. Masuk saja ke rumahnya saya dapat merasakan betapa sepinya di situ. Sesepi hati makcik itu yang telah kehilangan. Keadaan suasana yang sunyi kerana jiran-jirannya ramai yang keluar berkerja menambahkan lagi kesepian.

Saya termenung sendiri. Saya dapat merasakan kesunyian dan kesepian yang makcik itu rasai. Betapa saya rasa seolah saya hanya keseorangan di atas muka bumi ini. Betapa kosongnya dunia ini saya rasakan. Hmmmmmm… apakah perasaan ini yang akan terus saya rasai? Sepi… sepi… sepi… Bezanya saya dan makcik tersebut, sekurang-kurangnya dia mempunyai anak, sedangkan saya… saya hanya sendirian. Memang ada adik-beradik, ada anak-anak saudara, tapi manakan sama. Anak-anak saudara bukan anak sendiri. Belum pasti mereka akan menyayangi saya seperti mereka menyayangi ibu-ibu mereka. Saya hanya seorang makcik sahaja pada mereka. Mereka masih ada ibu-bapa yang perlu diutamakan. Hmmmmmm… penghujungnya saya hanya sendirian… keseorangan…

Thursday, June 16, 2011

Use stairs instead of elevators


Recently, my boss would prefer to use the stairs instead of elevators to get to our office on Level 4. Yesterday, I talk to him, I said "wah you like to use stairs." He replied, "I have too, I'm getting old, must have some excercise." I said "yes, good for you"

Then he reply me "You, Should do the same" ... Huwaaaa is that the sign that he want to said that I'm getting too old orrrr have that I'm getting my weight up?

Although I felt like "oh! how fat me" but what my boss said was indeed true. I must follow the way he was. Do not use the elevator again. Use the stairs. At least some exercises for myself.

So, starting this morning, I use the stairs from level B1 to level 4. Pants. When you arrive at level 3 only, my legs are starting to feel weak. But, I kept it. Hmmm a simple but good excercise for me. From today I will be using the stairs. Forget the elevator. God willing.

*Saya tak pandai bahasa Inggeris. Tapi saya cuba juga nak menulis dalam bahasa Inggeris. Kalau salah tolong tunjukkan ya <--- cakap kat siapa ni? Ada ke orang baca blog saya???

Wednesday, June 15, 2011

Kan Ku Ingat, Kan Ku Kenang, Senja Indah, Senja di Kuala Lumpur

Sudah lama tak jalan-jalan waktu malam di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sudah lama tak pergi ke Dataran Merdeka, terutama pada waktu malam. Sudah lama tak melihat Bangunan Sultan Abdul Samad di waktu malam. Lama sangat.

Semalam balik kerja saya terus ke perpustakaan untuk memulangkan buku. Tarikh akhir untuk buku itu dipinjam adalah hari ini. Jadi saya memilih semalam untuk memulangkannya. Sampai di perpustakaan yang tak berapa jauh dari Dataran Merdeka itu dah pun 7.10 malam. Nasib baik perpustakaan ni ada kemudahan “Drop Off Box” untuk memulangkan buku-buku yang dipinjam. Masukkan sahaja dalam kotak tu. Tak perlu lagi nak jumpa pustakawan untuk memulangkan buku.

gambar diambil dari http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?p=71094713

Oleh kerana waktu solat maghrib pun sudah hampir, saya pun terus menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat. Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki di Masjid Negara. Kali pertama dulu rasanya masa sekolah rendah ataupun masa tingkatan 1. Lama sungguh lah. Oleh kerana sudah terlalu lama tak masuk Masjid Negara, saya agak tercangak-cangak juga nak mencari tempat wuduk wanita dan ruang solat wanita.

Pada mula-mula saya was-was juga nak masuk Masjid Negara ni. Was-was saya tu bukan kerana apa-apa, hanya kerana perasaan malu. Sebab saya tahu kalau hari-hari biasa yang tak ada apa-apa majlis ni, bilangan jemaah wanita ke masjid pasti kurang dan tidak seramai jemaah lelaki. Itu yang buat saya rasa segan. Bertambah cuak semalam, bila saya nak memarkirkan kereta. Ada beberapa orang berada dikawasan parkir tersebut. Mereka pun macam saya datang untuk bersolat. Tapi, semuanya lelaki. Tak ada wanita pun. Saya menjadi lebih canggung. Tapi, saya kuatkan hati dan pujuk hati dengan berkata ‘masjid ni rumah Allah untuk umatnya melakukan ibadah. Tak kira lelaki atau perempuan, so tak perlu takut dan segan’.

Berpusing-pusing juga saya cari tempat wuduk wanita. Saya melihat-lihat papan tanda. Tiada pun tertulis tempat wuduk wanita, yang ada hanya tandas. Jadi, saya memilih untuk ke tandas sahaja. Akhirnya saya jumpa juga tempat wuduk yang bersebelahan dengan tandas. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Akhirnya tertunai juga impian saya sejak beberapa bulan lepas untuk bersolat dalam Masjid Negara. Alhamdulillah.

gambar diambil dari http://denslee.com/2009/06/30/kl-marathon-2009/

Habis solat, saya terus balik. Untuk balik ke rumah saya, jalan yang perlu saya lalui memerlukan saya membut U-turn di dataran Merdeka. Kereta tak banyak, jadi saya memandu dengan kelajuan sederhana untuk menikmati pemandangan di Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad yang disinari lampu berwarna purple+pink. Cantik. Menoleh ke arah Dataran Merdeka, terimbas kenangan sewaktu saya remaja dahulu, menonton konsert sewaktu sambutan Hari Merdeka dan Tahun Baru. Memandang ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman, terimbas kenangan suatu waktu pasar malam yang diadakan di jalan tersebut. Sungguh meriah dan seronok ketika itu. Sekarang ni pasar malam telah berpindah ke Lorong Tuanku Abdul Rahman (kalau tak silap saya itulah nama lorong tu).

gambar diambil dari http://putera258images.blogspot.com/2010/11/bangunan-sultan-abdul-samad.html

Malam tadi bulan mengambang penuh. Memandang bulan sambil mengimbas kenangan lalu, terasa betapa terlalu pantas masa berlalu. Betapa saya sedar diri ini telah semakin menginjak dewasa. Namun disebalik itu semua, sentiasa terpalit rasa duka mengenang nasib diri sendiri. Hmmmmmmm….

*terima kasih kepada tuan punya gambar dan maaf saya ambil tanpa pengetahuan anda semua.

Tuesday, June 14, 2011

Melampau!

gambar diambil dari terrysdiary


Harga barang sekarang semakin meningkat naik. Semakin menyesakkan dada. Penatlah nak ‘adjust’ duit (pendapatan) yang ada untuk digunakan bagi meneruskan kehidupan. Bukan 1 atau 2, tapi ada 7 mulut yang perlu disuapkan, ada 7 perut yang perlu diisi. Berat, memang berat. Kerana gaji bukanlah banyak mana. Tak pernahnya ada lebihan walaupun untuk diri sendiri.

Hanya mampu menelan airliur dan melihat sahaja kawan-kawan yang pergi bercuti, bershopping dan berlibur. Malah ada yang bercuti ke luar negara. Sesungguhnya saya cemburukan mereka. Saya rasa kecil sangat dibandingkan dengan mereka. Kerana rasa inilah yang membuatkan saya menjauhi kawan-kawa saya. Pertamanya, kerana saya malu dan keduanya saya tak suka bergantung kepada orang. Memanglah kawan-kawan saya tak kisah membayar harga makan dan minum setiap kali keluar dengan mereka, tetapi mereka tak faham rasa yang timbul dalam hati saya. Saya malu diperlakukan begitu. Saya rasa diri saya tidak berguna. Jadi, lebih baiklah saya menjauhkan diri dari mereka. Hmmmmm…

Harga makanan yang dimasak juga semakin meningkat. Sampai pada satu tahap saya rasa menyesal membeli dan memakan makanan tersebut. Pernah dalam minggu lepas, sewaktu makan tengahari. Saya membeli nasi bungkus, lauknya saya ambil rendang kerang, sayur bayam masak air dan beberapa ketul kentang sambal. Harga yang dikenakan kepada saya sebanyak RM5. Melampau! Memang melampau saya rasakan. Kerana saya tahu harga runcit untuk 3 barangan tersebut. Harga sekilo kerang RM1.90, saya ambil tak sampai segenggam apatah lagi sekilo, tapi 2 sudu sahaja.. Harga seikat bayam hijau RM1.00, saya ambil 2 sudu sahaja. Harga kentang sekilo saya tak ingat, tapi haritu saya beli 6biji kentang sederhana besar baru 90 sen. Saya ambil kentang sambal tu kalau dikira tak sampai 1 setengah biji. Secara rasionalnya walaupun telah dimasak takkan harga makanan siap tu mencecah sehingga RM5. Saya sungguh menyesal pada hari itu.

Sejak hari itu saya bertekad tak mahu lagi membeli nasi bungkus dikedai tersebut. Walaupun saya tahu itulah satu-satunya kedai yang menjual nasi campur yang berhampiran dengan pejabat saya. Tempat lain ada, tapi jauh. Kalau saya berjalan kaki ambil masa 15 minit, kalau naik kereta tidak berbaloi. Selain kedai itu yang ada disini hanya resturan yang mahal-mahal. Jadi, saya bertekad sedaya upaya untuk membawa bekal ke pejabat. Walaupun saya takkan cukup masa nak menyediakan bekal saya. Balik kerja dah malam, lepas tu sibuk dengan hal rumah dan belajar. Jadi, saya hanya fikirkan menu yang paling simple tapi mengenyangkan.

Semalam saya hanya sempat bawa roti kosong bersama telur mata letak mayonis dan sos. Itulah makanan tengahari saya semalam. Hari ini saya bawa nasi. Pagi tadi saya dapat idea untuk masak roti mata masak kicap yang simple. Saya goreng hirisan bawang besar bersama 5 biji cilipadi yang diketuk. Kemudian dimasukkan kicap. Bila dah masak saya curahkan ke atas telur mata tadi. Kemudian saya panaskan lebihan nasi malam tadi. Itulah yang saya bawa ke pejabat untuk bekalan makan tengahari saya. Simple sangat tapi mengenyangkan dan tiada rasa menyesal. Malahan saya sudah jimat RM5 saya.

Pengorbanan harus dilakukan. Saya tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Kenaikkan harga bahan bakar menyebabkan harga barang naik. Tak dapat dielakkan. Tetapi hati saya sentiasa sakit bila kerajaan selalu cakap ‘kenaikkan tidak membebankan rakyat’. Mungkin orang yang bercakap itu tak tahu rasanya, macamana makan tengahari dia hanya ada telur mata masak kicap.

Hmmmm……

Friday, June 10, 2011

Drama melayu pula: Kitab Cinta


Saya memang suka menonton drama bersiri dari barat. Sebagai contoh drama Life Unexpected. Selebihnya drama bercorak penyiasatan-kedoktoran atau forensik seperti CSI tiga serangkai, Crossing Jordan, Bones atau penyiasatan biasa macam NCIS dan Covert Affairs atau yang berkaitan undang-undang seperti Faily Legal. Selain itu drama-drama seperti Ghost Whisperer dan Greys Anatomi pun saya suka. Tapi kalau Glee, Gossip Girl, Desperate Housewives ada la beberapa lagi yang saya lupa tajuknya, saya tak tonton sebab tak minat.

Tapi rasa maca tak adil kalau saya asyik bercerita drama yang saya tonton dari barat sahaja kan. Sebenarnya saya pun tonton juga drama tempatan (Melayu). Banyak juga yang best Cuma ada antaranya ditayangkan pada waktu yang tak sesuai ataupun yang tak kena masa dengan masa santai saya. Seperti contoh cerita Nora Elena. Saya teringin sangat nak menontonnya, tapi waktu siarannya amatlah tidak sesuai untuk saya. Dah lah ditayangkan pada hari saya bekerja Isnin hingga Khamis, waktu tayangannya pula pada jam 7.00-8.00 malam. Pada waktu itu saya sedang ‘berperang’ dalam kesesakkan lalulintas untuk balik ke rumah dari pejabat. Maghrib pun selalu tumpang surau stesen minyak atau masjid (mana yang jumpa dulu la). Kalau ditayangkan pada jam 9.00 malam kan elok.

Tapi nasib baik drama Nur Kasih, Gemilang dan beberapa drama yang dah habis ditayangkan di tv (tak ingat tajuk lah) yang ditayangkan pada jam 9.00 mlm dapat saya tonton.

Sekarang saya suka pula menonton drama Kitab Cinta yang ditayangkan di tv Al-Hijrah. Nasib baiklah Al-hijrah dah ada di astro, dapat la saya tonton drama ni. Cuma saya hanya dapat menontonnya paling awal pun jam 8.50 atau selalunya jam 9.00. Sedangkan drama ni bermula jam 8.30. Adoiiii 8.30 tu saya diatas sejadah sedang menanti azan Isyak (bukan nak tunjuk baik). Selalu lah saya terlepas cerita ini 20-30minit pertama tayangannya.

Selain jalan ceritanya yang menarik minat saya (setelah membaca sinopsisnya) pelakon utamanya iaitu Fazura adalah menjadi tarikan saya untuk menonton drama ini. Saya peminta Fazura. Baru saya menonton beberapa episod drama ini, saya dapat rasakan drama ini setanding hebatnya dengan drama Nur Kasih. Harapnya begitulah. Namun drama ini bukan pelakonnya 100% orang Malaysia. Tetapi dicampur dengan pelakon Indonesia. Heronya orang Indonesia. Tak apalah, asalkan ceritanya menarik dan ada Fazura.